Aidil Zafuan Terima Keputusan Mahkamah, Rita Rudaini Akan Mohon Pindaan Nafkah

Hiburan

Aidil Zafuan Terima Keputusan Mahkamah, Rita Rudaini Akan Mohon Pindaan Nafkah

Setelah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar RM3,000 sebulan kepada Rita Rudaini untuk nafkah anak-anaknya, Aidil Zafuan melahirkan rasa redhanya dengan keputusan tersebut. Bagi Aidil, memang sudah tanggungjawabnya sebagai seorang ayah untuk menyediakan nafkah anak-anak. Aidil juga berharap dengan keputusan ini tidak akan ada lagi pihak yang mempertikaikan dirinya.
aidil zafuan Kata Aidil:-

Saya terima keputusan ini sebab memang sudah jadi tanggungjawab saya sebagai bapa. Saya harap tiada lagi pertikaian yang menyatakan saya tidak beri nafkah. Insya Allah saya akan tetap jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Sementara itu Rita Rudaini berkata yang dia akan memfailkan permohonan baru sejajar dengan keperluan anak-anaknya. Iyerlah, anak makin lama makin besar. Kena masuk sekolah, kena pergi tadika dan macam-macam keperluan lain akan timbul. Kata Rita:-

Bagaimanapun saya akan memfailkan permohonan untuk perubahan nafkah anak dalam masa terdekat sejajar dengan keperluan anak-anak saya termasuk perbelanjaan tahunan dan pendidikan. Kini mereka bersekolah dengan bayaran tahunan lebih RM2,000 dan bayaran bulan RM259 sebulan. Kali ini saya sudah bersedia dengan resit sebagai bukti nanti.

Advertisement

ritaDiharap permohonan untuk perubahan nafkah tidak akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibuat keputusan. Nanti kalau ambil masa 2,3 tahun, lagi sekali kena buat pindahan sebab anak dah masuk sekolah rendah pula. Lagi cepat lagilah bagus. Kalau dapat selesaikan luar mahkamah, lagi molek. Tak gitu? Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...