Amir Raja Lawak Bengang Diperdaya Untuk Sertai MLM

Hiburan

Amir Raja Lawak Bengang Diperdaya Untuk Sertai MLM

Menipu untuk menawarkan pekerjaan sebagai pengacara semata-mata untuk mendapatkan ahli untuk skim jualan langsung ( MLM ) membuatkan pelawak Amir Raja Lawak merasa bengang apabila diperdaya oleh peniaga skim tersebut.

Amir yang baru sahaja pulang daripada lokasi penggambaran dan tidak sempat untuk berehat merasa teruja untuk berbincang mengenai tawaran tersebut tetapi akhirnya beliau terpaksa untuk mendengar penerangan mengenai produk MLM tersebut.

Advertisement

Mula-mula individu itu menghantar mesej menerusi WhatsApp bercakap mengenai tawaran mengacara. Dan dia ingin berjumpa dengan saya secepat mungkin.
Bayangkan saya balik dari penggambaran dengan badan berpeluh-peluh terus berjumpa dengan individu tersebut.

Apabila melihat dia mengeluarkan fail daripada begnya, saya dah agak ada benda yang tidak kena. Tiba-tiba dia bersama-sama dengan rakannya bercakap cara perniagaan MLM pula. Bengang saya dibuatnya.

Malah, Amir turut ditegur oleh peniaga tersebut kerana tidak fokus pada penerangan yang diberikan dan bermain dengan telefon bimbitnya.

Pesan Amir buat mereka yang menjalankan perniagaan MLM lakukanlah sesuatu perkara itu dengan jujur jika ingin mengajak orang ramai untuk menyertai skim mereka.

Usahlah menipu semata-mata mahu mengajak orang berniaga. Jika anda yakin dengan produk yang diniagakan, tidak perlu takut untuk mempromosikannya secara berhemah. Apatah lagi sekarang ini banyak medium di laman sosial terutamanya yang boleh mempromosikan perniagaan masing-masing.

Skim MLM kini semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan. Nasihat kami juga jangan mudah percaya dengan janji manis mereka kelak anda yang merana. Lagipun, banyak kes dimana wang  ahli dilarikan oleh peniaga MLM. Beringat sebelum terkena, tiada jalan mudah untuk menjadi kaya tanpa berbuat apa-apa.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...