Written by Bella | January 14th, 2016

Mereka ibarat merpati dua sejoli dan cukup sepadan bila bersama,  sudah mempunyai rencana untuk berkahwin tetapi takdir menentukan yang sebaliknya buat Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia. Hubungan mereka akhirnya terputus di tengah jalan.

Tentu sekali, ramai yang agak kecewa dengan berita tersebut terutama sekali peminat fanatik pasangan ini dan pelbagai persoalan timbul mengenai punca mereka berpisah.

Walaubagaimanapun, Aiman kurang senang dengan perkara itu dan meminta agar orang ramai dan pihak media tidak mendesak beliau untuk memberitahu punca beliau putus cinta kerana ingin menjaga hati banyak pihak.

Saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara ini dan berharap anda memahami serta menghormati privasi saya.

Ia adalah kerana saya tidak mahu kenyataan saya akan menyinggung mana-mana pihak dan banyak hati yang perlu dijaga, saya ada ibu-bapa, begitu juga dia (Fathia).

Ditanya bagaimana kehidupan beliau selepas kembali solo, Aiman memberitahu ia berjalan seperti biasa dan beliau sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik.

Soalan tentang kehidupan saya kini juga sangat menjurus tentang perkara itu, saya seperti manusia normal lain yang bangun tidur dan gosok gigi. Sebagai seorang manusia normal juga, saya sentiasa mahu kehidupan saya menjadi lebih baik setiap hari.

Berada dalam satu industri dan bidang yang sama, Aiman memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang masalah jika ditakdirkan untuk bekerjasama bersama bekas kekasihnya itu di masa hadapan.

Empat tahun bercinta bukan satu masa yang singkat, tetapi kalau tiada jodoh hendak buat macam mana bukan? Pasti ada hikmah buat Aiman dan Fathia. Apa yang penting tidak perlulah mereka berdua bermusuh, industri hiburan Malaysia ini kecil, jika pergi mana-mana majlis tentu akan bertemu juga.

Sumber Berita:mStar Online

13 responses to Aiman Hakim Ridza Tidak Mahu Dedah Punca Putus Cinta Dengan Nur Fathia

  1. wanita gigi besi says:

    WOW!!!! ADA PELUANG NIII… LEH TRY HAHA

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bagus la tuu..tak ssuai ko ngn fathia tu..ko boleh dapat yg lebih beraura lagi…hehehe
      ko sesuai ngn yg mcm anzalna,fazura time muda, dn nora danish time muda..stok2 gitu..hahahaha…

      0

      0
    • Anonymous says:

      ala gelinya. Nara please jangan dok tempek cerita pasal couple2 yang takde faedah ni. Bukannya dah kahwin pun. Beria benar pasal couple ni, kan haram. Contoh tak baik pada remaja2 yang baru nak up. Please update pasal cerita artis lain bukan pasal dua orang ni lagi. Ntah2 gimik je putus tu

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      tk payah lah u nk kasitau punca kenape u dh putus ngan si fathia huh ! cakap aje u dh tknk ngan dia habis cerita dh tkde jodoh ha sudah la ape lagi !!!

      0

      0
  2. rosmahmansur says:

    kau taknak dedah?
    kiteorang pon taknak tahu,.

    hahahaha
    kbai

    0

    0
  3. nok gebuzzz says:

    putus cinta jer kot…..kecohnyer mcm org bercerai…sama la ngan si Qi tu

    0

    0
  4. Anonymous says:

    ya ampun sape la yg meroyan nak tau sgt tu hahaha.
    oh wartawan biase lah..pastu peminat obses boleh la kot nak tau sgt hahaha..the rest..lantak kau la rashid..eh silap aiman..hahaha..

    0

    0
  5. Maya says:

    Dengar para Wartawan2. He dont want to dedah. Its sebenar nya wartawan yang busy body untuk di jadi kan cerita. Faham2 lah hehe

    0

    0
  6. miss kanye east says:

    boleh percaya ke ni dah putus ???? entah2 kena tipu lagi… hehehehe.

    0

    0
  7. Farhanna says:

    Aiman, you deserve perempuan lebih baik dari fatiya.

    0

    0
  8. anon says:

    Fathia cantek, tak lama lagi berduyun2 lah vip beratur nak tackle …. Aiman tu apelah yg ade…

    0

    0