Written by AbangNara | March 1st, 2017

Tan Sri Jins Shamsuddin, 81, meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini, dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih di kediamannya hari ini. Berita sedih ini telah disahkan oleh anak keduanya Putera Hang Jebat. Allahyarham meninggal dunia ketika di klinik kira-kira jam 5.45 petang.
jins shamsuddin meninggal duniaKata Putera Hang Jebat:-

Ayah minum petang dan ketika hendak makan cekodok, ayah tercekik. Melihat keadaan ayah, Mak segera membawa ayah ke klinik berdekatan. Bagaimanapun, ayah disahkan meninggal dunia setibanya di klinik.

jins shamsudin meninggal duniaSesungguhnya pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat dunia seni tanah air. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah. Sumber Berita Harian.

[jetpack-related-posts]

27 responses to (AL-FATIHAH)Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

  1. Mat Ronggeng says:

    Ooii cepat nya Nara punya update.
    Innalillahirojiun. Alfatihah buat arwah.

    2

    0
    • Anonymous says:

      Lakonan arwah yg saya x boleh lupa dgn Noorkumalasari. Waktu tu saya umur 7 tahun. Jiman wataknya kalu x salah waktu dia merayu kena kurung dlm sangkar oleh isternya sbb kurang waras. Al Fatihah kpd permata negara kita. Best lakonannya..

      17

      0
    • Fattah Mematah Matah says:

      Ni baru otai!
      Takziah…al fatihah.

      4

      0
  2. Flowers says:

    Al Fatihah

    2

    0
  3. Anonymous says:

    Al fateha utk seniman yg ku sanjungi..teringat pada arwah ibu yg menghidapi penyakit yg sama..alzeimer..

    3

    0
  4. Aiskrim Coklat says:

    Innallillahi wa inna ilaihi roji’un. Semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan para syuhada syurga. Semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan diberikan kerahmatan ke atas roh Allahyarham, in shaa Allah. Takziah kepada keluarga beliau di atas kehilangan ayahanda tercinta. Sesungguhnya kami ini akan menyusul juga suatu hari nanti

    15

    0
  5. vroom says:

    macam konspirasi je kematian.. hmmm.. cekodok mengandungi cecair XV kut..

    1

    34
  6. Sabahbilang says:

    Filem arwah akn sy kenang sepanjang zaman si tanggang..al fatihah,semoga arwah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman..amin.

    2

    0
    • huhuhuhuh says:

      btul antara dialog yg ingat sampai skrg ” Mak dah tua, mak boleh sabar. Tanggang masih muda, darah tanggang masih panas. Cuba tengok hari ni Tanggang bergaduh, lain hari nanti Tanggang mengamok pula.”

      1

      0
  7. Anonymous says:

    Allahuakhbar. Baru 2hari lepas saya tengok Carta 10 kat Astro. Episod seniman veteran Malaysia. Ada terpandang Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin ni antara 10org tu. Dalam hati terdetik tengok Arwah, kuat lagi Tan Sri ni. Harini terbaca, terkejut terus. Salam Takziah buat keluarga Allahyarham :(

    3

    0
  8. Fyda Noh says:

    Bakat lakonan arwah sentiasa dikenang sepanjnag zaman.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman

    3

    0
  9. Oma says:

    Takziah kpd family aruah ,selain bkat lakonan beliau yg hebat beliau juga antara actor yg paling hemsem mcm mix2 mat saleh dizaman filem era hitam putih !!!

    13

    0
    • mak c kina says:

      bkn sje era hitam putih..dia antara hero melayu yg hensem sepjg zaman..cuba carik hero melayu skrg,ada ke yg blh tanding dgn kehenseman DJS..muka nya,senyuman nya,fizikal nye ada lah perfect!!!…

      al-fatihah

      10

      0
  10. Mak Becok says:

    Sedih betul bila artis2 industri perfileman Melayu hebat kita meninggal dunia!
    Sampai sekrg; aku masih sebak; sbb tu begitu sukar nak tengok filem2 Seniman Agung, Allahyarham TS P. Ramlee kita; lepas tu anak beliau yg, juga begitu berbakat; Allahyarham Nasir P. Ramlee pula meninggal.

    Aku harap artis2 hebat kita serta para keluarga mereka dibela habis2an – & royalti dibayar selamanya dari setiap lagu dan filem depa kpd. keluarga depa walau pun depa dah meninggal. Shaw Brothers & EMI tu bayar tak pd. keluarga Arwah P. Ramlee/Saloma contohnya?!! Patutnya keluarga depa dah jadi jutawan!

    Lihat di –
    ‘Yam, Orang Dah Tak Peduli Saya’- Kisah Sedih P.Ramlee Di Hujung Karier Yang Ramai Orang Tak Tahu
    February 6th, 2017 | by Ash Nordin

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Al-Fatihah. Semoga roh nya di cucuri rahmat. Aamiin.

    2

    0
  12. Anonymous says:

    Sangat suka dengan arwah TS Jins Shamsudin. Bakatnya, karismanya, ketampanannya, dedikasinya..semua cukup. Memang kita kehilangan permata yg sangat berharga. Semoga Allah sentiasa merahmatimu sehingga ke syurga.
    #Al-fatihah

    5

    0
  13. Mak Becok says:

    Sedih betul bila artis2 industri perfileman Melayu hebat kita meninggal dunia!
    Sampai sekrg; aku masih sebak; sbb tu begitu sukar nak tengok filem2 Seniman Agung, Allahyarham TS P. Ramlee kita; lepas tu anak beliau yg, juga begitu berbakat; Allahyarham Nasir P. Ramlee pula meninggal.

    Aku harap artis2 hebat kita serta para keluarga mereka dibela habis2an – & royalti dibayar selamanya dari setiap lagu dan filem depa kpd. keluarga depa walau pun depa dah meninggal. Shaw Brothers & EMI tu bayar tak pd. keluarga Arwah P. Ramlee/Saloma contohnya?!! Patutnya keluarga depa dah jadi jutawan!

    2

    0
  14. Mak Becok says:

    Lihat di –
    ‘Yam, Orang Dah Tak Peduli Saya’- Kisah Sedih P.Ramlee Di Hujung Karier Yang Ramai Orang Tak Tahu
    February 6th, 2017 | by Ash Nordin

    0

    0

Leave a Comment

Optional