Written by AbangNara | February 26th, 2015

Percintaan Akim Ahmad dan Stacy Angie kini menjadi topik perbualan orang ramai. Rata-rata melahirkan rasa gembira kerana akhirnya pasangan ini tampil membuat pengakuan. Iyerlah, rasanya semua orang dah boleh teka mereka bercinta. Cuma mungkin masing-masing malu hendak mengaku. Apa pun, percintaan mereka berdua telah pun mendapat restu keluarga walaupun berbeza agama.

akim dan stacy

Apabila berkahwin kelak, pastinya Stacy akan memeluk agama Islam seperti yang kita semua sudah sedia maklum. Namun buat masa ini, Akim enggan memaksa kekasihnya itu. Malah Akim juga mengakui dirinya tidaklah pandai sangat dan tidak layak mengajar Stacy tentang Islam. Satu pengakuan yang sangat jujur. Kata Akim:-

Proses untuk memeluk agama Islam saya serahkan kepada Stacy kerana kalau hati dia telah dibuka, Insya-Allah dia dengan sendiri akan buat. Saya tidak letak sebarang tempoh atau paksaan untuk dia berbuat demikian. Biarlah datang dari hatinya sendiri.

Jujurnya saya bukanlah tahu sangat tentang agama tetapi jika dia tanya perkara tentang solat, Al-Quran dan perkara-perkara mudah yang lain saya akan jawab. Bukan tidak sudi untuk mengajarnya tetapi saya rasa tidak layak berbuat demikian dan sebaiknya dia belajar daripada ustaz atau ustazah

akim dan stac

Abang Nara setuju dengan tindakan Akim. Lebih baik Stacy pergi belajar dengan ustaz dan ustazah yang sudah tentu lebih berilmu dalam bab ini. Lagipun bab-bab belajar ini memang kena ada cikgu. Kalau belajar tanpa cikgu, silap gaya boleh sesat barat dibuatnya. Apa pun, semoga pintu hati Stacy terbuka untuk memeluk Islam sekaligus mempercepatkan majlis perkahwinan mereka. Sama-sama kita nantikan. Sumber Mstar Online.

P.S: Lotus perkenal Evora 400 baharu

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 responses to Akim Enggan Paksa Stacy Peluk Islam, Akui Diri Sendiri Tak Layak Mengajar Kekasihnya

  1. Anonymous says:

    Kalau setakat nak masuk Islam sebab nak kawin…payah jadinya.
    Kalau nak masuk Islam tapi hidup tak cara Islam (rambut masih karat, menari menyanyi terlompat lompat atas pentas), bagus lupakanlah niat baik tu.
    Nak masuk Islam, masuk Islam betul betul. Jangan main-main dgn agama.

    0

    0
    • Wak Tijah Dodol says:

      Bodoh punya komen…. Kau tak tengok Elly Mazlein punya lah karat. Sasha Islamkan berkarat jugak. Jangan buat Stacy makin jauh dari Islam lah bodo!!

      Doa kan semoga di beri hidayah…Kerjanya nak kutok orang sendiri tak ada Ilmu
      nak pertikaikan orang rambut karat

      0

      0
      • minah jambu sayang nenek says:

        eh helo ! kalau stacy nk masok islam dh lama laa dia masok islammmmm tk payah nk tungu sampai dia kenal si akim ni !! ha skarang stacy dh meteair ngan akim dh tentu Nye dia masok islam kerana akim tol tak bongok !! skarang akim tk paksa stacy nk masok islam ke tknk ..sampai bila akim nk tungu stacy masok islam satu taon dua taon lagi atau lima taonnn baik tk payah laaaaaaaaaa cari aje pompan yg islam betol2 punye ada jugak faedah…nanti akim tungu punye tungu at last stacy tknk kawin ..haha jangan nk susah2kn diri la kerana satu pompannnn buang masa aje huh !! kalau stacy tu jambu tkpe la jugak huh mengarot !!

        0

        0
        • minah jambu sayang nenek says:

          cantek lagi maria t sabri kt TV3 ni skarang dlm rancangan diari impian 2 lov u mariaaaaaaa emmmmmmm muah !!

          0

          0
        • Yahudi says:

          knp sy Islam dan bukan Christian ? Kerna sy belajar ttg agama , dan sy tk terima teori tuhan datang ke dunia utk mati utk dosa kita , dan sy tidak trima trinity , dan sy tidak terima hidup di dunia semata2 utk mandi(baptist) dan menyanyi sehari seminggu lip service di gereja , dan sy tk terima yg tuhan menghantar dirinya sebagai tuhan dan anak tuhan utk mati utk dosa kita , jadi nya dua tuhan . k bye .

          0

          0
    • lulz says:

      cuma nak cakap, perempuan non muslim kalau masuk islam, tak dapat suami yg betul2 boleh guide dia on the right track payah jadinya.
      silap2 laki dia yg terikut budaya dia.
      nauzubillah.
      ni belum apa2 dh berpeluk2,aku tak jamin yg akim boleh guide stacy.
      hmmm

      0

      0
      • hani says:

        siapa lah kita nak jamin tak jamin apa yg akan berlaku di masa depan …

        0

        0
      • Laniaz Ameraz says:

        Siapa kah kau nak ‘jamin’ ni ha?? In Sya Allah kalau mereka ada jodoh nanti…tau tau lah nak belajar dan mengajar diri masing masing. Banyak kelas2 bimbingan dan ramai yang boleh menolong. Allah akan sentiasa menolong orang yg perlu pertolongan dan bimbingan. Dari kau pandai2 judge mereka berdua ni, baik kau doakan yang baik baik untuk mereka…cakap macam begus je…sendiri pun tak tentu lagi..!

        0

        0
    • monyet comel says:

      kau ni bangangkan… org kapir sah2 dia masuk islam sebab nak kawin dgn org Islam, jarang la nak dpt kapir masuk Islam sbb lain2..biasa nya sebab nak kawin dgn org Islam la..apa salah nya…nak hidup cara Islam ke tak ke lepas ni ko sebok pesal…bukan dosa ko tanggung..pandai la dorang tanggung dosa dorang…ko tu Islam betol sangat ke..puuii…patot bagi sokongan moral…bodoh!!!

      0

      0
  2. rina says:

    apa lah yg ko merepekni kan dia kata nak peluk islam dengan tanpa dipaksa x fhm lgi…..rambut karat orang kita pun ada yg rambut mengalahkan mat salleh.. buka mata lah beb….jgn merendahkan mertabat kita org islam…

    0

    0
  3. mawar putih says:

    bukan senang nak didik org yg xtau ape2 tentang islam ni..kita kena sntiasa beri sokongan dan dalam masa yang sama kita sendiri pn kena la lebih mendalami islam.saya doakan hati si stacy ni terbuka untuk menerima islam dalam hidupnya bukan kerana nak kawen dgn akim tapi krana lebih tertarik dengan keindahan agama islam itu sendiri…

    0

    0
  4. dayat says:

    apa beza dengan penyayi melayu yang menyanyi kat atas pentas macam dato siti or shila ect? bezanya Stacy menyanyi sambil menari, tu passion dia, perform on stage sehabis baik… tu pun kau kutuk dan kata terkinja2? pleaselah jangan rendahkan martabat stacy disebabkan dia bukan seorang muslim saja… dia perempuan yg baik

    sekarang aku paham kenapa diorang tak mahu declare kat public yang diorang couple. dalam media sosial semua orang dah macam nak perang agama.

    mungkin sebab ni pertama kali kita Malaysian saksikan dua-dua pasangan artis yang popular tapi beza agama bercinta.

    bersangka baiklah. doakan diri kita dan mereka.

    0

    0
  5. Ibu says:

    Akim pun kena sama2 mendalami agama sbb kelak kalau ada jodoh dgn stacy mesti perlu bimbing sama, tak salah kalau kedua2 pihak dpt bimbingan ustaz/ustazah yg sesuai dlm hal2 ni

    0

    0
  6. eeee says:

    apa kata 2-2 skali mendalami ilmu agama dengan ustaz sebelum ke alam rumah tangga…kan itu lebih manis

    0

    0
  7. Iman says:

    Hurmmm…. all the best both of you.. if dh jodoh tak kemana…ustaz Kazim ckp…
    Sya ok je… niat baik InshaaAllah akan dipermudahkan oleh NYA..

    0

    0
  8. boa says:

    kadang2 orang yg mualaf lebih mendalami islam dari orang yang lahir sebagai islam.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    moga dpt hidayah hendaknye ameen..

    0

    0
  10. mila says:

    moga kita semua dpt hidayah dan petunjuk dari Allah swt..ameen

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Kalau nak kawen pmpuan tu ptutnya laki tu la siapkan diri tuntut ilmu blajar smua ngn ustaz ustazah ke cramah ke ape ke. Tak smestinya suruh hrpkn pmpuan tu sorg jmpe ustz ustazah tu. Kalau nk ckp ilmu xckup xlayak smpai bila2 pun ilmu xpnah ckup n xpnh layak

    0

    0
  12. eyda says:

    Salam Akim, saya mmg minat Akim n Stacy. Tp klu akim ja y bsungguh walhal Stacy mcm buat x tahu,sy rasa lebih baik Akim cr y lain je.jgn buang masa klu sblh pihak x beri kpastian. APA y sy nmpk,Akim ja y thegeh2 sdgkn Stacy mcm x pduli . Apapun itu skdr pdgn,kptusn tletak dtgn akim. Tq

    0

    0
  13. marjogos says:

    Tahniah stacy.
    Masuklah Islam setelah dapat hidayah. Hidayah adalah bimbingan macam kita tak tau nak pergi satu tempat kita tak tau tapi kita dibimbing seseorang ke tempat tu .sampai ditempat tu baru anda di lepaskan. Sekarang cek diri anda dai mana. Mulakan mencari jalan yg lurus.Belajarlah alQuran supaya anda menjadi insan muslimah yg taat beriabadat dan menjalini kehidupan insan muslim. Menyanyi terlalak dan menari bukan ciri kehidupan muslim.Bukan jalan yg lurus..bukan .jalan yag di redhai…Pandangan ini boleh tidak didengar dan boleh diguna. kwajipan muslim mengingatkan saudaranya supaya sentiasa di jalan yg lurus,waullahhua’lam.

    0

    0
  14. Sabahan says:

    Semoga stcy berbahgia..anuti lh agama baru yg kmu anuti dngn bersunguh-sunguh..semoga tuhan yesus memberikan kmu kc karunia nya amen..mgbu

    0

    0
  15. Anonymous says:

    semoga stayci n akim bahagia

    0

    0