Amar Baharin Dan Amyra Rosli Bakal Umumkan Tarikh Perkahwinan Hari Ini?

Hiburan

Amar Baharin Dan Amyra Rosli Bakal Umumkan Tarikh Perkahwinan Hari Ini?

Sejak beberapa bulan lepas, Amar Baharin dan Amyra Rosli sering digosipkan sudah bertunang dan terbaru ada yang mendakwa pasangan ini bakal bernikah selepas Hari Raya Aidilfitri.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Amar dan Amyra masing-masing menafikan setiap gosip yang melanda diri mereka dan menegaskan mereka berdua tidak lebih daripada seorang teman yang rapat.

Amyra cuma berkata, bila tiba masanya nanti, beliau sendiri yang akan memberitahu berita pernikahannya kepada peminat.

Menurut Diva di akhbar Kosmo!, ibu Amyra yang mesra dengan panggilan Kak Nor akan pastikan setiap media mendapat berita perkahwinan anaknya itu serentak.

Malah, baru-baru ini teman Diva ada mendapat jemputan daripada ibu Amyra yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk temannya itu menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Amar dan Amyra yang bakal diadakan hari ini sebuah club house.

Lebih pelik lagi, tiada sebarang kenyataan yang disertakan dengan jemputan berkenaan dan ia jelas sekali bukan majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Setelah bertanya kepada beberapa orang mengenai majlis tersebut, ada sumber yang memberitahu kepada Diva berkata majlis tersebut sebenarnya diadakan untuk mengumumkan tarikh perkahwinan Amar dan Amyra.

Jika benar apa yang dikatakan oleh sumber berkenaan, ia terbukti bahawa mereka sememangnya bercinta dalam senyap sebelum ini. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja pengumuman yang bakal dibuat oleh Amar dan Amyra hari ini.

Sumber Berita : Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...