Written by Bella | January 26th, 2016

Pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL 30), kumpulan Caliph Buskers menafikan dakwaan bahawa mereka terpaksa menaiki teksi daripada Kuala Lumpur ke Shah Alam bagi menghadiri anugerah berkenaan yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada hari Ahad lepas.

Semuanya berpunca apabila sebuah foto dua anggota kumpulan tersebut iaitu Fendy dan Nor Nadira Rubina berada di kaunter teksi untuk ke Stadium Melawati mula tersebar luas di media sosial.

Jelas Fendy, foto itu dirakam sewaktu beliau dan isteri ingin menjemput anak-anak mereka dari sekolah dan kebetulan pada waktu itu mereka memakai T-Shirt dengan logo AJL30.

Gambar itu mungkin diambil sewaktu saya dan Nadira mahu menjemput anak-anak dari sekolah di Bangsar dengan menaiki teksi.

Kebetulan kami memakai baju kemeja yang memaparkan logo AJL30 dan individu itu mungkin ingat kami mahu ke Stadium Malawati.

Menurut Fendy, anggota kumpulan itu disediakan pengangkutan pengurusan KRU Records sepanjang berlatih untuk persembahan sehingga ke final AJL30.

Individu itu berniat baik tetapi caranya sudah salah tanpa bertanyakan kami perkara sebenar.

Saya dan anggota kumpulan lain tinggal di Brickfields dan kami setiap hari akan menaiki teksi di KL Sentral untuk urusan peribadi.

Kalau difikirkan secara logik, takkanlah pihak rakaman Caliph Buskers sampai hati untuk membiarkan mereka pergi sendiri ke AJL 30 bukan? Dengan kejayaan Caliph Buskers pada pentas AJL30, kami harap selepas ini pintu rezeki buat mereka terbuka dengan lebih luas dan turut berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan atas bakat dan kekurangan mereka juga.

Sumber Berita: Harian Metro

34 responses to AJL 30 : Caliph Buskers Nafi Naik Teksi Daripada Kuala Lumpur Ke Shah Alam

  1. Lara says:

    Dah mmg sikap orang kita suka “buat baik” dengan menabur fitnah tanpa usul periksa. Btw kalau dia naik teksi sekali pun, apa salahnya… mereka memang jenis berdikari dari dulu kot. Its not a big deal pun.

    0

    0
    • Kamariah says:

      masaalahnya disini bukan pasal teksi ke bas ke, masaalahnya ambil la tahu kebajikan retis2 dibawah naugan produksi/syarikat you kan. apa salahnya sediakan van atau limo? berapa lah sangat setakat sewa limo pergi dan balik. jangan layan mereka mcm rakyat kelas ke 2. itu saja…

      0

      0
      • setuju says:

        entah … kru tu, sewa la van, x sampai rm 200 sehari. saya sewa van utk ke konvo waktu kt universiti dulu2 boleh bawak satu famili.

        0

        0
      • Hohoo says:

        Wei cuba ko baca betul2. Bkn ke CB ckp kru ade sediakn pgangkutan sepanjang blatih hingga ke final ajl. Amende la luuuu. Dh bg stment pon nk fhm lg ke. Aku baca sekali pon dh paham.

        0

        0
        • Anonymous says:

          kannnnn…apa la amsalah korang ni..

          0

          0
        • Anonymous says:

          hadiah la kereta sorang satu. nk mereka buat duit kt syarikat korang. bongoks.

          0

          0
        • apadei says:

          si ‘kamariah’ ngan ‘setuju’ ni memang bodo bertingkek2.. Orang macam dorang ni la yang suka tabur fitnah.. Dah jelas caliph buskers kata kru sediakan pengangkutan.. tapi tak paham2 bahasa jugak.. perangai memang keji pemfitnah nie kan..?!

          0

          0
    • poraah says:

      kru production mmg sangkak. korang adik beradik naik ferrari. artis2 naungan sykt sendiri kereta sewa pun x beri. apa daa…buat malu je.

      0

      0
    • Anonymous says:

      ko ni lurus bendul la sangat haih. isunya disini jaga la kebajikan OKU. x paham ke?

      0

      0
    • joyah says:

      1- sekolah apa bukak hari ahad?
      2- Caliph buskers ni ambik anak naik teksi hari-hari ke?
      3- statement ni dpd CB sendiri or ada org yg suruh ckp mcm ni?

      mamat ni tweet kata nampak CB carik taxi je. sebab terharu kegigihan diorang. so die doa diorang menang. aku tak nampak apa salah dgn statement die. die nak cerita kegigihan org tu. korang yg pikir negatif ckp die fitnah edry / kru. siapa yg problem sebenarnya skarang ni?

      0

      0
  2. Anonymous says:

    ye betul tu. walaupun kentut busuk hati mesti wangi .. kentut itu nikmat Allah

    0

    0
  3. poyos la says:

    takziah pd budak yg UP status konon2 sebak..ni msti batak komen or like .. dik kalu sebak sgt patut ko g tanye dorg pastu ko tumpangkn dorg nek kete ko ke abah ko ke..da setel sume bru ko up status sebak terharu gembira sedih lol!!!

    0

    0
  4. aku says:

    mmg dah jadik perangai rakyat malaysia.. kau judge..kau post..kau femes..samada dhentam..dpuji..dkeji..dhina…x kira la..benda tu baik ke tak baik..dh mmg perangai mcm tu..hehe

    0

    0
  5. Si Cantik says:

    Salah ker kalau naik teksi????? Its not a big deal … Apa2 pun Tahniah kpd Caliph Buskers :)

    0

    0
    • miss kepah says:

      tak slah cuma bila kena post mcm ni tak semena2 orang ingat pihak pengurusan caliph buskers ni tak menjaga kebajikan artisnya tambah2 lagi nk pg betanding ajl…sbb tu benda ni org ambik serius…

      0

      0
      • Anonymous says:

        tak salah cuma rasa mereka dianak tirikan oleh syarikat rakaman mereka. itu saja. hargailah mereka. itu lah yg cuba diketengahkan oleh penulis2 kt atas. tak reti2 ke?

        0

        0
        • nana says:

          KRU dah cipta lagu untuk diorang, diorang dah dpt byk show, popularkan diorang, dah buka peluang untuk diorang cari rezeki, Yes I know itu rezeki Allah, and maybe KRU pun ada keuntungan tapi kalau bukan sebab KRU, Caliph Busker masih penyanyi dijalanan.. Fikir positive skit blh?

          0

          0
  6. cikoi89 says:

    Hmmm..seriously just nk tau..sekolah ape yg bukak hari Ahad?

    0

    0
  7. Leya says:

    Mana Edry KRU? Royalty dri Caliph Busker ko dpt tp utk kepentingan diri sendiri. Tamak!

    0

    0
  8. Anonymous says:

    SYUKUR LA CALIPJ BUSKERS MENANG.. DIE ORG LG MEMERLUKAN!!!!

    0

    0
  9. Anonymous says:

    KRU takde budget nk sewa limo. Hauk betul.

    0

    0
  10. wanita berkalong sorban says:

    sgt2 sebak bila caliph busker bawak lagu ni..:( insan kurang upaya..tp menutup aurat..:(

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Biasalah KRU Production hauk tu. Ingat duit je….

    0

    0
  12. WTF says:

    laki aku keje jage sound utk caliph busker ni..klu urusan kerja mmg KRU ade sediakan pengangkutan larh..sebab laki aku pun naik pengangkutan

    0

    0
  13. Cikkit says:

    Rasanya org yg kutuk kru ni xpandai baca stetmen diatas.kenapa la mls baca.dah la buku ilmuan mls baca.org bg stetmen perbetulkan kekeliruan pun mls baca.kesiannn..

    0

    0
  14. minah jambu terlajak habis says:

    tk salah pe naik teksi ..ape hina sangat ke orang yg naik teksi ? naik teksi pon pakai duit pe bukan nye free. ape naik teksi boleh bayar ngan air lior aje ke !!! orang punye suka la nk naik teksi ke nk jalan kaki ke huh !!!

    0

    0
  15. meme says:

    handsome jugak azmi caliph busker ni..hehe

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Chop..korg ni senang2 je diperbodohkn wartawan..mmg agak xlojik klu kru production x sediakn knderaan tuk dorg.. ni hnya tajuk nk buat spekulasi aja. Byk la pulak komen2 kitik kru bagai.. bc smpai abes..kn dh kta mmg ad disediakn transport

    0

    0
  17. Anonymous says:

    naik teksi pun salah..kalau naik basikal…….apetah lagi….ohhh

    0

    0
  18. semek says:

    kalau naik teksi sekalipun so what?? tak paham isu apa ni

    0

    0
  19. yaya says:

    aku menyampah kat orang malaysia ni yang malas membaca sampai abes.x baca pape pastu buat kesimpulan sendiri.tweet mamat tu aku rase xde ape yang salah pon.dea cume sebak tengok fendi n nadira carik teksi yang mungkin dea angap nak g ajl.(kat sini dea salah la sebab x tanye dorang nak g mane sebenaye).tapi yang korang ni g cakap hine ke naik teksi keapekende sume tu pehal?ade dea hina ke orang naek teksi?dan korang memandai2 assume dea kutok kru sebab x sediakan transpot kenapa?ade dea cakap?dea cume cakap sebak n berharap CB menang AJL.tu je.paham tak?

    0

    0