Aliff Sudah Hancurkan Segalanya, Termasuk Kepercayaan Saya Kepadanya – Bella Astillah

Hiburan

Aliff Sudah Hancurkan Segalanya, Termasuk Kepercayaan Saya Kepadanya – Bella Astillah

Walaupun sudah memaafkan Aliff Aziz atas apa yang telah terjadi baru-baru ini, namun Bella Astillah mengakui kepercayaannya terhadap suaminya itu sudah hancur. Walaupun terluka, demi masa depan anaknya, Bella sanggup untuk memaafkan suaminya itu dan kembali membina hidup baru. Memang ini satu pengorbanan yang amat suci, murni dan tulus. Respek Bella!!!

bella

Advertisement

Kata Bella:-

Saya lega dengan penjelasan Aliff, namun tipulah jika saya katakan sudah kembali gembira. Sebagai wanita, kita semua mempunyai perasaan. Luka itu masih berdarah, namun saya kena fikir ke depan, termasuklah anak saya.

Saya berharap semua orang dapat mendoakan semoga Aliff tidak melakukan kesilapan sama dan sedar dengan apa yang terjadi, yang sudah menghancurkan segala-galanya, termasuk kepercayaan saya kepadanya

bella

Namun begitu, Abang Nara percaya Aliff Aziz akan memberi komitmen 100% dan berusaha keras untuk mengembalikan kepercayaan Bella kepadanya. Semoga perkara ini akan menjadi satu pengajaran buat Aliff untuk tidak curang lagi. Bukan senang mahu mencari seorang isteri yang sudi memaafkan kesilapan kita. Jangan take for granted. Hargailah isteri anda, lebih-lebih lagi setelah dia melahirkan cahaya mata untuk anda. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...