Written by Bella | June 13th, 2016

Gosip cinta antara Amyra Rosli dan Amar Baharin bukan lagi satu perkara baharu, malah ada pihak yang mendakwa mereka sudah bertunang dan hendak bernikah.

Buat Amyra,  beliau tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai gosip berkenaan dan membiarkan peminat terus berteka-teki tentang statusnya.

Walaubagaimanapun, Amyra akui Amar adalah lelaki yang paling rapat dengan beliau sekarang dan menyifatkan Amar seorang lelaki yang bertanggungjawab.

Kalau diikutkan Amar adalah lelaki yang paling rapat setakat ini. Dia serius dan bertanggungjawab dan pastinya perkara berkenaan yang membuatkan saya senang bersama dengannya. Saya mahukan lelaki yang ada perancangan masa depan.

Kita berkawan bukan sekadar berteman sebaliknya perlu ada perancangan tentang masa depan dan dia juga ada perkara itu. Jadi ciri-ciri berkenaan juga yang membuatkan saya selesa bersama dengannya.

Apa yang membuatkan Amyra semakin selesa dengan Amar adalah kerana kedua-dua belah keluarga mereka sudah mengenali antara satu sama lain. Malah, Amar cukup menghormati keluarga Amyra.

Pada masa yang sama, Amyra memberitahu beliau tidak kisah jika berkahwin di usia yang agak muda.

Kahwin muda bukan isu besar memandangkan ibu saya juga bernikah dalam usia yang muda. Apa yang paling penting adalah cara bagaimana untuk melayari kehidupan berumah tangga itu nanti.

Kami doakan yang terbaik buat Amyra dan Amar jika kalian berdua ada jodoh. Pernah gagal dalam perhubungan sebelum ini hanya beberapa bulan sebelum ke jinjang pelamin bersama Dazrin dahulu, mungkin Amyra kini lebih berhati-hati dalam perhubungan bukan?

Sumber Berita : Utusan Online

24 responses to Amar Seorang Lelaki Yang Bertanggungjawab Dan Paling Rapat Dengan Saya – Amyra Rosli

  1. Cleopatra says:

    To be honest, kalau kedua2 belah family pun dah setuju, amyra dan amar pun dah saling suka, elok la dipercepatkan bende yg elok daripada dibiar berlama-lama, elak maksiat pun satu hal kan, zaman teknologi skrg nie kemain fitnah semua cukup mudah disebar, as fans we hope that both of u lekas2 laa tamatkan zaman bujang bagi mengelak fitnah org, dah kehulur kehilir kepit anak dara org tak kan tak nak kahwin kowt??, tak gituuu amar??

    0

    0
    • acik swasta says:

      wah….suka nyer i tengok mereka…sama cantik sama padan…moga sampai ke jinjang pelamin…hehe…love u two…

      0

      0
    • Nusrah says:

      Entah la amyra ni..
      Aku still suka time dia dgn dazrin dulu, cuma tak sgka sggup dia last min cancel nak kawin sbb time tu tgh nak up, dah la tuduh org lain rampas dazrin pdhal, kau yg takut tak jadi glamer sggup tggalkan dazrin.
      Diorg sweet sgt aku tgk mula2 dulu and entah nape bila amyra dgn amar rasa mcm nyampah. Time dgn dazrin dulu tak rasa nyampah. Bukan aku sorg k, fans lain pun sama gak.
      Konklusi apa yg aku fhm disini, amyra ni mmg nak fokus pada karier n popularity dulu, sggup ketepikan soal cinta semua. Sbb tu bila dah dgn amar pun taknak ngaku..

      0

      0
      • Mirai Suenaga says:

        aku rasa dulu dia x baper nak kepit sgt kot… sbb tu ramai org kata mcm tu (termasuk aku). yg ni selalu berkepit, tu buat org meluat

        0

        0
  2. Kawin je lah,sama2 bujang..dr usung kesana kemari

    0

    0
  3. shashagendut says:

    X suka lah amar ni. Control macho belakun x best. Konon sweet tpi geli je tgk!

    0

    0
  4. kobis bunga says:

    errmmmm…. teringat mase drama kerana terpaksa aku relakan lakonan amar dan izreen azminda… mase tu amar rapat ngan izreen…

    0

    0
    • hhDD says:

      Aah kan..mase tu rapat sgt..tup2 bile rapat dgn amyra rosli, jd renggang pulak…sian jugak tgok izreen azminda..hmmm good luck la amar baharin oi..moga tak kena tinggal

      0

      0
  5. skywalker says:

    amar dgn amyra..sesuai sgt…

    moga dipermudahkan segalanya…Amin

    0

    0
  6. missv says:

    sesuai sgt…sama cantik sama padan…dua2 bujang lak…yg penting bkn laki org…

    0

    0
  7. fiqa alya says:

    belum kahwin semuanya indah…bertanggungjawab?? errrr mcm dh kahwin plak…brtanggungjawab termasuk dlm aspek nafkah zahir batin…reti?

    0

    0
  8. Anonymous says:

    kawin cpt je la..asyk brkepit jeeeeeeeeee…tpi aku x minat le kat amar ni…enth nape?x ensem mane pn dia ni…

    0

    0
  9. qna says:

    ala…mmg dorg dh nk kawen dh pun. baru ni brbuka bersama dua2 family kot…amar ni kt luar ok je, nmpk mesra, humble, relax je kt luar…amyra pulak mcm biase la, ok je. x sombong ape pun..

    0

    0
  10. minah jambu says:

    kalau dh suka sama suka n amar tu bertangung jawab orang Nye ha ape tunggu lagi kawin aje nikah tk payah la nak buat majlis besar besaran janji dapat kasi jemputan yg datang makan yg sedap sedap kira dh ok…semoga bahgia ye n semoga di murah kan rezeki..

    0

    0
  11. miss kepah says:

    tak kuasa aku nk beteka teki bagai…tak ngaku sudah….org msing2 tahu.obvious kot..klu x bcinta takdenye jwb cmtu…klu tak bcinta kompom mati2an mnafikn…poyo la dik.. papun aku suka lakonan mira, muke pun cntik comei, cuma yg lelaki je tak kenan sgt….tp klu hati mira dh kenan nk buat cmana…saya doakan bahagia n dipermudah ke jinjang pelamin..

    0

    0
  12. _ _ says:

    Sebelum kawen..statement bertanggungjawab…lebih baik diam..aku salute dgn fahrin ahmad..diam2 jer dah pregnant pun isteri sekarang…

    0

    0
  13. melati says:

    jgn jadi mcm , Uqasha Senrose…kecoh2 nk Bertunang kat luar Negara..last2 saudagar minyak Unta tk sampai2..!!!!

    0

    0
  14. X says:

    Baik,bertanggung jawab.segala pujian bagai.last2 spender lupa nak beli.

    0

    0
  15. el says:

    Suke pulak tengok amar baharin dan tiz zakyah dalam drama akadku yang terakhir,

    0

    0
  16. bodopiang says:

    amar nih sesekali tgk .. mcm bapok pun ado

    0

    0