Written by AbangNara | June 30th, 2015

Ajai adalah satu nama besar dalam industri muzik tanah air. Lagu-lagu nyanyian dan ciptaannya seringkali menjadi siulan ramai. Tak salah untuk Abang Nara menganggap Ajai sebagai salah seorang otai. Namun baru-baru ini, Ajai telah meluahkan rasa kecewanya dengan industri muzik sekarang, lebih-lebih lagi dengan kehadiran sesetengah penggiat yang menjadi tulang belakang beberapa pertubuhan yang mengamalkan kronisme. Sedih juga baca luahan hati Ajai ini sebenarnya.

ajai

Kata Ajai:-

Pada saya sebagai komposer dan terbabit dalam industri muzik tempatan hampir 35 tahun, ia saya lihat sedang berkembang sangat baik dan positif. Kita juga dapat lihat bagaimana penggiat muda dan baru hadir dengan muzik lebih segar dan kemajuan teknologi yang ada membolehkan pasaran muzik berkembang dengan baik dan lebih ke hadapan.

Tapi saya kecewa dengan beberapa penggiat yang menjadi tulang belakang kepada beberapa pertubuhan. Bayangkan sepanjang 35 tahun berhempas pulas membangunkan industri, tiba-tiba mereka ini datang dan terus hendak merosakkan. Walaupun mereka ditugaskan oleh penggiat untuk menjaga kepentingan mereka, tetapi ia tidak berlaku. Malah mereka menggunakan kuasa dimiliki untuk memberikan kelebihan kepada kroni mereka.

Lebih memburukkan keadaan, ada antara orang yang dipertanggunjawabkan untuk mengendalikan pertubuhan atau persatuan membabitkan penggiat seni muzik ini bukanlah dalam kalangan orang industri muzik sendiri. Situasi seperti itu akan membuatkan masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan dengan baik kerana mereka tidak faham.

Malah ada masalah timbul menjadi bertambah buruk dan seterusnya menyebabkan ada penggiat langsung tidak percaya kepada industri kerana berasa kecewa dan putus asa.

ajai

Fuh!!! Sebenarnya semua bidang dan pekerjaan yang kita tempuhi, pasti akan ada halangan dan dugaan. Agak menyedihkan apabila orang yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga amal kebajikan kita menggunakan kuasa yang ada untuk menguntungkan diri sendiri. Sepatutnya orang lama seperti Ajai diberi peluang untuk menerajui sesebuah pertubuhan. Sekurang-kurangnya Ajai berpengalaman luas. Tak gitu? Apa kata anda? Sumber Harian Metro.

P.S: Kucing comel yang memakai kimono

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Ajai Luah Rasa Kecewa Dengan Industri Muzik Sekarang

  1. Honey says:

    Bersyukur saja la Ajai sebab masih boleh berkarya (bermaksud masih boleh bekerja) kerana ramai yg tiada pekerjaan mahupun bakat.

    0

    0
    • Anonymous says:

      dlm mana2 organisasi mana pun mesti ada pengaruh2 politik. oleh itu, kerna la jadi talam dua muka kalau nk survive di msia ni. ini dah jadi budaya kita yg diperkenalkan umno-bn. tak cium jubur orang2 atas tu, lambat la kita nk bergerak.

      0

      0
      • Zackz says:

        malaysia dan budaya “macai” ….memang menyedih kan.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Sudahkan anda “report” Twitter Azwan Ali?
          Kalau belum silakan. Pergi ke lambang skru di sebelah kiri Twitter profile dia @azwanhjali dan klik “report”. Lepas tu klik… “They’re being abusive or harmful”
          Bahasa2 kesat bukan budaya Melayu. Lebih2 lagi bagi artis. Jom…

          0

          0
        • Tol Naik says:

          Fikir rugi kerajaan je…hbis tu rugi rakyat xnak fikir ke???…lepas ni menteri2 jgn nk buat cadangan bangang lg suruh naik basikal utk mengelakkan byaran tol..atau makan kangkung..

          0

          0
    • Borink says:

      aku paling benci gossip sekerat-sekerat. cakap je la perutubuhan mana.
      xde masa nak meneka la.

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Pertubuhan yg dimaksudkan itu apa ya?

    0

    0
  3. Anonymous says:

    seniman???

    0

    0
  4. anonym says:

    industri copy and paste lol

    0

    0
  5. Nurul Wahub says:

    kerek la ko ajai, aku ajak duet ngan akoo pun ko kekwat..

    0

    0
  6. BudakJb says:

    Ajai ni baru 40 thn, dah 35 tahun terbabit dlm industry? umur 5 tahun dah jadi penyanyi or composer?

    0

    0