Written by Bella | June 7th, 2017

Takziah kami ucapkan kepada Bazli, ketua kumpulan nasyid UNIC yang baru sahaja kehilangan permata hatinya, Muhammad Syahid yang meninggal dunia pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser Limfoma. Bazli memaklumkan berita pemergian arwah anaknya itu menerusi akaun Instagramnya.

Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan Syahid.. Anakku…

Untuk makluman semua, Muhammad Syahid dimasukkan ke HKL sekitar bulan Februari selepas menjalani rawatan awal di Pusat Perubatan KPJ Damansara dan Hospital Sungai Buloh, Selangor sejak awal tahun ini.

Kami di Beautifulnara turut bersedih dengan berita pemergian arwah Muhammad Syahid. Semoga Bazli dan keluarga tabah dengan ketentuan Allah SWT ini. Mari sama-sama kita sedekahkan Al –Fatihah buat arwah Muhammad Syahid..

Sumber Berita : Utusan Online

16 responses to (AL-FATIHAH) Anak Bazli UNIC Meninggal Dunia Akibat Kanser Limfoma

  1. aku says:

    innalillahiwainnailaihirajiun.. takziah..

    3

    0
  2. sam says:

    Innalillah…Al Fatihah untuk arwah Syahhid. mata terus masuk habuk. bertabahlah Bazli…

    6

    0
  3. melati says:

    Al Fatihah…kalau Nabil Tahniah..!!

    0

    19
  4. muncy says:

    innalillahiwainnailaihirojiun…alfatihah utuk arwah syahid.

    1

    0
  5. lili says:

    innalillahiwainnailaihirojiun..syahid anak syurga..

    1

    0
  6. Anonymous says:

    siapa yang cakap semua penyakit ada penawar? takziah.

    0

    8
    • Anonymous says:

      Al-Mushannaf Ibnu Abi Syaibah. Ibnu Abi Syaibah menukil dari Abu Said Khudri dari Rasulullah Saw: “Allah Swt tidak menurunkan satu pun penyakit kecuali menurunkan obat atas penyakit tersebut, terlepas apakah manusia mengetahuinya atau tidak, selain kematian yang tidak memiliki obat.”

      11

      0
    • Popoa says:

      Allah takkan matikan seseorang tu tanpa sebab. kau ni dah kenapa . bawak2 la istighfar

      4

      0
      • b says:

        sbb kematian adalah kerana ‘penyakit kanser Linforma”..kata DR. Dr ckp. Manusia menolog sebaik mungkin, Allah yang mahu kamu hidup dan mati. Mcm mana lk dgn “manusia yg mati di bom2 “…mcm perang2 yg berlaku di dunia ni. Sembelih kepala manusia di sanasini, militan itu, militan ini.

        1

        0
    • anonymous says:

      penyakit ada penawarnya tapi ajal takde penawar…..kalau dah sampai saatnya kena kembali kepadaNYA….dengan kau dengan aku jugak satu hari nanti…

      3

      0
  7. wil says:

    nangis aku. Alfatihah buat arwah.

    1

    0
  8. Popoa says:

    Sedih tapi dalam masa yang sama syukur kerana sudah lepas seksa dia menahan sakit di dunia. Kita kalau demam panas pun, nak menanggung sakit pun satu azab apetah lagi anak syurga ni menahan sakit akibat cancer. Berehatlah di syurga sana anak. Pemergianmu tanda Allah terlalu sayangkan kamu. :'(

    31

    0
  9. Anonymous says:

    innalillah…al fatihah utk mu syg….. sedih hati ni bile mengetahui akn berita ni…bru beberape ari yg lepas ayahmu kata dlm HLIVE kamu dlm kimo……tp pg ni kamu telah pergi meninggalkan keluarga…kamu ank syurga sayang….Allah syg kamu sgt2, berakhirnye penderitaan kamu dr menghadapi kimo2 yg menyakitkan….pergila dgn tenang…salam takziah bazli sekeluarga….

    9

    0
  10. Anonymous says:

    innalillahiwainnailaihirojiun..ank syurga

    0

    0
  11. Anonymous says:

    AL-Fatihah. Salam Takziah.

    0

    0
  12. anonymous says:

    dah pernah melalui detik2 kehilangan orang yang tersayang…..sangat2 faham dengan perasaan ketika ujian ini datang……comelnya la anak dia….sedihnya …bertabahlah wahai hati…..innalillahiwainnailahirojiun….

    1

    0

Leave a Comment

Optional