Ahmad Idham Nafi Hantu Bonceng Bertujuan Hina Rasulullah

Hiburan

Ahmad Idham Nafi Hantu Bonceng Bertujuan Hina Rasulullah

Berhubung dakwaan filem Hantu Bonceng menghina Rasulullah, walaupun Zizan Razak, pelakon utama filem Hantu Bonceng sudah pun meminta maaf, pengarah filem tersebut kelihatan tidak mempunyai niat yang sama dan melalui Mstar Online mendakwa adegan yang dimaksudkan langsung tidak bertujuan untuk mempersendakan kalimah syahadah.

“Saya pelik mengapa perkara ini dibesar-besarkan kerana jika diperhatikan adegan tersebut tidak langsung mempersendakan kalimah syahadah. Cuma hanya cara lontaran dialog tersebut sahaja yang telah disalah tafsirkan.

Mungkin itu kata kuncinya, ‘tidak bertujuan’. Tetapi bukan seorang dua, malah ramai pihak memandangnya sebagai sesuatu yang menghina Rasulullah.

“”Jika ia benar-benar mempersendakan kalimah syahadah sudah tentu ia dipotong oleh LPFM dan mengapa baru sekarang isu ini timbul selelah filem itu habis ditayangkan di pawagam? Ini bermakna ada segelintir pihak sengaja menimbulkan isu tersebut dengan mempunyai agenda tertentu.”

Advertisement

Itu mudah saja, bagi pihak kami, kerana Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM) juga dibarisi oleh manusia, dan sebagai manusia, dengan pelbagai filem untuk dinilai dan ditapis, mungkin juga terlepas pandang. Manusia tidak sempurna.

Ahmad Idham juga perlu memikirkan kemungkinan isu ini tidak timbul sebelum ini kerana yang menonton di pawagam datang dengan tidak berfikir dan hanya mahu berhibur. Begitu pun ada juga dakwaan yang filem Hantu Bonceng menghina Islam sebelum ini, ini bukan perkara baru. Disebabkan ia sudah ditayangkan di ASTRO First, ia telah ditayangkan ke segmen khalayak yang berbeza, dan ia boleh diulang tayang selama 48 jam. Jadi penilaian terhadap filem itu oleh orang ramai akan menjadi lebih menyeluruh.

Bagi kami, tak rugi sekadar memohon maaf. Kita semua hanyalah manusia yang membuat kesilapan.

Anda ahli kumpulan muzik yang berbakat dalam penciptaan lagu? Ingin memenangi hadiah berjumlah RM 12, 500 dan tajaan hotel dalam negara? Klik di sini untuk keterangan bagi menyertai pertandingan “Evolusi Muzik Sihat.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...