(AL-FATIHAH) Pelawak Yus Jambu Meninggal Dunia

Hiburan

(AL-FATIHAH) Pelawak Yus Jambu Meninggal Dunia

Pelawak yang cukup menghiburkan kita dengan lawak spontannya, Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo dikhabarkan telah meninggal dunia sekitar jam 12.15 tengah malam tadi tadi di Hospital Selayang selepas mengalami  sesak nafas kerana serangan jantung.

Beritu itu disahkan sendiri oleh rakan karib beliau Tauke Jambu melalui akaun Instagram miliknya.

Advertisement

Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah.

Malah, Afdlin Shauki juga turut menyampaikan berita tersebut di akaun Facebook miliknya.

Sehingga kini masih belum ada kemaskini terbaru tentang pemergian Yus. Ramai yang terkejut dan seakan tidak percaya dengan berita ini.  Takziah buat keluarga Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...