Akim Ahmad Tidak Sangka Foto Stacy Berpakaian Nampak Baby Bump Undang Pertelingkahan

Hiburan

Akim Ahmad Tidak Sangka Foto Stacy Berpakaian Nampak Baby Bump Undang Pertelingkahan

Agak jarang sebenarnya untuk penyanyi Akim Ahmad memuat naik foto keluarganya di akaun Instagram, namun saat beliau melakukan perkara itu ia mengundang salah faham dan kritikan dikalangan netizen.

Advertisement

Akim beberapa hari lepas ada memuat naik foto beliau, Stacy dan anak mereka Bella untuk mengucapkan selamat tahun baru. Didalam foto berkenaan, ia secara tidak langsung menunjukkan baby bump Stacy yang jelas kelihatan. Namun, perkara itu tidak disenangi beberapa pihak yang mengkritik cara Stacy berpakaian itu terlalu ketat.

Saya tidak menyangka pula gambar untuk mengucapkan tahun baharu dan penghargaan kepada peminat menjadi tempat bergaduh. Tujuan utama ia dimuat naik kerana saya ingin menyambut 2017 dengan tangan terbuka dan aura positif.

Malah, saya juga jarang memuat naik gambar bersama keluarga, namun begini pula jadinya. Peminat bertelingkah mengenai baju yang dipakai Stacy kerana menampakkan bentuk tubuh. Sebenarnya baju itu selesa digayakan oleh ibu yang sarat mengandung sepertinya.

Tidak mahu isu ini terus berpanjangan, Akim bertindak untuk memadam foto berkenaan. Buat Akim, pembukaan tahun baru 2017 sepatutnya tidak disambut dengan perkara negatif.

Pada kami, Stacy juga masih baru didalam Islam. Banyak lagi perkara yang beliau belum pelajari dan kita tidak boleh melihat sesuatu perubahan itu berlaku secara mendadak. Kita seharusnya menegur secara baik dan bukan terus menghentam beliau.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...