Akhirnya, Neelofa Kongsi Sumber Inspirasi Untuk Capai Impian & Cita-citanya

Hiburan

Akhirnya, Neelofa Kongsi Sumber Inspirasi Untuk Capai Impian & Cita-citanya

Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa merupakan salah seorang selebriti tanah air yang cukup Abang Nara kagumi. Gadis Kelantan ini bukan sahaja cantik dan bijak, tetapi sudah berjaya mencapai impian dan cita-citanya. Bermula dari Dewi Remaja, kemudian menjadi pelakon, seterusnya bergelar pengacara, penulis, mempunyai empayar perniagaannya sendiri dan kini merupakan ambasaddor Heaven and Earth, jenama teh yang cukup popular dengan Ice Lemon Tea, Ice Passionfruit Tea dan Jasmine Green Tea.

neelofa

Advertisement

Buat anda yang tak tahu, Neelofa kini ada beberapa jenis perniagaan seperti Lofa Lens (kanta lekap), Naelofar Hijab (tudung), Naelofar Abaya (jubah) dan juga Bellavita (produk kesihatan). Hebat kan? Baru berusia 26 tahun, Neelofa sudah bergelar pelakon, pengacara, penulis, seorang businesswoman yang berjaya dan juga seorang brand ambassador. Sudah pasti kesesemua kejayaan ini tidak datang bergolek. Ada pahit manis yang perlu diharungi. Halangan, cabaran, jatuh bangun sudah pasti sentiasa ada dalam hidup Neelofa. Secara jujurnya, Neelofa kalau jadi pelakon sahaja pun dah boleh hidup senang lenang. Tak perlu susah-susah nak buat benda lain.

neelofa

Kalau Abang Nara diberikan peluang untuk bertemu Neelofa, banyak sebenarnya soalan yang ingin Abang Nara kemukakan kepadanya. Kenapa Neelofa sanggup nak keluar dari ‘comfort zone’ dan berani merempuh halangan demi mencapai impian dan cita-cita? Tak ada rasa takut ke tiba-tiba apa yang dilakukan tak berjaya? Tak patah semangat ke bila begitu banyak ujian melanda? Apakah legasi yang ingin Neelofa tinggalkan? Apakah rahsia kejayaan Neelofa dalam bidang perniagaan, lakonan penulisan dan juga pengacaraan? Dan paling penting, apakah yang membuatkan Neelofa terinspirasi untuk menjadi begitu ‘bold’ sehingga berjaya ke tahap sekarang ini? Dan sudah tentu, apa yang membantu Neelofa meneruskan perjuangannya dalam mencapai cita-cita dan impian?

neelofa

Menggemari rasa keterujaan sebenar teh limau ais Heaven and Earth yang mengingatkan tentang keberanian dirinya dalam mengejar impian serta cita-cita, Neelofa bakal menjawab segala persoalan yang bermain di minda Abang Nara (dan jutaan lagi rakyat Malaysia) menerusi rancangan “Heaven and Earth Inspirasi Persona” yang bakal disiarkan di Astro Ria (104). Rancangan berdurasi 5 minit ini akan ditayangkan setiap hari Isnin bermula 24 Ogos pada jam 11 malam. Ada 5 episod kesemuanya, dan Neelofa akan menceritakan apa yang ditempuhi olehnya untuk bergelar seorang pelakon, pengacara, penulis dan businesswoman yang berjaya.

neelofa

Abang Nara ada dapat beberapa ‘inside scoop’ tentang apa yang bakal diperkatakan oleh Neelofa tentang apa yang membantu dirinya menjadi begitu berani mencapai impian dan cita-citanya. Menarik juga apabila Neelofa mengingatkan dirinya sendiri tentang keberanian dalam diri dengan cara meminum Heaven and Earth. Rasa keterujaan sebenar teh limau ais Heaven and Earth sentiasa menjadi peringatan kepada Neelofa untuk terus menjadi berani dalam hidup, sekaligus menjadi sebab selebriti jelita ini bersetuju menjadi ambasaddor untuk Heaven and Earth. Ayat-ayat yang dituturkan cukup untuk memberikan Abang Nara inspirasi dan memasang impian menjejaki langkahnya. Kata Neelofa;-

Kalau tanya saya, setiap kejayaan pasti ada permulaan. Dan saya sangat percaya dengan konsep memulakan. Kalau dalam Bahasa English, orang kata START! Dan untuk itu juga, kita harus gunakan segala kebolehan, segala bakat yang ada untuk terus melangkah ke hadapan dan sekiranya ada masalah halangan atau cabaran dalam hidup, jangan putus asa, untuk jadikan versi diri anda yang terbaik.

Dan selalunya, kita yang terbatas kpd imaginasi kita, oleh itu, kita perlu kejar mimpi kita agar ia menjadi realiti. Dan juga apa yang penting, kita harus yakin & berani. Sekiranya kita percaya diri kita sendiri, saya percaya, anda akan tidak sangka akan kemampuan yang anda boleh capai.

Sebab itulah saya sukakan rasa keterujaan sebenar teh limau ais, Heaven and Earth

neelofa

Satu hari nanti, Abang Nara juga ingin mengecapi kejayaan seperti yang dirasai oleh Neelofa kini. Kalau Neelofa boleh, kenapa Abang Nara tak boleh? Anda juga pun boleh sebenarnya!!! Bak kata Neelofa, yang penting ialah keyakinan pada diri kita sendiri. Menjadi berani adalah pilihan kita sendiri. Abang Nara tak sabar nak tengok rancangan “Heaven and Earth Inspirasi Persona” untuk merasai sendiri rasa keterujaan melihat Neelofa bercerita tentang kehidupannya yang penuh inspirasi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...