Written by AbangNara | January 3rd, 2014

Sekali pandang, Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia sememangnya pasangan yang sama cantik dan sama padan. Walaupun khabar angin percintaan mereka sudah bertiup kencang bak taufan, sehingga ke hari ini Aiman dan Fathia masih menafikan wujudnya hubungan mesra antara mereka berdua. Kedua-duanya lebih selesa untuk berahsia dan enggan membuat pengakuan secara terbuka.

aiman hakim dan fathia

Malah Nur Fathia sebelum ini pernah memberitahu hanya akan mengakui perhubungannya dengan Aiman apabila jejaka tersebut menghantar rombongan masuk meminang. Satu langkah yang bagus pada pendapat Abang Nara. Iyerlah, kalau dah kecoh-kecoh bercinta, tup-tup putus di tengah jalan, mahu satu kampung malu. Namun begitu Fathia mengakui yang Aiman ada ciri-ciri lelaki idamannya. Kata Fathia:-

Sebelum ini ketika saya dan Aiman berlakon menerusi drama Mahabbah, di mana waktu itu dia masih lagi dengan bekas kekasihnya, saya dapat lihat kesetiaan dirinya selain bersikap mengambil berat.

Dia juga sering bercakap tentang kekasihnya pada kru produksi, dan sebab itu saya kata dia seorang lelaki yang setia. Dia juga mempunyai ciri-ciri lelaki idaman saya selain seorang yang romantik.

Saya rasa selesa dengan cara itu (tidak membuat pengakuan cinta). Apabila sesebuah perhubungan itu tidak menjadi, tak ada la orang nak kata buruk mengenai perhubungan cinta saya yang lepas. Pada masa sama, orang akan lebih tertumpu mengenai berita-berita kerja lakonan saya sahaja

aiman hakim

Pasti peminat-peminat Aiman dan Fathia tidak sabar untuk mendengar pengakuan tentang percintaan mereka. Kenalah bertahan sehingga Aiman masuk meminang. Kalau Abang Nara jadi Aiman, hari ini jugak masuk merisik. Mana tahu kena sambar dengan lelaki lain. Hehehe. Tak gitu? Info asal Mstar Online.

P.S: Myvi ialah kereta paling laris jualan untuk tahun 2013

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 responses to Aiman Hakim Seorang Yang Romantik – Nur Fathia

  1. JambuSangat says:

    Fathia..jangan tunggu lama2 nanti lama2 dia di kebas org..hehe.

    0

    0
  2. Syamsul says:

    kalau dalam drama…baik jgn berlakon bersama, sebab dorang nmpk tak ada chemistry ….kalau kat luar tak tahu lah, aku tgk Diandra…langsung x nampak chemistry antara dorang

    0

    0
    • Adam fahmy says:

      Ada je chemistry!! #diandra yg buat aku suka couple ni. Low profile n matured!

      0

      0
    • Anonymous says:

      dorang nama jer couple…tapi dlm Diandra tak der chemistry langsung.
      bila Aiman berlakon dengan Izara Aishah ader jer chemistry. Fathia ni bila berlakon dgn Keith Foo pun tak der gak chemistry.

      0

      0
      • nasi ayam sedapp says:

        Keith Foo bila berlakon dgn Anzalna ada chemistry…kan best kalau Anzalna yg pegang watak Ariana Rose..sebab Ariana Rose ada chinese blood, sederhana tinggi paras bahu Tengku Adam Kamil..sementara Fathia tu muka bollywood plus tinggi, x sesuai langsung dgn watak Ariana Rose.

        0

        0
        • Tukul says:

          aku suke tgk anzalna dlm ‘maskara’. minah ni pndai blakon rupenyer. jauh bebenor kalu nk compare ngan lofa

          0

          0
  3. Agasi says:

    Bukan hari tu kata x nak komen or bercakap soal hubungan depa ker…klu iyea pun romantik x yahlah nak habaq kat satu dunia…esok2 xde jodoh lain lak cetanya…pkra mcm tu pun nak canang satu dunia…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Tu yang aku dok fikir. Kata tak nak cakap, tapi cakap la Aiman tu romantik la apa la. Cuba diam je jangan komen apa2. Dah kata tak nak cakap. Adoi. Pusing2 la ini perempuan.

      0

      0
  4. Anonymous says:

    harap2 dia org ad jodoh sb aku tengok dia org pasangan y secocok…sama2 cantik…memg sesuai la…suka tengok lakonan fathia n keith foo…memg best la cite tu….

    0

    0
  5. huhu says:

    adehhh malu plk aku tgk ada pompan mcm ni.. kalau iyer pn ko syok kt aiman tu. xpyhla canang satu mesia. Diam2 sudah la..even wartawan tanya pn.. say no komen jela.
    Malu la beb, yg lelaki pn x kata ape..ko yg pompn plk g jwb mcm2. Buatnye aiman tu balas kata hanya kawan..haaa kn ke malu nti. Klu ko admired kt aiman skali pn..xpyhla nk citer mcm..charming la..romantic la..setia la.. dia lelaki idaman saya la.. aduiii tebal muka aku baca statement ko Fathia oiii…

    Kite sbg pompn ni,jgn la tunjuk sgt sikap open tu, simpan la ckit perasaan malu. Biarlh kalo org nk kata kte ni pompn jual mahal skli pn, asalkan jgn jd muka x malu… Biar lelaki yg canang mcm2 xpe,laki yg muka tembok xpe lagi, tapi jgn perempuan!! haishhh malu weh. Same goes to shila amzah, almy nadia etc.. aduiii segan la wei..

    0

    0
  6. Primadonatul says:

    I LOVE BOTH OF YOU! KAK TIYA AND ABG AIMAN HAKIM RIDZA! ;)

    0

    0
  7. nor hamida says:

    Abg aiman apa lg teruslah masuk meminang kak fathia mmg
    So sweet la kalau korang couple.kak fathia cantik dan abg aiman
    Hensem org mmg sesuai sgt la

    0

    0
  8. […] Aiman Hakim Seorang Yang Romantik – Nur Fathia (18) […]

    0

    0
  9. […] Aiman Hakim Seorang Yang Romantik – Nur Fathia (19) […]

    0

    0
  10. […] Aiman Hakim Seorang Yang Romantik – Nur Fathia (20) […]

    0

    0
  11. EFA NURAZLIN says:

    bagi saye lahkan aiman dengan fathia memang tak sepadan langsung. aiman tu walau pun dia artis , banyak peminat yang mengakui bahawa dia seorang yang baik dan ramah . baru baru ni pula mendapat tahu bahawa fathia buat hal semasa shooting di london . Saya rasalah Fathia ni terlalu perasan . aiman ada mengaku bahawa dia dan fathia tiada apa-apa pun dan meraka hanya berkawan . fathia ada meminta doakan dia ada jodoh dengan aiman , padhal aiman sendiri dah mengaku baha dia dan fathia hanya BERKAWAN sahaja . SAYA HARAP MAAF JIKA INI MENYINGGUNG PERASAAN . TAPI APA YANG SAYA TULIS INI HANYA PENDAPAT SAYA DAN JUGA RAKAN-RAKAN SAYA . TERIMA KASIH

    0

    0
  12. […] Aiman Hakim Seorang Yang Romantik – Nur Fathia (22) […]

    0

    0
  13. […] Aiman Hakim Seorang Yang Romantik – Nur Fathia (23) […]

    0

    0