Written by AbangNara | July 3rd, 2017

Sepanjang Aidilfitri ini, Abang Nara suka tengok laman sosial artis-artis untuk melihat kemeriahan sambutan hari raya mereka. Semuanya nampak ceria, menawan, kacak dan jelita sangat-sangat. Paling Abang Nara suka ialah melihat pasangan suami isteri selebriti yang baru berkahwin menyambut Hari Raya buat pertama kali bersama-sama seperti Amar Baharin dan Amyra Rosli. Sweet sangat-sangat.

amyra rosli

Apa yang lebih menarik, pasangan suami isteri ini telah menyambut Aidilfitri mereka dengan melakukan percutian keluarga ke Pulau Redang. Orang kata sambil menyelam minum air. Boleh honeymoon lagi sekali. Hehehe.

amyra rosli

Tengah syok tengok-tengok gambar mereka berdua di Pulau Redang, Abang Nara tertarik dengan satu perkongsian informasi dari Amyra Rosli. Untuk makluman, Amyra kini sedang hamil. Bila baca perkongsiannya tentang vaksin, Abang Nara rasa kagum kerana pelakon ini sudah mempunyai kesedaran tentang kepentingan vaksin dalam mencegah penyakit berbahaya. Respek #JanganLupaCucuk #LengkapkanImunisasi.

amyra rosli

Bukan senang nak lihat selebriti tanah air kita berkongsi sesuatu yang penting sebegini. Bagus sangat-sangat Amyra Rosli buat macam ini. Sekurang-kurangnya jutaan para pengikutnya di laman sosial akan sedar kepentingan mengambil suntikan vaksin. Selaku ibu bapa kepada tiga anak, Abang Nara memang mahukan lebih ramai golongan selebriti yang bersikap seperti Amyra Rosli. Kita perlu beri kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan imunisasi buat anak-anak kita.

amyra rosli

Apa-apa pun, semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri buat Amar Baharin dan Amyra Rosli disambut dengan penuh ceria dan kemeriahan. Tentu seronok berhari raya di Pulau Redang. Sama-sama kita doakan agar kehamilan Amyra dipermudahkan sehingga kelahiran kelak. Nanti anak lahir jangan lupa untuk lakukan suntikan vaksin. Itu adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa.

amyra rosli

Selamat hari raya maaf zahir dan batin khas untuk Amar Baharin dan Amyra Rosli.

32 responses to Amar Baharin & Amyra Rosli “Honeymoon” Serta Sambut Aidilfitri Di Pulau Redang

  1. Anonymous says:

    Geng2 anti vaksin mungkin akan masuk komen jap lagi

    2

    1
  2. melati says:

    Walau Amyra dh kawin keayuan nya terselah dr Neelofa (anak dara tua tu)..Neelofa saya geli kt Tahi lalat dia..eeeeeeeeeeeeeeeeee

    8

    2
  3. Anonymous says:

    malas ah nk layan!!

    10

    0
  4. anon poyo says:

    Pasangan poyooooooooo

    31

    1
  5. Anonymous says:

    Pelakon2 sendu ala2 manja..mengada2..bayk sbgt kisah sendu cinta sehati sejiwa..kasih berpanjangan berbulan madu di langit biru..tiada yg mengganggu…bla bla bla..BOSAAAN.!!!

    29

    1
  6. Anonymous says:

    Ini kisah dua secoli berhoneymoon ke..pasal

    10

    0
  7. Anonymous says:

    Sambungan…pasal vaksin??? Confuse i…hmmmm

    5

    0
  8. kesihatan says:

    vaksin berbahaya

    10

    -6
  9. Anonymous says:

    Meluat betoi tgk pasangan poyo ni, nak muntah…..

    31

    2
  10. Anonymous says:

    If you hv nothing nice to say. Diam jer la. Klu nk komen juga ko kna fikir positif. Aku bukan minat neelofa. Tapi haters Neelofar komen kt sini wat aper? Klu obsessed sgt dh retis lain yg tu ko tak payah merayau meroyan kt column sana sini kutuk neelofar.

    3

    1
  11. Anonymous says:

    I pikir Amyra very sweet person. So tak payah la kutuk dia dan hubby. Doakn yg terbaik. Selamat wangikan hati tu ……

    3

    2
    • Anonymous says:

      Sweet pon sweetlah..nk bermanja2 dgn laki manjalah..tapi lebih2 dh meluat orang tgk..skit2 tu sweetlah..selalu2 menyampah!!

      31

      1
  12. Anonymous says:

    Yess. Setuju. Now trending artis dan pasangan just cos dah kawin mereka tak segan silu berpeluk peluk, cium cium or comolot dll. Malu dan hormat la sikit. All those adegan kelambu just keep to yourselves. Tak payah nk iklankan your so called demonstrative love. Demonstrate in private to your pasangan cukupler!!!!!!

    31

    -13
    • Anonymous says:

      Kalau boleh kt ranjang pon nk tunjuk..nnti bila bercerai..suka pulak main teka teki dgn peminat

      31

      -10
  13. Anonymous says:

    Tak usah menunjuk nunjuk lovy dovy bagai. Besuk lusa kita tak tahu jodoh kita sampai kemana. Kut kut Hujan di tengah hari ke atau badai belah petang ke atau Su anak mami oooops tsunami melanda. Kan kan.

    31

    0
    • wekkkkkkk says:

      ya la, klau brceraibrai, malu, jgn trlampu tuntuk terbahagia sgt,..dlm shari msti ada gduh, ni kn lak nk tahan ke usia emas prkwenan, kalau ceraiberai, org kat jab. agama tu ada jugk keja…nk buat…ini tujukan pada ssapa yg terasa lah.

      30

      0
  14. Anonymous says:

    kapel paling bosan. aku suka diana danielle, share sikit2, bila share nmpk sweet sgt sbb laki dia mmg hensem. laki c amyra ni mcm pondan kpop. aku tgk kt tv mana ntah, siap nangis2 nk buat statement psl cinta kt laki dia? pepet tgh basah uols, bsok da kering mau dia delete semua kt ig tu

    0

    1
  15. Anonymous says:

    Isy isy. Jangan guna bahasa jijik. Guna bahasa yang sopan ya. Selamat wangikan hati tu ……

    1

    0
    • Anonymous says:

      Anom 7.23..tah papelah kau ni..ni mesti amyra sendiri yg komen..klau tak..kemain membodek nampk
      .

      0

      0
  16. Anonymous says:

    Salam dari 7.23. Tu bukan bodek. Cuma nasihatkn agar kita guna bahasa yg elok. Fyi Aku ni bukan peminat Amira Amar dan bukan juga hater. Fahamkan?

    0

    0

Leave a Comment

Optional