Afiq Harus Mohon Maaf Dan Sujud Di Kaki Ibunya – Datin Zaiton Mohd. Jiwa

Hiburan

Afiq Harus Mohon Maaf Dan Sujud Di Kaki Ibunya – Datin Zaiton Mohd. Jiwa

Datin Zaiton Mohd Jiwa ialah penerbit terkenal dan juga merupakan pemilik Station Global Sdn Bhd yang telah menerbitkan drama-drama popular seperti Adam Dan Hawa dan Sehangat Asrama. Mesra dengan nama panggilan Kak Ton, beliau telah memberikan sedikit nasihat kepada Afiq Muiz yang merupakan artis residen syarikatnya.

afiq muizAntara nasihat yang diberikan oleh Kak Ton ialah Afiq harus segera memohon maaf dan sujud di bawah kaki ibunya. Kata Kak Ton kepada Utusan Malaysia:-

Advertisement

Walau seburuk atau sejahat mana mak, dia tetap mak Afiq. Sebagai anak, Afiq harus mohon maaf dan sujud di kakinya. Afiq perlu lakukan itu dengan ikhlas bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk. Kak Ton banyak beri nasihat pada Afiq tentang hubungannya dengan mak dia. Sebagai seorang ibu, Kak Ton sedih melihat perkara ini berlaku pada Afiq dengan mak dia kerana seorang anak perlukan doa dan restu ibu untuk berjaya. Kak Ton kata pada dia, walau apa sekali perangai mak terhadap kita, sebagai anak kita perlu mengalah dan mohon maaf kerana syurga di bawah telapak kaki ibu.

afiq muiz

Menurut Kak Ton, satu drama yang membabitkan Afiq Muiz terpaksa ditangguhkan kerana kontroversi yang telah berlaku. Abang Nara agak tertarik mendengar kata-kata Kak Ton mengenai Afiq Muiz di awal kemunculannya. Kata Kak Ton:-

Kak Ton ambil Afiq sebab pertama kali lihat dia, Kak Ton tengok budak ini tidak cakap banyak dan hormat orang tua. Lagipun Kak Ton sudah ada beberapa projek untuk dia, jadi untuk memudahkan dia, Kak Ton ambil Afiq jadi artis residen bermula awal tahun ini. Tak sangka pula perkara begini boleh berlaku. Apa pun Kak Ton tidak boleh sewenang-wenang menyingkirkan dia sebab semua itu sudah tertakluk kepada kontrak. Sekarang ini Kak Ton hanya boleh berdoa dan berharap agar stesen televisyen tidak meminggirkan dia kerana kalau itu terjadi kasihan budak itu.

afiq muiz

Adakah Afiq Muiz besar kepala apabila popularitinya semakin meningkat? Entahlah. Sekarang ini dengar ceritanya pun kebanyakan stesen televisyen dan media massa akan memboikot Afiq Muiz sekali dia tidak memohon maaf kepada ibunya. Sudah ramai yang memberikan nasihat kepada Afiq Muiz. Jadi terpulanglah kepada Afiq untuk mengikuti mana-mana nasihat yang dirasakan sesuai untuk dirinya.

P.S: Gambar perkahwinan kali ketiga Ustaz Azhar Idrus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...