Written by AbangNara | July 11th, 2014

Ada juga ye jenis manusia yang tak mampu untuk turut sama bergembira apabila dibawakan perkhabaran baik mengenai orang lain. Semua benda pun nak dipersoalkan, nak dipertikaikan dan nak disahkan dengan pengiraan saintifik apa bagai. Bukannya sebelum kahwin Almy Nadia mengandung, lepas dah sah jadi isteri Fizz Fairuz kot. Kalau kecewa tak dapat kahwin dengan Almy atau Fizz sekali pun, tak perlulah nak pertikaikan kehamilan orang lain.

almy dan fizz

Kerana takut dipertikai dan dipersoal kehamilannya, Almy Nadia sampai terpaksa merahsiakan berita gembira ini. Nasib baiklah kawan baiknya, Aida Gadis Melayu sudi berkongsi berita baik ini dengan kita semua. Kata Almy:-

Saya kalau boleh tidak mahulah berita ini terlalu didedahkan kepada umum kerana macam-macam benda boleh terjadi.

Bukannya saya sengaja tidak mahu kongsi mengenai perkara yeng menggembirakan ini bersama peminat, cuma saya mengambil langkah berjaga-jaga.

Sedangkan bila saya diam pun masih ada yang fitnah dan mempersoalkan tentang kehamilan saya , saya tidak tahu apa salah saya pada mereka jadi biarlah.

Sebelum berkahwin pun saya dah dilanda berbagai-bagai kontroversi. Masa lalu telah banyak mengajar saya. Kami sekeluarga telah mengambil keputusan untuk tidak membicarakan hal ini secara terbuka.

Yang mana saya rasa perlu kongsi saya akan kongsi.

almy mengandung

Abang Nara rasa mereka yang tak boleh bergembira dengan berita baik orang lain ini hanya segelintir dua sahaja. Kalau daripada 10 tue, mungkin 2 orang je. Jenis hati busuk. Nampak keburukan orang lain je. Diorang nie memang dah tak boleh ditolong dah. Kita buat apa pun, mesti nampak salah je. Jadi kepada Almy dan Fizz, pedulikanlah orang macam ini. Tak berbaloi nak rahsiakan benda-benda baik hanya untuk puaskan hati mereka. Abang Nara percaya ramai lagi yang akan turut berkongsi kegembiraan anda apabila berita sebegini dikongsikan. Tak gitu?

P.S: Tol Batu 3 dan Sungai Rasau akan guna sistem elektronik sepenuhnya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 responses to Almy Nadia Sengaja Rahsiakan Kehamilan Kerana Takut Ia Dipersoal

  1. Bobo says:

    Kawan2 kepada selebriti pon sensitif la sikit..kalau dah tuan punya badan sendiri tak heboh2 kan di media sosial, jangan la lebih sudu drpd kuah..kalau dia nak heboh2kan, biar dia buat sendiri..jangan sibuk2.

    0

    0
  2. nok gebuzzz says:

    ape masalah dyorg ni….bitau awal mengandung salah….senyap salah….ade jer nak fitnah org….sabar jer la almy

    0

    0
    • adohai says:

      eh.. dia kan kawen 24 april.. then dia baru sah hamil 4 minggu.. now dah bulan 7.. means dia start hamil awal/pertengahan bulan 6, so apa isu sebenarnya weh??

      0

      0
      • MelayuMajuBersamaUMNO says:

        Memang kene berahsia..

        Sebab melayu macam korang yang mulut serupa puaka ni suka
        buat cerita fitnah…
        Ini semua salah UMNO..!! semua barang naik.. BLR pun nak naik.. PUIH!!

        0

        0
      • MelayuMajuBersamaUMNO says:

        Memang kene berahsia..

        Sebab melayu macam korang yang mulut serupa puaka ni suka
        buat cerita fitnah…

        Tahniah.. BNM mengumumkan BLR akan naik sejajar dengan kestabilan
        negara Malaysia ini.. Hidup Melayu!! Hidup Umno!! Hidup Rakyat yang bijak!

        0

        0
      • anti plastic surgery says:

        jangan kawin dengan Korean, Japanese, Chinese and Vietnamese.. rosak keturunan youlss.

        0

        0
    • zuanzuan says:

      kadang-kadang timing pregnancy test pun tak betul juga ada kata 3 minggu, ada kata sebulan, ada kata 75 hari, sbb kebanyakkan doktor yang rawat sakit puan kat hospital gov/ klinik desa/klinik sakit puan, ramai doktor yang baru posting, so mmg semua try follow ikut buku sbb tak confident lagi, yg penting si ibu dan kandungan sihat walafiat. tu aje yg penting. nak pasti gi jumpa doktor pakar, tp jarang dapat sbb tgk juga kes ape yang kita nk jumpa doktor pakar.

      0

      0
  3. nurin says:

    Almy kan dh kawin 11 minggu… Die preggy pun baru 5 minggu.. knp nk dipersoalkan? bukannya baru 2 mgg nikah dh 1 month preggy? Lantak pi lah apa dorg nk ckp, yg penting, anak yg awk lahir sah dan dlm nikah.. Anyway, tahniah yer Almy n Fizz.. Kuat jodoh awk berdua.. semoga dengan kehadiran cahayamata ini nanti, akan membuatkan hidup kalian diberkati.. Amin..

    0

    0
  4. adamjannah says:

    tahniah almy & fizz..semoga semuanya baik sehingga kelahiran sicomel nanti

    0

    0
    • Anonymous says:

      ya betul..yang penting jaga kesihatan almy sebaiknya..mesti comel, kan baby almy & fizz

      0

      0
  5. Anonymous says:

    betul tu..yg penting almy jg kesihatan sebaiknya..mesti comel kan baby fizz & almy

    0

    0
  6. sentap says:

    mengandung cepat salah. tak mengandung2 di tanya2.. ape punye mentaliti la mereka2 ni.. aishhh

    0

    0
  7. LAHAR says:

    beruk mmg camtu

    0

    0
  8. Anonymous says:

    mulut org mana kt boleh tutup… janji kt tahu anak itu anak yang sah…

    0

    0
  9. maklong says:

    Kalau dia kawin baru 2 minggu tapi kandungan dah 4 minggu pun bukan nyer salah apaaa, seandainya baru seminggu kawin dah positif pun masih ngam dikira kandungan suci…. TULAH TIME SUBJEK SAINS KORANG DOK MEREWANG MENYENGIH MENDA LAIN. Kalau ikut kiraan sains logik lerrr…apabila seseorang wanita tu period (korang mesti reti kira kitaran period kan) . maknanya pada hari pertama period tu telor baru memang SUDAH READY ada untuk di senyawakan. Selepas mandi wajid kalau korang gomol2 goyang2 walau x gelojoh sekalipun Andai kata ALLAH maka jadinya ia , lantas jadilah ia sebagai 1 benih yg suci dengan berakad. Cer pikir dalam2 sikit , jgn nak dok main kira pakai jari bila x cukup jari sebok nak kata x sah. Ntah apa2 ntah korang ni.

    0

    0
  10. kira kehamilan says:

    cara kira hamil.

    contoh:

    hari pertamam period = 1 january 2014
    Nikah = 10 january 2014
    datang period seterusnya = 28 january 2014.

    tapi 28 january 2014 tak period2 pun. sebab lepas nikah terus lekat. waktu subur wanita adalah pada hari ke-12-21. jatuh pada 12 january hingga 21 january 2014.

    pada 30 january sah hamil 4 minggu. ini kerana waktu hamil dikira pada hari pertama period datang. walaupun usia perkahwinan baru 3 minggu. bukan ber erti persenyawaan sebelum nikah. tetapi persenyawaan berlaku selepas nikah. hanya kalender kehamilan dikira pada hari pertama datang haid. dalam kes ini hari pertama haid adalah sebelum nikah. tapi suami pancut dlm selepas nikah.

    harap faham dan jgn salah faham selepas ini.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    ank dorang mesti ada lesung pipit mcm fizz fairuz…pastu bibir nipis mcm almy…hehe…semua tu kuasa Allah…tgu dan lihat jela..

    0

    0
  12. melayu says:

    bukan ape.. org2 tua pon selalu pesan..

    klu baru-baru tu, xyah la kepoh2 sgt.. sbb kita xtau ape masalahnya nti.. biar da selamat 2nd trimester, baru lah bolh kepoh2.. xde la kepoh mana pon kan? sbb perut pon da nmpk sket..

    ni org skg, baru 4 minggu – da post kt insta..

    kang klu dibuatnya baby tu jenis x kuat, happy melampau-lampau.. x lama lekat, x ke sedih lepas tu…

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Rasenye bkn berahsia sebb dh bape minggu..tp almy berahsia sebb baru 4 minggu..baru sgt lg,nnti org kutuk ckp die menunjuklah, over exctdlah..manusia ni mcm2..

    0

    0
  14. Bobo says:

    kawan-kawan kepada selebriti ni tolong la jaga sensitiviti..kalau tuan punya badan sendiri tak hebohkan di media sosial, jangan la awak tu lebih sudu drpd kuah..

    0

    0
  15. olga says:

    congrats eh korg dua.. tapi tak berkenan betol dgn baju almy ni.. orbit benor

    0

    0
  16. anon says:

    Serious….selama ni tak perasan yg almy ni boleh tahan curvy. Neway cantek…

    0

    0
  17. Kak Jah says:

    Cantek badan Almy tu patut la Ps Pairus sangkut cepat.
    Niway akak ucap kan tahniah buat Almy .
    Pedulikan Apa org nk kata .
    Hanya ALLAH mengetahui segalanya.

    Kalau la badan Akak masih padat cam Almy , mesti Abg leman kao tu lekat dok rumah .. Hehheh

    0

    0
  18. abc says:

    Sendu. Seksi.

    0

    0
  19. Aa says:

    Same goes to diana danielle.mengandung pada awl minggu kehamilan namanya bunting pelamin..yg sibuk cari salah org ni nampak sangat cetek ilmu dalam hal ni.kalau rasa ilmu ttg kehamilan belum arif jgn lah terus nak tuduh2..takkan ada org yg nk mengaibkan diri sendiri lebih2 lagi dia selebriti.agak2lah..

    0

    0