Written by Bella | May 31st, 2015

Hubungan mesra diantara Amar Baharin dan Amyra Rosli sering mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat. Malah, ada gosip yang mengatakan mereka bakal mendirikan rumah tangga pada bulan November tahun ini. Mengakui terkejut dengan gosip beliau bakal berkahwin, Amar sekerasnya menafikan khabar angin tersebut.

Fasal kami dikatakan akan bernikah November itu, memang buat saya terkejut. Dulu pernah bertebaran cakap kami akan berkahwin hujung tahun dan kali ini, siap ada bulan yang tepat pula.

Orang yang menyebarkan cerita ini nampaknya seperti lebih tahu segala-galanya. Tapi ia memang tak benar. Kalau saya nak kahwin sekalipun, pasti saya akan maklumkan. Benda baik takkan tak nak beritahu.

Amar turut memberitahu beliau merasa kurang selesa apabila sering dikatakan bercinta denga Amyra kerana hubungan akrab mereka tidak lebih daripada seorang kawan.  Malah, kerjaya seni Amar diuruskan oleh ibu Amyra, Noor Zaridah Ahmad sejak awal tahun 2015.

Jika boleh saya tidak mahu terus dikaitkan begitu. Tapi saya tak mampu mengawalnya. Bimbang juga peminat atau orang di luar sana akan jelak. Saya tak mahu hal sebegitu akan mengganggu kerjaya.

Cuma kebetulan kami berada di bawah pengurusan yang sama, jadi ibu Amyra memang bekerja keras untuk memasarkan kami dan pastinya kami sering dilihat berada bersama di acara mahupun majlis tertentu.


Mungkin kerana kedua-dua mereka masih solo dan sering bergandingan bersama didalam drama, maka keseserasian itu boleh tampak dengan jelas. Walaubagaimanapun, tidak semestinya mereka bercinta bukan?

Sumber Berita: Berita Harian

[jetpack-related-posts]

12 responses to Amar Baharin Nafi Gosip Bakal Berkahwin Dengan Amyra Rosli November Ini

  1. Hapekebende says:

    Againnn…. Boringg…. Next please!

    0

    0
  2. minah jambu sayang nenek says:

    pes ! hehe ..

    0

    0
  3. Lina says:

    Nafi nafi nanti kawin gak. Amyra tak cukup dgn dah curang dgn dazrin takyah la nak kecoh2 dgn Amar plak. Come on Amar u can find better than her.. Amyra lucky sbb tak pecah tembelang. Org asyik slhkan dazrin pdahal dia yg tggalkan dazrin. Puihhhh!!!!

    0

    0
    • Amar says:

      A ah betul. Tak psl2 ramona jadi mgsa konon nya org ketiga. Last2 hambek dia kawin dgn org palestin daaa. Pls la Amar amyra ni nak glamer je. Dulu dia gunakan dazrin, skang dia guna kan kau pula!

      0

      0
      • Anon says:

        Bukan slh amyra Yg ramona kena tuduh tu.. Fanclub dia yg kecoh sgt pegi attack ig ramona zamzam. Pdahal gambar dia shisha je dgn dazrin, lain la klau die org bepeluk becium.. Ni duduk pon jauh2, budak2 fan club amyra je yg over..

        0

        0
        • Lol says:

          Yg tudoh ramona nak kat Amar pun bangang jugak. 2×5 dgn peminat amyra n dazrin tu.. Plis laaahhhh no taste k nak kat Amar sendu nih! Ksian ramona, time dgn zhaf, fouziah gos rmpas tpi ramona juga yg kena.. Shooting skali ngan dazrin, dia juga yg kena.. Tgkap gambar ngan Amar time pegi event skali, dia juga yg kena.. Tpi nsib baik dia dah slamat nikah.. Buat fanclub2 retis di luar sana, conclusion nya takyah la nak over protective kat retis2 korg ni, bukan dpt duit pun!

          0

          0
    • anon says:

      Amira, kamu cantek, u can do better…..amar ni tak hensem langsung. Lbh baik dazrin drp jantan ni…

      0

      0
  4. Nita says:

    Ala klau btul pun Amar nak kat amyra ambik je la apa slh nya.. Dah bukan jodoh amyra ngan dazrin.. Yg menuduh ramona dulu pon bodoh juga. Whatever it is ramona dah prove yg dia bukan org ketiga.. Org je sibuk gossip lebih. Skrang ni dia dah bahgia kawin dgn mamat palestin uolls ! Slmat berbhgia lah amyra n amar..

    0

    0
  5. hhDD says:

    Sory la tp pndapat sy, diorg tak sesuai..sorry ye..amar nmpk sesuai dgn izreen azminda..mungkin sbb penangan ktar..lgpn sy trtarik tgok amar dlm ktar..n crite lain tak minat nk tgok..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    macam tak sesuai pulak…amira muda dan cantek, banyak lg lelaki yang lebih baek

    0

    0
  7. Anonymous says:

    muka laki ni macam nyah.. sorry

    0

    0
  8. cik oren says:

    Tiba2 rsa mcm x boleh terima kalau Amar nin ngan orang lain selain dari Izreen. Huhuhu.. Kuat tul penangan citer KTAR ni kat aku.. ;-)

    0

    0