Written by Bella | August 25th, 2015

Semalam, kita telah mendapat satu berita yang cukup gembira dimana penyanyi Stacy Angie yang sebelum ini beragama Kristian telah melafazkan dua kalimah syahadah dan kini sudah bergelar seorang muslim dengan nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah. Lafaz tersebut telah dilakukan di Jabatan Agama Islam Johor Bahru ditemani oleh Akim dan ibu bapa kekasihnya itu.

Rata-rata peminat meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Stacy menjadi seorang muslimah yang  baik.

Sebenarnya berita mengenai penghijrahan Stacy ini akan dimaklumkan oleh pihak Astro dalam satu sidang media petang ini tetapi foto serta video penyanyi tersebut memeluk agama Islam telah tersebar.

Akim menerusi akaun Twitter miliknya telah meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang tidak amanah dan bertanggungjawab kerana tidak menghormati privasi orang lain apabila menyebarkan foto serta video Stacy sedang belajar mengucap syahadah.

Menurutnya , beliau mengetahui siapa perakam video tersebut malah melalui beberapa “tweet” Akim juga menjelaskan individu terbabit merakam video tersebut tanpa kebenaran.

Kami tahu mungkin pegawai atau sesiapa sahaja yang menyaksikan Stacy memeluk agama Islam merasa teruja dengan berita tersebut dan ingin berkongsi kepada orang ramai. Walaubagaimanapun, amanah dalam bekerja itu harus ada dan jangan pernah melanggar etika kerja anda.

38 responses to Akim Ahmad Bengang Foto Dan Video Stacy Dirakam Oleh Mereka Yang Tidak Bertanggungjawab

  1. jemah says:

    alahh..dia eksaited kot. rilek sudah akim. hahahaha. benda baik . nk marah ape. ke sebab kau nk populariti. marah sebab bukan kau yang pertama share. HAHAHAH. ape pon tahniah kat stacy.

    0

    0
    • Anonymous says:

      ye betul..tu satu amanah
      ade mintak permssion ke nak rakam..sah2 dari angle gambar tu sume curik2..
      hagak2 la hakak oi..
      btw, congrats akim..bimbinglah stacy, jgn diabaikan..besar tanggungjwab tu

      0

      0
      • Anonymous says:

        jgn ghairah sgt dan suke sgt nak share2..walaupn ia perkara yang baek. ini la najitahnye..menyebabkan org laen marah. ade sebab la die nak buat privacy atau tertutup..then baru kabokan. kalau dorg tak kesah dishare time tu baek akim dan stacy umum je terus sekian2 pada sekian jam sekian tempat sekian nak peluk islam.gatal sgt tgn tu, org dok buat mende serius ucap syahadah ko maen enpon. so hahkak tudung pink dan yg tlg upload muka jantan kt ig semlm tu mohon lah maaf..bikin malu kompeni je lah

        0

        0
        • Anonymous says:

          bab2 agama mmg sensitip… bagi se2tgh org mungkin berita gembira… bagi se2tgh org pulak mungkin tidak… tp apa2 pun “privacy” dia tlh dicerobohi… :( kesian~

          0

          0
    • Wth says:

      Bodoo banyak hati nak di jaga la kalau bab2 tukar agama ni..patut biar la tuan punya badan yg berbunyi.kalau aku pun bengang wei.

      0

      0
    • ika says:

      tak boleh. ni tak amanah ni. orang islam buat camni. haih.

      0

      0
    • tray says:

      kesian jemah kt atas ni…mesti jenis islam yg x berapa nk islam…sorry ye sy ckp mcm tu sbb sy faham perasaan stacy & akim, knp dorang xnak org ketiga yg break the news to public. sbb sy pun buat mcm tu lepas msuk islam dlu. berita mcm ni kena dia sendiri smpaikn kt famili dia. penerimaan org sana x sama. lenkali sbg org islam, tlg blajar hormat kehidupan peribadi org lain..xsemestinya dia artis, semua perkara harus bkongsi dgn semua org.

      0

      0
    • Anonymous says:

      org yang post tu sengaja nk tunjuk kot…. ‘aku lah org pertama yang tahu “.
      Tgk sudut video tu semalam dh boleh agak..ni mesti curi2 amik.

      0

      0
    • SUKAHATI AKU says:

      kau paham apa tu AMANAH? dh org Islam pon tak taw camna nk jalankan AMANAH mcm na nk jadi contoh? bangga tunjuk bangang sana sini?

      0

      0
  2. Anonymous says:

    kalau nak privacy then masa tu pastikan la semua phone letak tepi,takde org pegang phn kat situ..org share sbb org happy terima saudara baru..bukan sebar aib pun..amende ntah

    0

    0
    • Anonymous says:

      sila berfikir dgn baik.biar tuan badan je yg bagitau.org lain sebok2 nak hebahkan buatpe.pehtu kesian tuan badan kena maki hamun.mungkin stacy tu dah plan nak bagitau mcm mana.nak jaga hati family dia jugak.

      0

      0
    • Momo says:

      Tukar agama bukan macam tukar baju or tukar kereta weh. Tolong guna otak sikit bila berpikir

      0

      0
  3. makcik kioh says:

    cik kioh rase bende elok…xpyah la nk sorok.. lagipun bleh mengelakkan fitnah ape…korang ni kene bersedia dari segi mental n fizikal..pasai korang nk jadi retis..dah nama retis..public figure..mesti la ramai yg nak menyebuk.kalu tak nk org tau xpyh jadi retis la.. aci gitew??

    0

    0
    • ika says:

      kalau dah namanya amanah mana boleh disebar2kan. tu lah tak belajar agama

      0

      0
      • Anonymous says:

        amboi..kemain awk kate org x belajar agama..kalau awk belajar agama bukan mcm ni cara nya nak tegur org kak ika.

        0

        0
    • lols says:

      dia bukan nak sorok, tapi benda privacy and of course dia akan bgtau semua orang. tp bukan dgn cara mcm ni, cuba kalau kau, kau dah plan nak buat announcement ke ape tiba2 ada org dah sebar dulu. tak bengang?

      0

      0
    • tray says:

      mmg la bende elok..tp otak letak kt mane bodoh sgt ni….stacy ni fmili dia sume kristian..kene hormat perasaan famili dia oooii..klu sume org islam bfikiran mcm awak ni, konpemla non muslim akn terus-terusan pandang serong kt agama islam..sbb cara awak sgt x kena..sy bcakap mllui pengalaman ye sbb ahli keluarga sy semua kristian.

      0

      0
      • pening says:

        betol wak…tp rase family die xde masalah.sbb abg stacy pn ade yg muslim rasenye…juz pminat2 die yg non muslim je la…ade yg ok ade yg siap nk boycott

        0

        0
  4. aku cantik says:

    mungkin ada sebab trtentu akim nk rahsia kan dulu. skrg zmn internet x ada ruang utk privacy dlm konteks sebenarnya. apa jua yg berlaku, dh nak di kongsi. which sudah sampai je tahap absurd. cntohnya kes doktor yg selfie dekat org beranak tu atau selfie ketika berdepan jenazah. hormati lah hak individu atau hormati etika dan belajar adab sebagai muslim. mmg la excited tgk stacy mengucap syahadah, tapi dlm mngkongsi info itu ke social media horlrmati mereka dan kuarga mrk

    0

    0
  5. aku says:

    kwn saya peluk islam 3 tahun yg lepas..tp smpai skrg family dia x boleh terima..ayah dia siap upah org sruh pukul dia dan suaminya..jd teladannya..jgn pandai2 nk menyibuk urusan org..mngkin stacy perlukan masa dan ruang..sekian..

    0

    0
  6. pening says:

    mase stacy mengucap ni mesti x ramai yg dlm tu…mmg boleh cam sape yg amik…mesti stacy pn prasan yg mngadap die…ape la jenis manusie…ni isu snsitive…biarlah stacy sndiri yg reveal …sebok nk jd reporter tu wtpe…ni mmg bnde baik tp byk bekas saudara seagame die yg mengamuk n fikir bukan2 klu x dperjelaskan…

    0

    0
  7. Baiduri says:

    Yg paling malu nya..yg tak amanah tu berlaku di pejabat agama. Tak menghormati privasi org. Mentang2 tau artis yg nak convert, dia jugak nak war2kan dulu. Sedih. Semoga yg merakam itu menyesal dan segera mintak maaf dgn keluarga stacy.

    0

    0
  8. cik mek molek says:

    AIYOOOYOOO NI MESTI AKAK2 OFIS TU JUGAK….KLAU X DE BNDA LAIN .LAYAN JE LAAAA BLOG NARA NI KAK… XYAH LAA POST2 BNDA AMANAH MCM NIE.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Tak baik buka aib orang. Tau kan isu ni sgt2 sensitif, membabitkan agama, keluarga dan individu itu sendiri. Cuba fikir if keluarga stacy tidak tahu-menahu pasal perkara ini, apa akan terjadi?? Ini hak peribadi Stacy..

    0

    0
  10. Nana says:

    zaman semua dihujung jari ni.. standard la tu.. Sabar banyak je la akim. yg penting sekarang tunjuk ajarlah Stacy ke arah jalan Islam yg sebenarnya… No more short pants or short skirts plzzzzzzzzzzzz…. .

    nama je kerja kat jabatan agama. Apa itu erti AMANAH pun x paham. pity them, keje semata2 nak duit. tak de rasa tanggungjawab.

    0

    0
  11. mak c kina says:

    walaupun ada adk bradik/keluarga stacy yg peluk islam dan adk breadik dah tau niat stacy tp benda ni melibatkan agama..perlu ada protokol yg perlu dipatuhi..kan astro dah ckp nk buat sidang akhbar..nk bgtau secara rasmi,so tlg la hormat org..hormat mjls org..peg agama pun xde etika

    0

    0
  12. kecipang kecipung says:

    kebanyakan orang bukan islam memandang serong terhadap agama islam yg suci ini sebab ini la..agama kite dah dikotorkan oleh muslim itu sendiri. siapa lagi yg sebarkan mestila orang yg bekerja kat pejabat agama 2.. ingat orang pejabat agama baik sangat ke? mereka pun manusia biase.. kalau nk tawu pejabat yg paling kuat bergosip dr pg smpai ptg, pekerja pemalas, pekerja pecah amanah, pekerja scandal sana sini pekerja pejabat agama la..kawan aku kerja pejabat agama rumah bersepah gile, pengotor dalam rumah sendiri..2 k melambangkan amalan islam..kite sbg org islam perlu jd ikon harap amanah mcmni x dicerobohi lagi..hormatila privasi org lain.

    0

    0
  13. whateverdotcom says:

    alahai akim ni pun satu. kalau akim ni ada tanggungjawab dlm amanah. xde dia public kan hal ni & mengamuk marah2 dkt public. kalau x puas ati. jumpa la depan2 tegur and cakap. biar org x jg aib kita. jgn kte x jg aib org balik. well biar kubur sendiri2. tp kepala otak tu guna la jugak sblm nk melulu marah ke apa. kau pn akim sama je x cukup faham erti amanah. ada hati nk tegur aunty pinky scarf. malu laaa

    0

    0
    • misspinky17 says:

      WHATEVERDOTCOM…
      tak kene kat family or org rapat ngan awak bole la awak kata gitu kan??
      ke awak yg si tudung pink tu?

      0

      0
    • Anonymous says:

      masalahnye bende nie mmg da dipublic kan si pinky tu.
      da alang2 public kasi setepek la kat pinky tu. kau rase klu aku tak puas hati dgn ko boleh tak aku nak depan2 dgn ko.

      0

      0
      • Anonymous says:

        sure u can. u ddk area mana? i kerja dkt maybank klcc. anytime cari i dkt sana. ok? nama i nurul husni :)

        0

        0
      • Momo says:

        tau plak pinky tu rasa aib bila akim expose mcm tu.. baru bgtau kaler tudung, belom lg upload gambar/video si pinky pun ko dah panas kenapa?

        0

        0
    • Momo says:

      cerita pasal aib orang plak, skrg ni ada akim upload gambar akak tudung pink ke? terasa lebih plak ko nih whateverdotcom

      0

      0
  14. hidayah itu milik allah says:

    Tahniah Ummu (Stacy) ! Benarlah hidayah itu milik Allah. Dia akan beri pada siapa yang dikehendakinya dan anda (Stacy) antara orang yang terpilih. You are lucky! Perbanyakkan dengar ceramah agama eg: Mufti Menk, Dr Bilal Philip, Nouman Ali Khan, Yasmeen Mogahed etc..

    tapi
    1. nampak sangat video curi curi amik
    2. walaupun benda baik tapi mintak izin dulu dari tuan punya badan sebelum viral (isu tukar agama benda yang sensitif kot kan??? — at least biarlah tuan badan yang announce sendiri. Hak dia!!!
    3. tukang rekod excited nak jadi orang FIRST viral video yg akan HOT kononnya
    4. kot yerrr pun orang tu PUBLIC FIGURE, respect la juga privacy dia…. benda sensitif kot…. mungkin dia perlukan masa untuk adjust dengan family, life etc….
    5. dah la berlaku dekat tempat yang sepatutnya tahu apa itu AMANAH? jadi perkara macam ni rasanya tak patut langsung berlaku. simple.
    RESPECT & INTEGRITY
    Notakaki: Yang berlitup itu tak semestinya baik, tapi yang baik semestinya berlitup.

    0

    0
  15. Orang sabah says:

    1.Kamu tidak faham. Ingat senang2 kah mau tukar agama. Si stacy ni ada banyak hati mau jaga. Nabi SAW pun ajar amanah kena jaga dan selesaikan masalah dalam keadaan tenang. 2.Kamu tidak faham di sabah ni semua peminat dia orang kristian. Kamu tau apa dorang cakap? “ketara lah orang semenanjung brainwash si stacy” dan banyak lagi. Habis kecewa semua peminat kristian dia. Bukan dengan cara begini dorang patut tau. Lagi bagus kalau stacy tampil dan terangkan situasi sebenar.
    All in all kakak pink ko memang palui bikin orang begaduh. Dan kau memang x otak. orang perlu privacy bah sot!

    0

    0
  16. zaza says:

    harap aka tudung pink tu segera tampil membuat pengakuan sebelum tindakan tatatertib diambil. akak kene ingt,akak keje kt pejabat agama.amanah tu kak.bukan kerje kt MIG.

    0

    0
  17. Anak cikgu says:

    Walaupun Msia ni negara majoriti Islam, dan penghijrahan tu dah biasa sangat kita dengar kat dada akhbar, benda ni masih lagi jadi sensitif terutamanya bagi kaum keluarga. Ada ibubapa yang rasa kecewa apabila anak yang mereka terapkan agama yang mereka sayangi beralih ke agama lain pula apabila dewasa. Mereka rasa seolah dikhianati. Silap haribulan, mereka atau ahli keluarga akan lakukan perkara di luar jangkaan. Dulu, pernah student ayah aku masuk Islam, ahli keluarga mereka sampai berparang datang tempat belajar.

    Kepada Stacy dan Akim semoga bertabah hadapi kaum keluarga dan sahabat handai selepas ini. Terangkanlah dengan hikmah.

    0

    0
  18. Maduu Maniss says:

    aku bengang dengan kakak tu,
    dia record tak mintak izin dulu
    apa kau ingat, kitorang tak tahu huuuu
    * verse BENGANG – Akim *

    ku tak mahu ku tak mahu kau record videoku
    ku tak mahu ku tak mahu orang tuduh melulu
    tetapi aku mahu aku mahu Akim disisiku
    aku mahu mahu orang hormat keputusanku
    kerana I am already Muslim
    * verse NOT FOR SALE – Ummu Syaikhah Stacy *

    – HIBURAN SEMATA –

    0

    0