Written by AbangNara | July 8th, 2014

Pemergian Rezaimen atau lebih dikenali dengan nama manja Memen pastinya memberikan impak yang amat besar kepada Linda Rafar dan keluarga. Abang Nara ada mengikuti kemaskini mengenai Memen yang sering dikongsikan oleh Linda Rafar sebelum pemergiannya, memang sayu mata memandang. Pemergian Memen pada usia semuda ini (12 tahun) pasti ada hikmahnya.
anak linda rafarJenazah Memen yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Menurut ibu saudara kepada Allahyarham, Diana Rafar memaklumkan yang Rezaimen berhasrat untuk menjadi seorang hafiz. Kata Diana:-

Memen (Rezaimen) sangat disayangi kerana sikapnya yang peramah dan periang namun pemergiannya semuda ini memang mengejutkan kami sekeluarga. Niat Memen memang mahu menjadi tahfiz kerana dia nak bawa anggota keluarganya masuk syurga

Terbaru menerusi akaun Instagramnya, Linda Rafar telah berkongsi 2 keping nota tulisan anaknya itu yang baru sahaja dijumpai. Sedih la plak Abang Nara membacanya. Tak dapat bayangkan kesakitan yang ditanggung oleh Allahyarham ketika menjalani rawatan.
anak linda rafaranak linda rafar

Insya Allah Rezaimen dan ahli keluarganya yang lain akan bertemu di syurga kelak. Buat Linda Rafar, bersabarlah dengan dugaan yang amat hebat ini. Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar. Takziah sekali lagi diucapkan atas kehilangan ini. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah.

P.S: Proton perkenal 2 varian baru

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

22 responses to Allahyarham Rezaimen, Anak Linda Rafar Ingin Jadi Hafiz

  1. I says:

    FIRST..

    0

    0
    • aina says:

      i’Allah… tempat kamu kt syurga dik…

      0

      0
      • ayraa says:

        Ape tu i’Allah?? i = saya.. saya Allah??
        Astaghfirullahalazim!
        Taip je la insyaAllah.. susah sgt ke?
        Kalimah Allah jgn di shortform kn.. xde makna!

        0

        0
        • NoobAyraa says:

          Ayraa kamu ni ustazah jadian ke?Benda remeh temeh pun nak tegur..apa kejadah lah sial..Kalau kamu kata i=saya (mengikut assumption kamu buat) saya boleh jugak kata i=insya..Kita semua fahamlah i’Allah tu stands utk apa..Tak payah nk tegur2 benda kecil dan remeh temeh camni..If you have nothing to say just dont bother say any!Damn!

          0

          0
        • prap says:

          satu lagi org melayu yg pandai sangat bab2 agama…selagi iman kamu kuat, short form ke full ke..x de nyer jadi masalah…yg bermasalah ni org yg buat2 pandai jer…islam tu mudah yer..melayu jer yg menyusahkan islam ni..

          0

          0
  2. tahpape says:

    MMG sedih bila kita kehilangan anak…
    Ya Allah…sedihnya baca surat anak tu…tempatmu di syurga nak..
    semoga keluarga mereka tabah..amin

    0

    0
  3. fa says:

    sebak baca tulisan arwah..syurga tempatmu dik..inshaa ALLAH

    0

    0
  4. joe says:

    Al fatihah untuk arwah.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    bidadari syurga menanti mu disana….al-fatihah

    0

    0
  6. nok gebuzzz says:

    semoga linda tabah mengharungi dugaan ini,kehilangan anak umpama kehilangan nyawa kite sendiri…..tempat mu di syurga sayang…..
    salam takziah buat linda sekeluarga

    0

    0
  7. sentap says:

    Ya Allah.. sedeyhnyer laa.. menitis air mate mbace nyer. tu bahagian dye, kite sume macam mane la. maaf kpd anda sume skiranyer ade slh dn silap

    0

    0
  8. Pilih kasih says:

    sebak n sedih bila membaca tulisan arwah….mengalir air mata ini..moga2 arwah d tempatkn d tempat org2 y beriman…aminnnn….wat linda…moga tabah menghadapi dugaan y besar ini….

    0

    0
  9. Anonymous says:

    I cry & cry reading d boy’s note coz i hv children too……

    0

    0
  10. Marie says:

    Muhasabah untuk diri kita…Kehidupan y dipinjamkan.
    Semoga arwah ditemptkn di kalangan org beriman.InsyaAllah

    0

    0
  11. diego says:

    Linda …jangan sedih…sepatutnya gembira anda sudah ada anak ahli syurga….anak ustaz, ustazah,anak the so called keturunan nabi, anak golongan habib habibah, syeikh syed saripah,anak pak imam, anak wardina, anak abby , anak nora danish, ziana zain belum pasti ke mana…..
    anda patut berbangga Allah anugerahkan seorang ahli syurga dalam keluarga anda..berusahalah supaya dapat bersatu di jannah semula.

    0

    0
  12. sue says:

    Hari ni saya banyak menangis. baca kisah arwah Sharifah Aini menangis, baca pulak kisah arwah Rezaimen@memen. sebaldi dah air mata ni. Bersabarlah Linda Rafar. Dugaan hanya pada umat terpilih. Bahagian kami belum tahu lagi. Saya ada 3 anak yang sedang membesar dan tiada lain golongan ibu impikan selain melihat anak-anak membesar dan berjaya dalam hidup. Teruskan hidup demi anak-anak yang lain. Limpahkan dengan kasih saying seperti anda menyayangi Rezaimen. Al-fatihah :(

    0

    0
  13. amir says:

    InsyaAllah tempatmu di syurga Rezaimen

    0

    0
  14. megan says:

    menitis air mata baca…kesiannya adik ni….semoga ditempatkan di syurga…

    0

    0
  15. kiri kanan says:

    smoga roh adik Rezaimen ditempatkn brsama org2 yg beriman. buat Linda Rafar, tabahlah mghadapi dugaan…

    0

    0
  16. Mama Aliaa says:

    Tak tertanggung rasanya derita Memen.. Semoga dia bahagia di sana.. tiada lagi kesakitan di dunia… menunggu ayah dan bonda di pintu syurga…

    0

    0
  17. Farah says:

    Sedihnya.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    0

    0
  18. rapunzel says:

    ank pergi dulu sebelum ibu.. dalam usia muda plak tu… macam mana prasaan linda… luar nmpk ok dlm kita xtau… moga linda sekeluarga tabah…

    0

    0