Written by Bella | August 29th, 2016

Bakal berkahwin tidak lama lagi, pasangan popular Amar Baharin dan Amyra Rosli memberitahu mereka tidak mahu membazir dan hanya ingin melakukan majlis perkahwinan yang sederhana.

Menurut Amar, beliau sendiri turun padang untuk melakukan segala persiapan dan merasa syukur kerana hampir 50 peratus perancangan untuk majlis raja seharinya sudah siap.

Sebenarnya sejak beberapa minggu yang lalu saya sudah sibuk mempersiapkan beberapa hal majlis perkahwinan kami nanti bersama ibu Amyra. Memang letih sebenarnya mahu menguruskan majlis yang besar tetapi saya puas hati.

Dari makanan sampailah kepada persiapan pelamin semuanya sudah dibincangkan. Awal-awal lagi kami sudah sepakat untuk tidak membazir dan terlalu mengejar glamor. Cukuplah saya dan Amyra selamat bernikah dan meraikan tetamu yang hadir.

Buat Amar kehidupan selepas berkahwin nanti yang lebih penting dan ingin menyimpan wang untuk masa hadapan beliau dan Amyra nanti.

Bagi saya kehidupan selepas bernikah lebih penting. Kalau berhabis wang ringgit untuk majlis bersanding, bagaimana pula masa hadapan?.

Ukuran sebenar bukan kepada kemewahan sesebuah majlis sebaliknya ada perkara besar lain yang perlu digalas. Sebab itu saya tidak berlebih-lebihan dalam mempersiapkan diri terhadap perkahwinan tetapi turut sama mementingkan soal tanggungjawab sebagai suami. Apabila bernikah nanti, saya mahu menjadi suami yang terbaik buat bakal isteri.

Kami setuju dengan pendirian Amar dan Amyra, memang benar kita harus meraikan majlis perkahwinan tetapi janganlah keterlaluan. Bukan mudah untuk mencari wang ringgit, lebih baik gunakannya untuk waktu selepas berkahwin nanti. Pelbagai tanggungjawab yang harus digalas selepas bergelar suami isteri.

Sumber Berita : Utusan Online

13 responses to Amar Baharin Dan Amyra Rosli Tidak Mahu Membazir Untuk Majlis Perkahwinan

  1. Anonymous says:

    Hilang dah seri bakal pengantin baru sebab dah terbiasa tengok diaorang berkepit ke sana kemari bersama. Apa apa pun, semoga jodoh kekal hingga ke nafas terakhir.

    0

    0
    • minah jambu say no to DRUG says:

      yg penting nikah n majlis jamuan tetamu makan dengan makanan yg sedap itu yg penting dn buah tangan berkat untok tetamu yg datang …semoga bahgian n di murah kan rezeki be understanding antara laki bini itu pon penting…minah jambu baru aje nak kenal hati budi satu jantan ni yg minah jambu baru aje kenal..

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Sepadan laaa…..sorang hidung kembang semangkuk, sorang muka bapok tua…kihkihkih

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Meluat pon ada tgk muka2 poyo nih….

    0

    0
  4. orgtua says:

    T-Shirt his other half, her other half…..Hope maksud T-shirt tu masih kekal hingga akhir hayat ye!

    0

    0
  5. Duh says:

    Maksudnye xde duit dan x byk yg nak sponsor majlis diaorang ni.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Betoi tu Duh…..hihihi….

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Yg jantan perasan hensem, yg betina perasan cantik….hurrmm….

    0

    0
  8. amik says:

    X payah nk mention sgt ayat x nk mbazir tu..simpan je duit tu, pjalanan hidup panjang lg..bgs ko simpan utk sara hidup anak org tu..kang menangis x blagu ko nanti..si amyra tu high maintanance koooo…

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Eh takda siapa yang kesahh pun hokay. Poyo je pui

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Why must you all be mean? Can’t you people be happy for others? This is their big day. If you can’t find nice words to say then just shut up! It’s offensive to hurt others be it with deeds or words but still proud to call yourselves Muslims. To Amyra and Amar you guys make beautiful couple. Congrats!!!

    0

    0
  11. cun melecun says:

    kim il woo muda yg tetap hensem sesuai dgn amyra yg wajah ala anak mummy… Tahniah moga bahagia ke anak cucu cicit…

    0

    0