Written by AbangNara | July 5th, 2014

Ini adalah berita yang amat  mengejutkan dan sedih buat rakyat Malaysia terutama mereka yang terlibat dalam bidang hiburan. Sharifah Aini telah pun disahkan meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi akibat jangkitan paru-paru. Beliau berusia 61 tahun.

sharifah aini meninggal dunia

Sharifah Aini beberapa hari sebelum meninggal dunia telah dimasukkan ke ICU kerana sakit yang sama. Sebelum itu Allahyarham turut melahirkan rasa redhanya jika dijemput Allah dalam masa terdekat. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan mendoakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang beriman. Sesungguhnya ini adalah kehilangan besar buat industri hiburan tanah air. Al-Fatihah. Info asal AstroAwani.

51 responses to (AL-FATIHAH)Sharifah Aini Meninggal Dunia

  1. senah glemer says:

    subhanallah,,bertemu dgn pencipta di bulan yg penuh barakah ini..alFatihah :’)

    0

    0
    • Kita telah kehilangan Biduanita negara :'(

      0

      0
      • Olga says:

        Hapuslah air mata mu…usahlah kau bersedih..begitulah kata-kata dari lagu Hapuslah Air Mata itu selalu memberi kekuatan bahawa yang telah pergi usah dikenang lagi…kerana ada yang menyayangi dan menyintai kita di luar sana.
        Suara Datuk Sharifah Aini paling “lemak merdu” dan lembut sememangnya tiada tolok bandingannya lagi. Yang lain…bingit telinga dengar.

        Salute to Datuk Sharifah Aini- Diana Ross and the Legend of Malaysia.

        0

        0
        • Mariah Kari says:

          Innalillah hirojiun…Al-Fateha
          Salam takziah buat family almarhumha…

          0

          0
        • Chef Wan Jr. says:

          I feel so so sad when my maid told me Kak Pah has meninggal dunia. Can’t believe my maid surfing the tenet in the middle of the night. How dare she?

          Anyway tak mind lah ye, yg penting I called my mom terus when I got this sad new la. Kak Pah was just so hebat and no ganti one. I like her lagu-lagu bila dengar I tangkap feel even more especially in the middle of malam. I think she has her own gaya and unik thats why I bought all her koleksi CDs dan all the piring black. I grew up in her generation I always feeling2 Kak Pah when my mom play her song la in front of cermin you. My mom likes dia also and until now every time when we pasang2 karaoke my mom always pilih Kak Pah’s songs. I also join la…duet lagi.

          I will miss her la so much much. Al-fatihah to her son, close friends and last but not least her family also. One kehilangan big big for Malaysia. So you alls please wish takziah la ya. We never tahu…with all the food and junk we ate these days, hari2 kita telan maybe kita pun akan diinvite ke sana juga ya sooner. So muhasabah la ye, you will never know. Sekejap Allah akan pull you punya nyawa.

          Oh, I think I like her lagu named Flower Tanjung. I also not sure la right or not the title maklum la I dah more kertu. I will play tomorrow la in my kereta. Tribute to Kak Pah…why not kan? Have a nice hari minggu ya. I will rindu Kak Pah punya suara I tell you. She is no replacement….ingat that tau. Peaceeeee…selamat bersahur.

          0

          0
        • Ustazah Ramadhan says:

          Salam . Janji Allah itu pasti ,
          semoga Kak Pah mendapat pengkahiran yg baek (Husnul Khotimah)

          Every soul will taste death [ Ali Imran 3:185 ]

          Dalam hidup di dunia ni , hanya ada 3 hari yg penting dlm hidup kita , hari kita dilahirkan , hari kita di matikan , dan hari kita dibangkit kan semula dlm proses menuju akhirat , jadi sama2 lah kita menggunakan masa yg ada untuk membina tangga2 semula untuk ke syurga . Insya’Allah …

          Renung2 kan , dan selamat beramal , anda buat , anda dapat ,
          hati yg ikhlas pasti dibalas ,
          manis kan iman , manis kan senyuman !! ? ?

          0

          0
        • Hebby Al Baldi says:

          Asalamualaikum , selamat berpuasa , errr makan apa hari nie ?
          kenapa ? dtg sini ? eheheheheh

          *cium bahu*

          0

          0
        • miss ynwa says:

          aku nk tgk mane haters kakpah yg gigih dislike seguni komen mendoakan kesejehateraan kakpah entry tu ari…..muncul la weyhhhh, korg yg gigih sgt simpan dendam kesumat kat kakpah,,, beliau da meninggal pown ,di BULAN MULIA lg..ko hado?? MOVE ON JELAHH…..bende da lepas tu lepas larhh, klu korg maafkan arwah korg sendirik tk dpt imagine pahala yg korg dpt besa mana lg2 dibulan ramadon ni ade phm ? sudah2 larh

          0

          0
        • Kak Pah Terbaik says:

          Bagus Kak Pah…walaupun anak sorang…Aliff Omar tu….jadi manusia warak yg berguna. Pandai didik anak….Noorkumalasari pun sama. Bangga dgn artis2 era 80an dulu.

          0

          0
        • Datin Semah says:

          Suasana Hari Raya

          “Rasalah ketupat ini
          Dengan rendangnya sekali
          Sudilah rasa kuihku
          Pilihlah yang mana satu

          Hai… di hari begini
          Kita menjamu selera
          Kita bermaaf-maafan
          Di suasana hari raya”

          The #1 Hari Raya song ever…… by Datuk Sharifah Aini !!!

          0

          0
        • Olga says:

          First time anak artis menyembahyangkan emak…. subahanallah berkat didikan ibu yg solehah alfatihah…..harta x ternilai. sejuk perut ibu2 camni.

          0

          0
      • Baby AA says:

        Mawar Putih Untuk Mama dan lagu raya dia evergreen sangat…..al-fatihah. Innalillahi wanna ilaihi rojiun….

        0

        0
        • Kami Sayang Kak Pah ! says:

          alfatihah utk sharifah aini.. amin. keindahan suaramu nyanyianmu..tiada tolok bandingannya… satu2nya penyanyi tersohor negara..dulu…kini… dan selamanya!..sedih…bunga tanjung dan mawar untuk mama lagu terkesan dihati. semoga rohnya tenang….

          0

          0
        • Datin Semah says:

          seri dewi malam pun best layan karaoke….

          0

          0
      • Scotland says:

        Unik dan tersendiri suara dia. The one and only Sharifah Aini.

        0

        0
    • Baru dengar kembali stabil. Sesungguhnya Allah menyayanginya. Diambil nyawanya ketika sedang tidak alpa. Adakah kita menyusul sekejap lagi?

      0

      0
    • mira says:

      Sukar dicari…mustahil diganti.
      Sharifah Aini dlm doa dan kenangan.
      Al Fatihah.

      0

      0
  2. Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada keluarga arwah dan teman-temannya dalam menerima ketentuan-Nya ini dengan pasrah. Dia insan istimewa pilihan Allah swt untuk kembali kepada Pencipta yang Agung.

    0

    0
  3. #JomKurusPH says:

    Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.

    0

    0
  4. Mr. Right says:

    Al Fatihah dan salam takziah untuk seisi keluarga..
    Antara kata2 terakhir untuk peminatnya..seakan-akan bersedia untuk Pergi selamanya…
    “Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA…Jika ditakdirkan ALLAH, sampai masanya untuk saya pulang ke RahmatuLLAH, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah…dengan hati yang damai, saya tenang dan REDHA dengan apa yang telah ditetapkan.
    Doakan saya berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH. Sesuatu yang saya ingin anda, keluarga FB saya tahu ialah…saya TERAMAT SAYAAAAAAAAAAAAAAANGKAN ANDA SEMUA…saya sangat menghargai segala kasih sayang, ingatan, doa dan budi baik yang telah anda curahkan kepada saya selama ini. Doakanlah kesejahteraan saya, sedekahkanlah Al-Fatihah, ingatlah saya dalam setiap DOA anda. In Shaa ALLAH, kita semua akan menjadi keluarga semula di JANNAH!
    Satu pesanan saya, seandainya saya sudah tiada…gunakanlah FB ini kearah kebaikkan…untuk menjaga Silaturrahim…untuk saling menasihati…bukan untuk mengumpat…menabur fitnah…dan segala perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Kasihanilah diri anda sendiri.
    Begitu pantas masa berlalu…45 tahun saya bergelar anak seni…….terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman…pahit dan manis…begitu ramai yang telah membesar dengan lagu-lagu saya… namun yang pasti, perjalanan panjang penuh berwarni-warni yang telah saya lalui ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran anda, peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak pernah berbelah-bagi selama keberadaan saya dalam dunia seni.
    Anda adalah pembakar semangat, pendorong untuk saya untuk terus bertahan. Tanpa anda siapalah saya. Ketahuilah, sedari mula saya melangkahkan kaki dalam dunia seni sehingga ke hari ini, niat saya tidak pernah berubah, ikhlas untuk menggunakan anugerah suara yang telah dikurniakan ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Always remember that I sing with LOVE!
    Walau apapun yang berlaku, saya ingin anda tahu yang saya teramat hargai kehadiran, kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Segala kebaikkan anda tidak akan pernah luput dari ingatan, dan akan saya bawa hingga ke akhir hayat.
    Doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat semua keluarga dan peminat-peminat saya di sini. In Shaa Allah, jika dipanjangkan usia dan diizinkankan Allah, kita akan berjumpa lagi.
    Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini.”

    0

    0
    • RIP Mama says:

      Saya pun membersar dgn lagu2 Kak Pah. Macam x percaya pemergiannya. Sedih, terharu, bangga…..satu2 penyayi di Malaysia yg English dan BM nya power. Lagu Arab x payah cakap.

      Kak Pah is the truly biduanita negara after Saloma. Salam takziah untuk peminat2, ahli2 keluarga Kak Pah dan sahabat2 nya sekiranya anda membaca ni.

      0

      0
  5. Anonymous says:

    sedih bila dengar lagu raya nanti. Allahu akbar

    0

    0
  6. rebecca says:

    Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali….al fatihah untuk biduanita negara yang suaranya sungguh merdu dan menyusuk qalbu….bila menyanyi lagulagu asli sangat lah merdu…..bila menyanyi lagu nasyid atau ada elemen keagamaan sebutan tajwid sungguh lah indah……lagu hari raya nya sangat lah ceria dan bermakna di alun dengan suara yang sungguh lemak merdu…..we will miss you Sharifah Aini…..semoga Allah menempatkan anda di tempat bersama sama orang orang yang beriman…..aamiiin

    0

    0
  7. linda says:

    inna lillahiwainna ilaahirojiun…dari Allah kita datang..kepadaNya kita kembali..
    pergi dlm bulan ramadhan..beruntungnya..

    0

    0
  8. Ajai says:

    Bebas dari azab kubur hingga ke hari kiamat bagi mereka yang meninggal dunia pada bulan ramadhan.
    Saya terlalu sedih dengar berita ini. Moga roh kak Pah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan disyurga diakhirat nanti. Amin.

    0

    0
  9. pari-pari says:

    Al fatihah.moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di sisi orang2 yang di kasihi allah….takziah …

    0

    0
  10. Ibu Merah@5469 says:

    Al-Fatihah buat arwah dan Takziah buat keluarga arwah. Tergiang-giang lagu Mawar Putih Untuk Mama dendangan arwah. Semuga arwah ditempatkan bersama-sama org2 yg beriman dan dikasihi Allah. Amin. Saya amat meminati lagu-lagunya…

    0

    0
  11. nok gebuzzz says:

    takziah buat keluarga Datuk sharifah aini….semoga roh dicucuri rahmat…..Amin……….

    0

    0
  12. noorsuhana says:

    tinggal kenangan dan suara berkumandang menyanyikan lagu nostalgia aidilfitri…
    semoga arwah ditempatkan dgn orang2 beriman …al faitihah

    0

    0
  13. LINDA says:

    sediah dan terharu,,,,,, alfatihah. Pergi mengadap ilahi dibulan yg mulia, aminnn

    0

    0
  14. Joyah Pok Pek says:

    Inna lillahiwainna ilaahirojiun…Al-Fatihah, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempat di kalangan hamba-Nya yang beriman.Aamiiin

    0

    0
  15. Shocked says:

    Al fatihah..we will miss u.

    0

    0
  16. Nuria binti Ismail Alam says:

    Al-fatihah. Pasti dirindui. Tenanglah mu di sana.

    0

    0
  17. normah latip says:

    .takziah utk keluarga alif.al fatihah utk kak pah.lagu mawar putih untuk mama jadi kenangan abadi .

    0

    0
  18. Iknowu says:

    Maz Dea Lova! Ko jgn sesekali nak unlike comments2 org yg doakan kak pah ni! X selamat hidup ko nnt! Ko jgn igt aku x tau entri2 sblm ni begitu gigih ko unlike beribu kali.. kali ni kalo ko unlike lg.. aku doakan semoga Allah timpakn musibah kt ko! Ape? X baik doakn buruk2 kt org? Ye btul x baik.. tp utk pmpn x guna mcm maz dea lova ni mmg patut kite doakn x baik utk dia! Ana kembar ko tu jaga leklok jgn perangai mcm ko bile dah bsr nnt!

    Al-fatihah buat kak pah. Semoga rohnya dicucuri rahmat & di tptkn dikalangan mereka yg beriman.. aamiiin

    0

    0
  19. Eton says:

    Alfatihah… Moga Allah ampuni segala dosa Kak Pah dan tempatkan beliau di kalangan org2 yang beriman. Saya bangga kerana Kak Pah berjaya mendidik anak tunggalnya dgn baik.Bayangkan anak sendiri yang mengimamkan solat jenazah ibunya. Subhanalah. ALHAMDULLILAH

    0

    0
  20. Habibah says:

    Salam takziah buat keluarga kak pah.,

    0

    0
  21. anon says:

    Baru sehari masuk hospital, dah meninggal. Sedihnya, ni favorite singer.l will miss U kak pah. Suaranya tiada tandingan. …. Bertahun2 anak dia belajar luar negeri, nasib baik masa mak nya meninggal anak ade di sisi. Wlpn anak dia sorang je tapi pandai dia mendidik anaknya menjadi sorang yg soleh., mengimamkan sendiri jenazah ibunya. Alfatihah…

    0

    0
  22. […] (AL-FATIHAH)Sharifah Aini Meninggal Dunia (41) […]

    0

    0
  23. sayang kak pah says:

    jauh sungguh dikau pergi……..

    0

    0
  24. zack says:

    KENANG DAKU DALAM DOA MU..

    this song is really killing me..

    salam takziah buat datuk sharifah aini yg tiada dua nya..

    i will miss u FOREVER…. :-(

    0

    0
  25. seri dewi malam says:

    Al-fatihah..
    for Mangsa Fitnah, berdoa la semoga Allahyarhamah Syarifah Aini
    ampun kan dosa anda!!

    0

    0
  26. 1000 mawar says:

    Alfateha. Semoga kak pah tenang disana.

    0

    0
  27. sedihnye dgr berita kak pah dh meninggal dunia....moga rohnya dicucuri rahmat dibulan yg mulia nie....raya nanti mesti sedih dgr lagu org yg dh tiada....lagu nostalgia aidilfitri...sedih je dgr....:'( says:

    sedihnye dgr berita kak pah dh meninggal dunia….moga rohnya dicucuri rahmat dibulan yg mulia nie….raya nanti mesti sedih dgr lagu org yg dh tiada….lagu nostalgia aidilfitri…sedih je dgr….:'(

    0

    0
  28. thecrow says:

    sedihnye dgr berita kak pah dh meninggal dunia….moga rohnya dicucuri rahmat dibulan yg mulia nie….raya nanti mesti sedih dgr lagu org yg dh tiada….lagu nostalgia aidilfitri…sedih je dgr….:'(

    0

    0
  29. […] (al-fatihah)sharifah aini meninggal dunia | […]

    0

    0