Akui Hijrah Satu Perkara Yang Indah : Mizz Nina Tidak Rindu Langsung Kepada Kehidupan Dahulu

Hiburan

Akui Hijrah Satu Perkara Yang Indah : Mizz Nina Tidak Rindu Langsung Kepada Kehidupan Dahulu

Jika sebut nama Mizz Nina dahulu, tentu ramai yang mengenali beliau sebagai artis antarabangsa yang cukup popular mendendangkan lagu Inggeris dan pernah menjadi anggota kumpulan hip hop, Teh Tarik Crew. Namun, itu adalah kehidupannya dahulu sebelum beliau berhijrah dan mendalami ilmu agama.

Advertisement

Menurut Mizz Nina, beliau sedikit pun tidak merasa rindu dengan kehidupan beliau yang dahulu kerana apa yang beliau ada sekarang adalah perkara indah yang tidak mungkin dapat ditukar ganti. Setiap langkah dan perkara beliau lakukan kini semata-mata kerana Allah SWT.

Saya tidak ambil pusing sama ada terdapat orang yang suka saya berhijab atau tidak kerana bagi saya, apa yang dilakukan semata-mata kerana Allah. Saya yakin dan percaya, jika kita ikhlas melakukan sesuatu dan nawaitu hanya untuk Allah, ia akan kekal dan berpanjangan.

Terus terang saya nyatakan, saya tidak rindukan kehidupan yang pernah dilalui masa lalu. Apa yang telah berlaku adalah satu kisah silam yang hanya tinggal sejarah. Saya sudah lepaskan segalanya. Semua mengenai Mizz Nina yang dahulu tidak lebih daripada sekadar pesona bintang yang menyerlah di pentas hiburan.

Tambah Mizz Nina, penghijrahan membuat beliau dapat mengenali dirinya sendiri dan mempelajari pelabagai perkara baharu setiap hari. Ia juga mengajar Mizz Nina untuk mensyukuri setiap pemberianNya.

Ilmu satu bekalan untuk saya terokai dan praktikkan. Dengan menghadiri kelas-kelas agama atau majlis-majlis ilmu skala besar ia merangsang dan menggalakkan saya agar tetap teguh menjadi hamba Allah yang beriman.

Menurut Mizz Nina, dengan berhijab beliau tidak perlu menjadi seseorang yang ingin meraih sesuatu untuk mendapat pujian orang lain. Mizz Nina bersyukur kerana Allah SWT telah memberikan beliau hidayah.

Alhamdulillah, banyak hikmah yang saya peroleh selepas berhijab. I am very much comfortable in my skin. Saya tidak perlu berpura-pura untuk cuba menjadi orang lain atau cuba membuktikan sesuatu untuk meraih pujian atau penghargaan daripada sesiapa jua.

Ya, saya jauh lebih selesa, tenang dan mensyukuri nikmat penghijrahan ini. Ia fasa baru dalam kehidupan saya.

Tenang sungguh membaca kenyataan Mizz Nina, sesungguhnya beliau kini berubah 100 peratus dan beristiqamah dalam apa sahaja yang beliau lakukan. Semoga Mizz Nina terus begini sehingga akhir hayat dan dipermudahkan segala urusan didalam kehidupannya.

Sumber Berita : INTREND

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...