(AL-FATIHAH) Pelakon Dan Pelawak Veteran Piee Meninggal Dunia

Hiburan

(AL-FATIHAH) Pelakon Dan Pelawak Veteran Piee Meninggal Dunia

Pelakon serta pelawak veteran yang dikenali menerusi filem Mami Jarum, Nana Tanjung dan banyak lagi filem bergenre komedi dengan loghat Pulau Pinang,  Piee atau nama sebenarnya Shafiee Jaafar meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 9 malam tadi di rumah anaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Advertisement

Menurut anaknya Subariah Shafiee, keadaan kesihatan arwah ayahnya itu semakin merosot dan tidak lalu makan serta kelihatan penat sejak seminggu yang lepas.

Kesihatan arwah ayah semakin teruk sejak minggu lalu sehinggalah pada malam ini (Khamis) dia menghembuskan nafas terakhir.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Teluk Bahang selepas solat Jumaat.

Sebelum ini Allahyarham pernah menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab apabila beliau dikatakan sudah meninggal dunia . Walaubagaimanapun, Allahyarham ada meminta agar penyebaran berita palsu tersebut dihentikan.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham Pak Piee. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...