Akademi Fantasia 9(AF9) Adalah Akademi Fantasia Terakhir

Hiburan

Akademi Fantasia 9(AF9) Adalah Akademi Fantasia Terakhir

af9

Akhirnya secara rasmi diumumkan yang Akademi Fantasia 9 (AF9) adalah Akademi Fantasia yang terakhir. Tiada lagi Akademi Fantasia selepas ini. Disebabkan itu, AF9 kali ini dikatakan akan dibuat secara besar-besaran. Dengar cerita Aznil Nawawi bakal menjadi pengacara AF9 kembali. Mesti ramai yang gembira kan?

Advertisement

Pengetua AF9 dan tenaga pengajar hanya akan diketahui di sidang media kedua pada 24 Januari ini. Untuk anda yang terasa nak pergi menguji bakat tapi segan nak menyanyi depan khalayak ramai, kini AF9 ada menyediakan uji bakat secara online. Katanya zaman IT sekarang. Untuk info lanjut tentang ujibakat online nie, sila klik link ini ye.

Pendapat Abang Nara, sepanjang 9 tahun AF dijalankan, sememangnya banyak bakat-bakat baru yang telah dilahirkan. Mungkin kerana sudah hampir sedekat program AF ini dijalankan, langkah untuk menamatkan AF di musim kesembilan ini adalah satu langkah yang baik buat Astro. Mungkin lepas ini pihak Astro boleh come up with a better idea kan?

Apa pendapat korang pasal Akademi Fantasia? Adakah masih relevan? Adakah akan menonton AF9? Atau anda lebih rela buat derk dan hanya akan tengok konsert final AF9 nanti? Kami nak tahu juga apa pendapat pembaca-pembaca BeautifulNara tentang AF9 nie.

Untuk info lanjut tentang AF9, sila ke laman rasmi Akademi Fantasia 9, atau boleh like Facebook AF9 .

P.S: Beli Blackberry dengan harga yang TERSANGAT murah bersama Celcom Everyone Sale.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...