Ainan Tasneem Nafi Berkelakuan Sumbang Dengan Teman Lelaki

Hiburan

Ainan Tasneem Nafi Berkelakuan Sumbang Dengan Teman Lelaki

Sukarnya menjadi seorang selebriti lebih-lebih lagi jika anda mempunyai teman lelaki dan sedang belajar di universiti. Itulah nasib yang menimpa Ainan Tasneem. Hujung minggu lalu, ada pihak mendakwa Ainan Tasneem berkelakuan kurang manis dengan kekasihnya. Dikatakan Ainan berjalan berpegangan tangan selepas makan di sebuah restoran. Menambahkan lagi rencah, Ainan dan teman lelaki didakwa  ‘bermesra-mesraan’ hampir 45 minit di dalam sebuah kereta Honda Jazz biru sebelum beredar.

ainan tasneem dan kekasih
Tampil membela dirinya, Ainan Tasneem menyatakan yang dirinya tak sebodoh seperti yang didakwa. Kata Ainan Tasneem:-

Advertisement

Saya bukan bodoh sangat untuk berkelakuan seperti didakwa kerana sedar gerak-geri diperhatikan dan dakwaan itu fitnah semata-mata. Saya tidak mengetahui mengenai fitnah ini sehinggalah ada peminat yang bertanyakan hal berkenaan di Instagram kerana masih belum sempat membaca akhbar.

Terkejut saya apabila membaca artikel berkenaan kerana bukan sahaja dituduh berpegangan tangan tetapi dikatakan ‘bermesra’ pula di dalam kereta. Ia tidak masuk akal. Jika benar saya berkelakuan tidak senonoh mengapa pengirim e-mel berkenaan tidak menegur perbuatan saya itu secara berhadapan atau mengambil gambar kami untuk dijadikan bukti sokongan kepada dakwaan tersebut?

Saya tidak pasti sekiranya ada pihak yang berdendam dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti itu dan ia satu fitnah

ainan tasneem dan kekasih

Hmmm. Macam-macam dunia sekarang ini kan? Benda tak ada pun boleh jadi ada. Inilah lumrah menjadi seorang selebriti. Diharap Ainan Tasneem bersabar. Tumpukan perhatian pada pelajaran. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...