Written by AbangNara | August 1st, 2011

Di kala kita bergembira menyambut kedatangan Ramadhan, sebentar tadi Abang Nara telah mendapat berita mengenai perginya seorang penyanyi pop yeh yeh popular, iaitu Hasnah Haron. Menurut Hazrey, Hasnah Haron telah meninggal dunia jam 8 pagi tadi  akibat kanser pangkal rahim. Sama-samalah kita sedekah Al-Fatihah dan doakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang beriman.

hasnah haron meninggal dunia

Arwah Hasnah Haron telah pun menghidap penyakit kanser pangkal rahim sejak Januari yang lepas. Namun beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru sejak seminggu yang lepas apabila penyakit tersebut semakin kronik. Dimaklumkan bahawa kanser tersebut telah menyerang buah pinggang dan paru-paru Allahyarhamah.

Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah Johor Bahru petang ini. Arwah telah meninggalkan 5 orang anak.  Sekali lagi marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah.

Di bawah ialah petikan info Hasnah Haron daripada Wikipedia:-

Hasnah Haron merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah “”pop yeh-yeh”” telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You – Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.Hasnah Haron sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan Les Kafilas. Beliau mencipta nama dengan lagu Bersedih.Hasnah Haron turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Al-Fatihah, Hasnah Haron Meninggal Dunia Pagi Tadi

  1. rock says:

    Innalillahiwainnailaihirojiun
    Al-Fatihah

    0

    0
  2. salma hayek says:

    Semoga Allahyarham ditempatkan ke golongan org-org beriman…Amin.

    0

    0
  3. B.Muzik says:

    Salam,
    Abg Nara, boleh saya dapatkan contact waris arwah. Saya wakil dari Bahagian Muzik Kementerian (KPKK) yang menguruskan khairat kematian artis tempatan.Saya perlukan serba sedikit maklumat waris utk kt menyalurkan sumbangan. Terima Kasih.

    0

    0
  4. iza says:

    Innalillahiwainnailaihirojiun

    Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di golongan org2 yang beriman Aminnn ..

    Salam takziah bagi keluarga Allahyarhamah….

    0

    0
  5. embun says:

    nih penyanyi zaman nenek aku nih … al fatihah ..

    0

    0
  6. pizza says:

    Arwah bertuah dipilih untuk dijemputNYA dlm bulan yang dipenuhi berkah. Al-Fatihah!

    0

    0
  7. AziE says:

    Al fatihah. Moga allahyarhamah tergolong dalam pilihanNYa

    0

    0
  8. Ina salina says:

    Al-fatihah.semoga arwah di tempatkn di dlm golongan org2 yg beriman….amin.
    Salam takziah buat syed mohamed fauzi sekeluarga.semoga tabah dan redha dgn ketentuan illahi.

    0

    0
  9. Al-fatihah…..

    0

    0
  10. kambing ramadhan says:

    to bro B.Muzik.keluarga arwah tinggal di bandar baru uda johor bahru,jln padi mahsuri.tanye aje org2 sane tau la dorg

    0

    0
  11. mulut capoi says:

    Alfatihah untuk arwah…..
    kembali kpd. Allah dibulan berkat.

    0

    0
  12. abadiceria says:

    Al Fatihah.
    Takziah buat keluarga nya.Semuga roh nya di tempatkan bersama orang2 yg di kasehi Allah Ameen YRA.

    0

    0
  13. Triqa says:

    Alhamdulillah allahyarhamah telah pun selamat dikebumikan di tanah perkuburan Mahmoodiah, JB selepas Zuhur tadi, kami mengucapkan terima kasih atas doa2 anda, sama2 la kita sedekah kan alfateha utk Aunty kami yg sangat dicintai. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2 yg beriman & diredhai Allah SWT.

    0

    0
  14. al-fatihah buat arwah hasnah harun..

    kalo tak keberatan boleh tak abgnara dan pembaca blog ni sedekahkan al-fatihah utk arwah sepupu kite yg selalu lawat dan komen kat blog ni dgn nickname NATRAH SANDHA..nama penuh dia mirza bukhari b.abd.wahab/16 thn/kuching..arwah meninggal bulan lepas dlm tidur ibu arwah sedar bila arwah lambat bangun nak gi sekolah..al-fatihah.

    0

    0
  15. kayk3rek says:

    al-fatihah…mohon paparkn gmbr arwah y bertudung..x perlu d tmbh lg dosa arwah d dunia

    0

    0
  16. This is really great content. Many thanks for this. I wear it my website to also find latest game and technology news and reviews . I linked back to your internet site and bookmarked it so i could see your new posts.

    0

    0