Written by serenity | February 11th, 2015

Semalam, Ifa Raziah dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya tidak terkesan dengan kemunculan semula Amelina di persada hiburan tanah air. Ifa mengatakan dia tidak nampak apa-apa yang baru dukeluarkan oleh Amelina walaupun penyanyi itu kini membuat kemunculan semula.

Melalui Harian Metro, Amelina bagaimanapun enggan memperbesarkan mengenai komen Ifa.

Siapa yang bercakap atau apa jua yang diperkatakan, saya tidak mahu ambil peduli. Betul atau tidak dia bercakap begitu, saya malas hendak fikirkan sebab saya muncul semula dalam bidang ini untuk bekerja.

Amelina memberitahu kemunculan semula dirinya ialah bertujuan untuk mencari rezeki, justeru dia tidak berminat untuk melibatkan diri dalam sebarang kontroversi atau konfik dengan mana-mana pihak.

Sama ada betul atau tidak, sama ada kenyataannya dimanipulasi atau sebaliknya, saya ambil pendekatan tidak melatah atau komen banyak. Saya malas hendak pening kepala dengan hal remeh-temeh begini.

Saya mahu bekerja betul-betul dan tidak mahu menimbulkan kontroversi dan salah faham dengan mana-mana pihak pula nanti.

Sebagai seorang penyanyi yang telah lama muncul dalam industri pastinya Amelina sudah sedia faham dengan masalah yang terpalit dalam bidang ini.

Mungkin pengalaman lalu memberinya pengajaran untuk menangani situasi seperti ini. Ialah, manalah tahu mungkin terdapat salah faham di mana-mana, mungkin Ifa sendiri tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.

Namun Ifa juga mempunyai penjelasan sendiri terhadap kenyataan yang dikeluarkannya itu. Ikuti penjelasan Ifa dalam entri selepas ini.

 photo ezgif.com-optimize.gif

11 responses to Amelina Tidak Mahu Melatah Komen Ifa Raziah

    • minah jambu tk suka hipokrit says:

      bagos amelina…u diam2 suda jangan layan si ifa tu ok….si nur khairiah ni dh macm badot dh pakaian dia macm minah bodoh kt TV3 punye drama ni eeeeeee kenape la pakaian tu jadi macm gitu …sape yg buat pesen baju yg macm burok tu ????????…lov u amelinaaaaaaa…

      0

      0
  1. Ifuck says:

    Walaupon akk tak setuju so called comeback ni tapi Ifa Raziah tu siapa? Badut industry jer.

    0

    0
  2. gurl says:

    Gud Amelina.. pengalaman bnyk membantu alin utk lebih matang dlm berfikir dan bertindak.. yg cincai boncai, tepi2 kelim epok2 tu pye gossip kita simpan tepi saja lah kan..

    0

    0
  3. HAMBA ALLAH says:

    BERDIAM DIRI ADALAH LEBIH BAIK KAN. JIKA NIAT AMALINA KEMBALI KERANA MENCARI REZEKI PASTI ADA HABUAN NYA. REZEKI MASING2 TELAH ALLAH TETAP KAN. JADIKAN PENGALAMAN LALU SEBAGAI IKTIBAR MASA DEPAN.

    0

    0
  4. unknown says:

    siapa ifa raziah?? amelina memang ak kenal.. walau bukan pencetus tp dia penyebab dangdut femes di malaysia..

    0

    0
  5. dahkata says:

    inilah artis yang mempunyai kelasnya yang tersendiri. amelina punya identiti sendiri dan berada dalam nilai eksklusif tersendiri. Ifa ade?

    0

    0
  6. tomaToman says:

    Amelina aku kenal atas popular lagu2 hits dia…ifa Radziah yang buat aku kenal..kes die berpeluk dkt Pentas Gegar Vaganza..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    rezeki masing2…hope amelina jgn gelabah dan melatah…media ni suka pusing2 cerita…kite x taw mana satu cite yg betul…jnji buat keje masing2 n jgn cari gado…

    0

    0