Written by Bella | March 25th, 2016

Bila senarai Top 5 ABPBH 29 diumumkan, ramai yang agak terkilan dan mengkritik mereka yang tercalon kali ini agak tidak bersesuaian dengan anugerah berkenaan. Banyak muka baharu dan tiada nama popular tercalon termasuklah Amar Baharin yang sebelum ini menjadi kegilaan ramai.

Walaubagaimanapun, Amar memberitahu beliau sedikit pun tidak merasa kecewa kerana tidak tercalon. Buat Amar, asalkan beliau masih diberikan tawaran berlakon itu sudah cukup baginya.

Bagi saya, tidak menjadi masalah jika tidak menang atau tidak tersenarai dalam Top 5 pun, malah ia tidak mendatangkan apa-apa kerugian kepada saya. Itu semua bersifat sementara.

Paling penting ialah wajah saya masih ada di kaca TV dan tawaran berlakon tak putus. Jadi, tidak kisahlah orang nak kata sudah tidak popular. Setiap orang berhak nak bercakap apa pun.

Amar juga menjelaskan agar tiada pihak merasa iri hati atau menyalahkan sesiapa jika mereka tidak tercalon dalam mana-mana anugerah. Mungkin sudah ketentuan rezeki masing-masing.

Mungkin tahun ini rezeki mereka selepas kerja keras kelab peminat. Jadi tidak ada apa perlu dikesalkan malah jauh sekali nak berkecil hati dan iri hati.

Tidak tercalon tidak bermakna seseorang artis itu tidak bagus. Apa yang penting orang lain tahu bakat anda dalam lakonan bagaimana. Lagipun, bila berkaitan undi ini memang susah untuk dijangka siapa yang menang meskipun tersenarai dalam Top 5.

Sumber Berita : Harian Metro

8 responses to Amar Baharin Nafi Kecewa Tidak Tercalon Dalam ABPBH 29

  1. zaza says:

    cantiknya amira

    0

    0
  2. fifizafa says:

    jawapan dia menunjukan dia ni kuat sentap kan?
    jawapan dia mcm dia bengang sgt.. hahahah..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    tak minat langsung dgn dia ni…
    carilah rezeki lain.. yg lebih berkat.

    0

    0
  4. sakit mata says:

    Alahai…bukan berbakat sangat pun..berlakon still kaku..harap muka je la jambu…

    0

    0
  5. as says:

    samalah muka amyra rosli dan amar..

    0

    0
  6. anonym says:

    apasal banyak sgt artis poyo sekarang

    0

    0
  7. x says:

    Rambut letak minyak sekati.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    woiiii mmg TAK LAYAK laaaaaa…..belakon kayu balak boleh la ko…kejenya berkepit upload gambar dgn betina…. puiiikkkkk….
    sudahla behenti jela berlakon…pegi jadi anak ikan lagi baek laaaaa

    0

    0