Written by Bella | February 8th, 2016

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan minggu lepas, pasangan Akim dan Stacy juga mempunyai  destinasi idaman untuk berbulan madu.

Mengimpikan untuk berbulan madu secara backpacker mengelilingi Eropah, Akim dan Stacy bagaimanapun terpaksa menangguhkan hasrat mereka itu sebentar kerana masing-masing masih lagi sibuk dengan kerja.

Saya dan Stacy merancang untuk mengelilingi Eropah sebagai ‘backpacker’ (pengembara beg galas). Duduk minum menikmati kopi bertemankan pandangan menarik. Namun buat masa ini, kami berdua sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.

Saya masih memikul tanggungjawab membantu dan mendidik dua protege dalam program Mentor Milenia.

Seperti pasangan lain yang baharu berkahwin, mereka juga tidak dapat lari dengan soalan tentang perancangan mereka untuk mendapat anak.

Jelas Stacy, beliau dan suami tidak mempunyai sebarang perancangan soal cahaya mata dan menyerahkan soal itu kepada rezeki.

Kami tidak mempunyai sebarang perancangan mengenai zuriat dan menyerahkan segala-galanya kepada Yang Maha Kuasa. Sebenarnya, ada pelbagai permintaan daripada kedua-dua belah pihak mengenai seramai mana anak yang diinginkan.

Anak angkat saya, Bella, turut teruja dengan majlis pernikahan ini. Malah, dia menganggap dirinya akan turut berkahwin pada hari ini, bersama-sama saya dan Akim.

Sama cantik dan sepadan sahaja pasangan Akim dan Stacy. Semoga mahligai yang dibina kekal sehingga ke jannah dan kami berharap agar anda berdua dilimpahi dengan kasih sayang serta rasa cinta yang lebih lagi selepas ini.

Sumber Berita: BH ONLINE

 

 

16 responses to Akim Dan Stacy Impikan Bulan Madu Di Eropah, Tiada Perancangan Tentang Zuriat

  1. Anonymous says:

    kematian itu pasti

    0

    0
    • disgusted says:

      do you have problem with the couple…then don’t read or wanna knows about them…just shut your bloody i phone…i pad or laptop. Semua orant tau akan kematian….kalau dah tahu nak mati…..tolong jadi seorang yang baik bukan dengki dan merapu. Kalo org baik dia akan beri nasihat cara baik.

      0

      0
    • Anonymous says:

      naik menyampah pulak aku baca komen kau….taulah semua org akan mati…kau ni salah tempat nk komen……nape nara tak block je komen ni?

      0

      0
      • Anonymous says:

        Betullah apa anon tu tulis. Kalau rasa terganggu ignore je, tak payah baca. Kalau terbaca jg bkn luak duit pun.

        0

        0
  2. Lara so beauty says:

    Ya allah, besar sungguh kuasa Allah.X sangka ada lg manusia berani mpersoalkan jdoh yg Allah dh tetapkan.Kalau dh jodoh mmg xkan kemana,akim tggulah stacy 7 @ 10 tahun sekalipun.klu dh takdir stacy msk islam & jdoh akim.mmg x akn kemana.bila dh halal nie akim all out dh.hehe cute je.perlahan2 lah akim bimbg stacy ke jln Allah .insha Allah.

    0

    0
  3. fatin nasuha says:

    Tahniah akim dan stacy..we always pray for both of u. Semoga perkahwinan kamu berdua kekal sampai ke jannah, aamiin ya rabbal alamin. Love u both.

    0

    0
  4. Pg Nur Amalina says:

    Alhamdulillah dan Selamat pengantin baru…Kami peminat 2 mu dari brunei sentiasa mendoakan yang terbaik buat Stacy dan akim..Love till jannah , amin ya Allah..

    0

    0
  5. kartikah says:

    Aamiin..kami tetap sayang Akim & Stacy..Tahniah!!

    0

    0
  6. maizatul says:

    Amin…..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    bukan mamat tu takut naik kapal terbang

    0

    0
  8. juliana says:

    Asalamualaikum Tv3 , astro dan mana2 yang berkenaan, Kenapa tak taja Bulan madu Akim & Stacy ke Eropah ? Kan Akim tu dan menang AJL 30, kira dh mengharumkan industri muzik kita tu si akim tu, sepatutnya sempena perkahwinan beliau yg kebetulan berhampiran dgn tarikh ajl 30 yg dia dah menang tu, sepatutnya berilah hadiah istemewa buat akim dan isteri iaitu pakej bulan madu ke eropah..Semoga Allah membalas budi sang penaja tu nanti, amin .

    0

    0
  9. ameerah adnan says:

    Betul tu julianna, SETUJU !!

    0

    0
  10. munira says:

    Betul tu, Dato Vida kan kaya raya, tajalah diorang tu pegi Honeymoon, kan Dato Vida tu Sporting ! Love u Dato Vida..

    0

    0
  11. Anonymous says:

    selamat berumah tangga!

    0

    0