Aizdean, Kawan Sekolah Rendah Kami Dah Jadi Penyanyi Di Jepun

Hiburan

Aizdean, Kawan Sekolah Rendah Kami Dah Jadi Penyanyi Di Jepun

aizdean

Bangga sekejap diri ini bila terbaca suratkhabar hari ini pasal Aizdean atau nama sebenarnya Aizuddin. Bila tengok lama-lama, barulah sedar yang si Aizdean ini adalah kawan sekolah rendah Abang Nara masa kat Selayang dulu. Kagum sekejap dengan pencapaian Aizdean.

Advertisement

Buat anda yang tak tahu, Aizdean merupakan seorang pelajar Malaysia yang kini sedang mencipta nama sebagai seorang penyanyi di Jepun. Lagu femesnya yang bertajuk I Need You telah pun didownload ke handphone oleh lebih 30,000 rakyat Jepun. Satu angka yang cukup bagus untuk seorang artis asing di Jepun.

Lagi membanggakan ialah album sulungnya yang didatangkan dalam versi Jepun dan Inggeris turut diedarkan di Amerika Syarikat serta Eropah selain menerusi iTunes. Kiranya bukan setakat pasaran Jepun je lah. Worldwide gitu ~~

Buat masa ini Aizdean sedang bercuti di Malaysia. Kalau ada kelapangan, nanti Abang Nara cuba try tengok kot-kot boleh interview dia atau tak. Tahniah kami ucapkan kepada Aizdean dan semoga terus maju selepas ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...