Written by Bella | June 22nd, 2015

Tidak dinafikan nama Aiman Hakim Ridza kini cukup popular, hampir setiap drama ditayangkan di pasi nama beliau akan ada dalam dram tersebut. Bagaimanapun, Aiman dalam satu kenyataan kepada akhbar Utusan Malaysia mengakui beliau sudah penat dari segi mental dan melemahkan motivasi beliau sebagai seorang pelakon kerana membawakan watak yang hampir sama berulang kali.

Penat dari segi mental. Apabila dapat skrip yang hampir sama, motivasi sebagai seorang pelakon jadi lemah sebab kita tahu yang kita akan buat benda yang sama sampaikan dialog juga sudah boleh diramal. Balik-balik cerita sama.

Mengakui peluangnya untuk mendapat skrip yang lebih baik agak terhad, beliau  terpaksa menerima keadaan itu dan mengalihkan pandangan penonton menerusi cara lakonan yang disampaikan di kaca televisyen. Buat Aiman apa yang penting adalah kualiti sesebuah naskah dan bukannya kuantitinya.

Bagi saya kualiti adalah lebih baik daripada kuantiti. Sekarang saya akui, saya lebih bersikap memilih sebab saya mahu tampil dengan naskhah yang lebih segar dan berbeza daripada yang saya pernah lakukan sebelum ini.

Saya tak mahu skrip yang ada bersepah-sepah dalam pasaran tapi cerita benda yang sama, asyik fokus kahwin, kahwin, kahwin! Umpama memperlihatkan yang orang Melayu ini tak fikir fasal hal lain selain kahwin. Padahal banyak lagi isu yang boleh diangkat untuk dijadikan sebuah drama yang bagus.

Aiman mempercayai bahawa penulis skrip drama melayu mampu menghasilkan karya yang lebih baik daripada sekadar menulis cerita cinta klise dan tangkap muat semata-mata.

Pada masa yang sama, Aiman memberitahu beliau juga pernah menghasilkan skrip tetapi ia tidak sesuai untuk dijual kerana tidak memenuhi kehendak penonton dan pasaran.

Sebagai seorang pelakon mungkin Aiman Hakim Ridza mengharapkan skrip yang betul-betul mantap untuk dirinya, tidak salah untuk memberikan pendapat tetapi kami yakin penulis skrip juga diminta untuk menulis sesuatu yang boleh dijual. Jika penonton  suka disajikan dengan drama yang asyik-asyik mengenai perkahwin nak buat macam mana bukan?

Sumber Berita: Utusan Online

 

20 responses to Aiman Hakim Ridza Kritik Penulis Skrip Drama?

  1. hana says:

    wowo. berani nya aiman, bagus.bagus. at least dia suarakan yang sebenar. aku ingat dia suka asyik2 berlakon kawin kawin kawin, hahaha

    0

    0
  2. Kim Junhyo says:

    Rasanya Aiman sepatutnya kritik producers and directors yang nak buat plot macam tu. Sbb writers pretty much don’t have a choice. Hai, baru setahun jagung ke dalam industri encik Aiman oiiii

    0

    0
  3. Anonymous says:

    ah kau. duk kritik2 tp ko terima jgk tawaran blakon yg sama tu jgk…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Itu kerja dia..Mcm ko jgk, kerja tp klu blk2 kerja itu je ko sebijik hr2 itu je, x ada peningkatan x ada kelainan, motivasi pun kurang, semangat pn lembik, bosan jdnya.

      0

      0
  4. deknon says:

    betul latu jalan cerita macam tu jelaaaaaaaa kahwin paksa kahwin paksa lepastu jatuh cinta. koseee

    0

    0
  5. Joyah Pok Pek says:

    Dok buat muka jambu sentiasa memang ler..try g warna rmbut nmpk cm gangster, simpan misai jambang,rambut pnjng ke? bru lah lain sket image..

    0

    0
  6. ryu says:

    die sbnr nye nk kritik drama y awek die berlakon tu ‘dia isteri luar biasa’….hahahaha…jeles laa tuu…pastu ckp bosan drama asik kawen,kawen,kawen je…so,drama y byk kawen tu y slalu muke ko menempek…dh tau bosan len kali jgn terima berlakon..ni sejak dh femes cite coklat vanilla ntah pe nme cite kawen ko tu pastu berlakon drama pun asik kawen je memanjang…skrg pulak br tau bosan..kami y peminat ni dh lme bosan dgn plot drama melayu y tak maju2 dr dl smpai skrg..sian,br terjaga dr mimpi indah…kahkahkah

    0

    0
    • Anonymous says:

      kannn…klu rasa jln cerita sama je tolak la tawaran kawen tu. muka kau jgk blakon dgn emma maembong lps tu dgn aida jebat. jln cerita semua kena kawen, mula2 tak suka lps tu suka. muka kau jgk aiman oiii

      0

      0
  7. minah jambu terlajak habis says:

    kalau u maseh nk keja jadi pelakon drama or pilm jangan nk komlen2 eh …ape skrip yg pengarah kasi tu buat aje jangan nk banyak colok kalau nk jadi pelakon..nanti dorang tknk pangil n tkde job padan ngan muka huh ! selagi ada rezeki orang maseh nk pangil kite berlakon Alhamdlillah aje sudaaa..lov u Aiman..god bless..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    dia ni kan yang kena cakar ngan abby abadi?

    0

    0
  9. Lara says:

    Setuju sangat. Sama jer semua drama Melayu ni, dulu hot citer hantu hantu, pastu rempit bohsia segala.. now kawen kawen kawen. Memang ini jer ker lifestyle Melayus? Why not buat something like drama Keluarga Iskandar tu ker.. haa itu best, asal payah lak nak keluar drama cenggitu.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    knp plk kau nk kritik penulis skrip drama? penulis skrip drama semuanya copy paste drp penulis novel..drama melayu skrg semuanya adaptasi. mn ade dtg drp idea penulis skrip drama dh skrg..kahkahkah

    0

    0
  11. encik sotong says:

    byk drama adaptasi novel je. kemon la cari idea baru yg fresh skit..

    0

    0
  12. reader says:

    tlg stop publish cerita dr novel yg jln ceritanya lebih kurang sama. Bila dipertikaikan, alasan yg diberi konon byk permintaan dr penonton. Hakikatnya kami dh muak. See..pelakon pn dh muak berlakon drama yg lebih kurang sama. bosanlah.

    0

    0
  13. ika says:

    ala kalo ada cerita yg best pon org xkan panggil kau aiman oi..stakat berlakon control macho tu mmg layak la berlakon drama adaptasi novel ni..bersyukur la..sekurangnya ada gak org panggil kau berlakon..

    0

    0
  14. Anonymous says:

    ziela jalil n sewaktu dgnnyer!!! plz take note. artis pn dah bersuara pe tah lgi penonton. klu yer pun kemaruk nak adaptasi novel bnyak lgi karya selain bab kahwin n ngandung sebelum nikah. phm2 jelaaaaa

    0

    0
  15. Anonymous says:

    tu lh mana cerita drama2 n film melayu novel ker per ceritanya mesti y lelaki anak org kaya pastuh kawin kontrak…mula2 tuh gado2 mak sblh suami lh slalu tak berkenan lama2 suka jtuh cinta, ada watak prumpuan kira mantan or x dye..n y heroin lak ada kwn ppuan y jdi tukang nasihat hihi koman

    0

    0