Written by AbangNara | December 15th, 2014

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada seniman Mustapha Maarof yang telah pun meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju dekat sini kira-kira pukul 8.30 pagi, hari ini. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini berdekatan pusara isterinya, seniwati Roseyatimah.

mustapha maarof meninggal dunia

Allahyarham yang berusia 79 tahun sebelum ini telah dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November lalu selepas mengalami kesukaran bernafas akibat komplikasi masalah paru-paru dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 2 Disember lalu bagi mendapatkan rawatan susulan.

mustapha maarof meninggal dunia

Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar untuk industri seni kita. Al-Fatihah.

16 responses to (AL-FATIHAH)Seniman Mustapha Maarof Meninggal Dunia

  1. minah jambu tlajak habis merah says:

    tk suka dapat pes huh !

    0

    0
  2. hehe says:

    inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (al-fatihah)

    0

    0
  3. jemah pkasam says:

    Al fatihah..semoga roh nya dicucuri rahmat..

    0

    0
  4. rara says:

    Al-fatihah . Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali . Takziah diucapkan , Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang disana . Amin

    0

    0
  5. peminat setia says:

    sy meminati Allahyarham Mustapha Maarof kerana beliau merupakan pelakon yang sgt versatil..dlm drama yang beliau lakonkan..perkara yang paling sy terharu kerana beliau merupakan seorang suami yang sentiasa memuji isterinya walaupun isterinya sudah lama tiada dan tetap setia kepada isterinya hingga ke akhir hayat.. semoga roh beliau ditempatkn bersama-sama orang yang beriman..AL-FATIHAH..

    0

    0
  6. jadore says:

    Innalillahi wainnailaihiraajiuun….. Seniman yg tidak ada kontroversi selepas kematian isteri tercinta Roseyatimah sejak tahun 1987….. kasih sayang arwah berdua kekal sehingga keakhir hayat Allahyarham Seniman Mustapha Maarof dan akan dikebumikan bersebelahan pusara Allahyarhamah Roseyatimah….. satu diantara seribu!! semoga roh Allahyarham Mustapha Maarof ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan terpelihara… Alfatihah

    0

    0
  7. Kasyfi says:

    Inalillahiwainnalillahirojiun……
    Al-fatihah……..

    0

    0
  8. liwa says:

    arwah isteri meninggal 14/12…beza 1ari with arwah datuk…
    cinta sejati sampai akhir hayat..
    moga dicucuri rahmat keatasnya…amin…

    0

    0
  9. Kisah arwah ni membuktikan true love does exist!
    .. semoga mereka berdua dipertemukan dan bahagia selama-lamanya di Jannah.. in sha Allah..

    Al fatihah..

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Kisah hidup dia pun sedih. Dia anak org hartawan. bapa dia pengasas bank melayu pertama mati dibunuh. Jalan maarof di bangsar tu mengingati nama arwah bapanya.

    0

    0
  11. mrs z says:

    sedihnya bila mengetahui pemergian arwah. saya pernah 2 kali ke rumah arwah atas tugasan belajar..beliau sangat cool orangnya walaupun sudah berusia tapi masih kacak..seorang yang setia pada arwah isterinya walaupun hampir 30 tahun menduda..masih igt 8 tahun yg lalu beliau pernah beritahu yang dia pun mungkin tidak lama mungkin 2 atau 3 tahun dia akan pergi..tapi Allah panjangkan usia beliau sehingga ke hari ini…al fatihah…

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Arwah memang satu dlm seribu. mcm x percaya lelaki boleh setia begitu lama pada orang yang dah x ada. Arwah juga antara pelakon yang hebat pada zamannya.

    0

    0