Written by AbangNara | July 6th, 2014

Almy Nadia telah pun tampil dan mengesahkan yang dirinya kini sedang hamil 4 minggu. Sebelum ini berita kehamilan isteri kepada Fizz Fairuz ini telah disampaikan oleh Aida Gadis Melayu. Pastinya orang yang paling gembira dengan berita ini ialah Almy dan Fizz Fairuz. 10 tahun bercinta, murah rezeki mereka berdua kerana bakal dikurniakan anak sebaik sahaja sah bergelar suami isteri.

almy nadia

Kata Almy mengenai kehamilannya:-

Sebelum berjumpa dengan doktor memang saya selalu tidak sihat dan tak sangka pula rupa-rupanya saya mengandung. Alhamdulillah, kami tidak merancang apa-apa pun tetapi saya anggap ini mungkin rezeki saya dan Fizz.

Anak (angkat) saya, Nur Afrina Darwisya pun tidak sabar nak adik. Doakan yang terbaik buat saya. Lagipun kandungan pun masih baru.

Doktor kata, kalau tak larat jangan puasa, tetapi sehingga kini Alhamdulillah saya masih lagi boleh bertahan. Tidak tahulah macam mana pada hari-hari mendatang.

Yelah, bukannya senang kerana inilah peluang saya untuk berpuasa penuh. Dan saya pun tak buat apa-apa sangat. Cuma berehat di rumah. Jadi ia sedikit sebanyak memudahkan saya fokus pada ibadah puasa

almy nadia

Awal-awal kehamilan ini banyakkan berehat. Jangan buat kerja keras. Lebih-lebih kehamilan pertama. Semoga segalanya berjalan lancar buat Almy Nadia dan Fizz Fairuz. Mesti mereka berdua sedang teruja bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Tahniah!!! Info asal Mstar Online.

P.S: Nak buat logo untuk bisnes/persatuan/entiti anda? LIKE page DesaKreativ untuk design professional dengan harga terendah dipasaran!

Design terbaik dan professional , harga terendah di pasaran.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 responses to Almy Nadia Akui Sudah Hamil 4 Minggu

  1. SNH says:

    TAHNIAH ALMY NADIA & FIZZ FAIRUZ

    0

    0
  2. Shukran says:

    Ini lh hikmah d sebalik kejadian dan dgaan.
    Allah Maha Mengetahui.hikmah yg x trnilai.

    0

    0
  3. Brader Mintak Surat Kluang says:

    dah hari2 mau mane tak jadi..pantang d sentuh..tahniah2..surat mane surat???

    0

    0
  4. umi says:

    Ya allah..untungnya kalian,sy menanti 2 tahun still berlum dikurniakan rezeki. Dengar berita kawan2 hamil,rasa rendah diri,kecewa,terkilan.,semuanya ad…org keliling ada yg perli,tp alhamdulillah still ada yg memahami…moga semuanya berjalan lancar..moga sihat hendaknya anak kalian bila dilahirkan kelak..amin..:D

    0

    0
    • insan yg ptihatin says:

      Penah dengar ceramah dulu…utk psngan yg xda anak lagi..cuba niat d dlm hati nak ank utk bnykkan ummat nabi bkn niat utk kearh duniawi..wallahualam

      0

      0
  5. huzyy says:

    Tahniah..couple ni suka pakai baju yang colour blocking.. Tak sedondon ea

    0

    0
  6. ayam golek says:

    tahniah :)

    0

    0
  7. M.Zaman says:

    Tajamnya dagu….

    0

    0
  8. mariam kampung pantat says:

    gamba 1st 2, ade lagi erk org wat rambut style jurai2 ciput camtu? igtkan zaman dato ct jerat percintaan jer..

    0

    0
    • abc says:

      laaaa biau kan lah…yg ekau susah hati sgt apsal….pelik botul….ekau poso ko mariam?

      0

      0
  9. phoebe says:

    Tahniah ye Almy dan Fizz…:-) Semoga selamat semuanya

    0

    0