Written by Bella | February 2nd, 2015

Semalam, pelakon antarabangsa Jackie Chan merupakan salah satu antara 71 individu yang telah dikurniakan dengan darjah kebesaran Panglima Mahkota yang membawa gelaran Datuk bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Perseketuan hari ini.

Ramai yang tidak menyangka beliau akan dianugerahkan gelaran tersebut dan ia menerima pelbagai reaksi dari segi positif mahupun negatif.

Terbaru, pelawak terkenal Afdlin Shauki turut memberikan pendapat beliau berhubung perkara tersebut dan mempersoalkan kelayakan Jackie Chan menerima gelaran Datuk.

Afdlin dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berpendapat, ianya lebih baik diberikan kepada rakyat Malaysia yang sudah bertarung nyawa dalam kejadian banjir besar melanda Pantai Timur baru-baru ini. Jelas beliau, ianya akan lebih bermaknya jika diberikan kepada rakyat Malaysia yang telah mengharumkan nama negara.

Meskipun mengakui begitu meminati pelakon itu, namun Afdlin berkata darjah kebesaran itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kepada aktor bertaraf  antarabangsa tersebut.

Beri gelaran datuk pada mereka yang menggadai nyawa untuk orang lain waktu banjirlah… Jadikan gelaran datuk ini bermakna sesuatu sekali lagi. Ini hanya pandangan saya.

Apalah sangat gelaran datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran datuk.


Dari satu sisi yang lain, Jackie Chan mungkin tidak memberikan sumbangan kepada Malaysia, namun beberapa filem lakonan beliau yang menjalani penggambaran di Malaysia sedikit sebanyak telah mempengaruhi penonton antarabangsa. Semua orang mempunyai pendapat dan ia bergantung kepada pandangan masing-masing.

Sumber Berita: Kualalumpurpost

46 responses to Afdlin Shauki Tidak Setuju Jackie Chan Terima Gelaran Datuk

    • NADYA DANISH ANDARTU PEMALAS says:

      AFDLIN AWAK PEGI BELI LA SEKALI !!!
      MANA TAHU LEPAS BELI GELARAN TU , AWAK AKAN JD JEJAKA IDAMAN RAMAI JELITAWAN !!

      OII BANG NARA , AHAD PON STILL UPDATE GOSIP !!!
      BIASA AHAD CAM NI FAMILY TIME !!!
      TAKOT FOLLOWER PINDAH KAT BLOG YG RAJIN UPDATE KEW ???

      0

      0
      • ANON says:

        hahahaha
        betul tu biasanya Nara hari Ahad tak update punnn

        0

        0
        • Noks says:

          U said the right thing afdlin

          0

          0
        • batu giling ... Datuk JC bnyk jasa says:

          BG x fhmlah knpe org yg x tau ape2 slalu brckp klu x de info yg lengkap. Datuk JC duta PBB trmsk UNICEF. Dia donate duit juta2 d SEA (trmask msia). Ngra musibah asia tngrra dia ada bg bantuan. Datuk JC seorg murah hati. Dia x suka heboh2dn di x war2kn. Hnya org2 trtentu shj yg tahu. Dia jg bantu msia dr segi ekon. Promte msia kpd ahli2 bisnzmn China nilai jutaan USD sama jg dgn SKh. India dn China merupakn rkn dagangn msia yg trbesar. Akk BG sllu gi ovc jd dia tahu hal2 kew. BG tnya dia. Dia suruh Afdhlin jgn malas pegi tnya Kemntrn jasa2 Datuk tu.

          0

          0
        • STFU Afdlin Gemok says:

          Jackie Chan has supported the following charities:
          ACAP
          Action In Mental Health
          Camp Quality
          Chrysalis
          DKMS
          Dragon’s Heart Charity
          Jackie Chan Charitable Foundation
          Kids Wish Network
          One Foundation
          Operation Smile
          Red Cross
          Rotary International
          Save China’s Tigers
          The Salvation Army
          UNAIDS
          UNICEF
          WildAid
          World Smile Foundation

          So x payah kita nak salahkan orang luar. Korang jadi keyboard worrior je tau main banjir je. Kerja nak hentam orang. Fakka…

          0

          0
        • Anonymous says:

          tak lama lagi hero tamil favourite aku Rajnikanth dapat gelaran Dato yehhhhh…………………

          0

          0
      • DATIN VIDA LA VIDA LOCA says:

        RAMAI YANG TIDAK TAHU BAHAWA, JACKIE CHAN TELAH MENUBUHKAN JACKIE FOUNDATION DI MALAYSIA…JACKIE FOUNDATION MERUPAKAN YAYASAN UNTUK ORANG YANG MENGALAMI MASALAH BUAH PINGGANG, HAEMODALISIS DISEDIAKAN PERCUMA UNTUK MEREKA YANG TIDAK BERKEMAMPUAN…..RAJIN2 KAN DIRI ANDA MEMBACA…JANGAN NAK MENG CONDEMN JE TAU….

        0

        0
        • batu giling.. Datin.. datuk mana? says:

          Betolll … tu Datin vouge … afdlin ni klu nak kondem org kenelah bnyk info. Klu nak buat kenyataan tu peksalah dulu dgn mana2 phk bkn main hentam je. Buat malu je.

          Nanti org kata rkyt msia ni ‘bodoh’ suka ckp main belasaah. Klu nak buat sttmnt tebuka pd org ramai, kite x perlu ijazah atau PHD. Pegilah rujuk dulu baru ckp. Datuk JC tu rapat ngan PBB. Dia sngt bepengaruh di China. Boleh la rkyt msia meniaga kat sana. Moga2 msia maju.

          0

          0
        • apa punya turr says:

          Si Afdlin yang kemaruk giler ngan gelaran datuk tu sebenarnya sbb dia kan penah pegi kelantan membantu magsa banjir.. Tak ikhlas letew.. Cuba kalau fikir konsep rezeki dah ditentukan Allh, dah tentu hati tenang dan tak mengelupur bila orang lain diberikan rezeki.

          0

          0
        • minah jambu tk suka scandal says:

          betol tu datin vida ..kenape pulak tk boleh kasi gelaran datuk kt jackie chan sedangkn dia banyak menyumbang pada yg kurang pendapatan tol tak….yg kate jackie tk layak bergelar datuk tu ada buat ape2 sumbangan tak ? kalau tkde jangan cakap banyak !! makin tebal pulak si nurkhairiah kt drama TV3 ni ishhhhhhhhhh rimas minah jambu tengok tudong dia berserabot !!!

          0

          0
    • k says:

      Semoga afdlin shauki bawak bersabar ya. Lepas ni mesti afdlin lagi berhati hati dan lagi banyak bertanya. Belajar daripada kesilapan. Biasalah tu, emosi. :)

      0

      0
  1. Siti Soleha Binti Muhammad says:

    Aku rasa Hanez Suraya layak dapat gelaran Datuk! sekurang2nya dia bg ispirasi utk wanita2 di luar sana supaya fight for your right!

    0

    0
  2. kelas mengaji says:

    aku sokong ko afdlin…si jc???
    x kene cgt…ramai yg lgi layak..yg berbakti kt malaysia..
    ke yg bgi title datok kt jc nih kompius @ rabun..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Zaman dulu, sesiapa yang dapat gelaran Datuk memang dipandang tinggi dan dihormati. Jumlahnya pun sedikit sahaja sebab hanya yang benar2 berjasa sahaja yang dapat. Tapi sekarang ni dah terbalik. Berlambak2 dapat gelaran Datuk. Ada gelaran ke, tak de ke dah sama je.

    0

    0
  4. Alyssa Anuar says:

    salam semua…. well jackie chan dianugerahkan gelaran Datuk dah rezeki dia. samada setuju ke tidak dia telah dipilih untuk mendapat gelaran tersebut. nak pertikaikan pun tak ada gunanya. cerita ini sama dengan kes shah ruk khan…. sya rasa oklah juga dia dpat gelaran tersebut. kan dia pernah membuat filem kat malaysia. so mcm dia promote negara malaysia lah….. apa lah nak pertikaikan gelaran datuk. datuk tu bukannya dibawa mati pun. dah rezeki dia terima aje lah.

    0

    0
  5. my 2 cents says:

    kalo xde bawak makna dekat jackie chan, xde lah susah2 nak datang sini untuk majlis anugerah kan.. siap pakai songkok bagai..

    0

    0
  6. dadat says:

    kan.. buat apa nak anugerahkan title tu kat org luar ape la sgt title tu utk diorang. i mean apa relevan nya ni??

    0

    0
  7. zizie says:

    ni pendapat saya, betul kat afdlin, knp mudah sgt gelaran datuk di bagi pd org luar..
    filem Jackie yg berkaitan dgn Malaysia sebenarnya filem dah lama..dah tiada kaitan dah

    0

    0
  8. Anonymous says:

    korang bagi je datuk kat afdlin.. hehehe

    0

    0
  9. melati says:

    contohi lah K J…tk heran gan gelaran Dato pun….lg pun pembesar2 Negeri takut nk bagi K J Dato sebab KJ ni lebih kurang Mahathir lah, tapi blom tiba masa jer di naik…..hehe

    0

    0
  10. Haha says:

    …elelelelelele afdlin sebenarnya ko pun nak kan? kan? kan?

    0

    0
    • Anonymous says:

      “ianya lebih baik diberikan kepada rakyat Malaysia yang sudah bertarung nyawa dalam kejadian banjir besar melanda Pantai Timur baru-baru ini. Jelas beliau, ianya akan lebih bermaknya jika diberikan kepada rakyat Malaysia yang telah mengharumkan nama negara”….

      ::hahaha..nampak sgt afdlin ni nk tunjukkn sumbangan mangsa bnjir tu adalah die..mentang2 pegi turun tlg mangsa banjir…nampak sgt die pun nak title datuk ni..meh aku gelarkan die datuk hj afdlin shauki…choyyy..kite bising tahap mn pun dh negara anugerahkn jugak kat jackie chan ni..mcm SRK dulu,semua bising2 pastu lama2 senyap gak…kesimpulannye kite ni xpyh ckp bnyk,sekadar ckp je buat ape..pastu taw pulak diam..

      0

      0
      • damai says:

        untuk semua, afdilin bukan aja tlg mangsa banjir tapi sama2 tlg ke palestine. he has the point, knp negara kita terlalu agungkan org luar padahal SK, Rossa, JC semua not even Malaysia PR or Malaysia Citizenship. Knp gelaran Dato senangnya dpt skg, dan knp makin ramai diberi dlm golongan artis, wat telah happened.

        0

        0
  11. unknown says:

    dorang heran pun tak.. kita je looked up sangat dengan datuks bagai..

    0

    0
  12. Ju-On says:

    tak kisah la ko setuju atau tak… dah rezeki dia… nk pertikaikan pon tak guna… bkn dia yg mintak pon…

    0

    0
  13. kaki says:

    banjir hr tu dia ade bg sumbangan x?

    0

    0
  14. Komen says:

    apapun TAHNIAH USTAZ KAZIM… atas gelaran Datuk! :)… semlm tgk Kopi Bersama Ustaz Kazim..

    0

    0
  15. MERCURIOUS says:

    Beri gelaran datuk pada mereka yang menggadai nyawa untuk orang lain waktu banjirlah??
    AWAK KER SALAH SORANG NYA AFDLIN SHAUKI OIII???

    0

    0
  16. momok says:

    dia nak Datuk jugak la tu sbb dia pegi tlg org banjir..cis!!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      MMg ler org yg tlog mgsa banjir patut dipuji n di snjung tp x kan ler sbb tu je terus nk bg glrn Datuk..Agak2 ler pun,mcmtu bg je ler semua rkyt msia glaran tu sbb semua pn rata2 prnh tlog mngsa2 bencana alam lain termasuk bnjir..yg pntg ikhlas bantu, dpt bantu org syukur sngt, dpt jgk pahala, datuk x datuk blkng kira, melainkan klu ada sumbangan lain2 selain tlog mgsa bnjir mgkin boleh lah dpt gelaran.

      0

      0
  17. cinta says:

    wow, sya juga ada pendapat sendiri…
    lakonan Afdlin Shauki tak best, lawak tak jadi… merepek jer lebih… pendek cer… TAK MINAT Afdlin Shauki!

    Datuk JC tak banyak merepek, nakal tapi lucu, murah hati … cuma tak arrogant, obnoxious atau meyombong, tu pasal sumbangan dia kepada ASEAN tak diwar-warkan… sekurang-kurang dah MEMBANTU bawa nama Malaysia ke pentas dunia menerusi movie-movie atau lakonan popular nya

    0

    0
    • mojo says:

      Filem papadom lagi syok sendiri,siap marah orang Malaysia kenapa tak tonton Papadom 2 lg.Sama macam kalau orang luar dapat DATUK.sebab apa?

      0

      0
  18. biyane says:

    ikut kata ku nan.. JC ni glamor & ramai peminat… maka pas ni tunggulah… TAEYANG akan datang Mesia pakai songkok utk nex Datukship….

    0

    0
    • ninie says:

      kahkahkah…aku dok fikir cmne Taeyang pakai songkok,
      kalau TOP perghhhhh cairrrrrr….

      0

      0
      • bilakakjemahmenulis says:

        GD kakjem jgn lupaaaaaaaaaaaaaaa

        0

        0
        • batu giling ... minat nell says:

          BG minat taeyang. Lagu mata idun dan bibir tu seksilah. Hakhakhak …

          Mianhae mianhae hajima …. naega chorahaeji janha … betol ke ni?

          Lagu 4 kali pusin matahari … nell pon sedap gak …. cool song …

          0

          0
  19. Cik Kiah says:

    Aflin cakap le ko nak gelaran Datuk tu…Aduhai artis Malaysia ni mmg kemaruk nk gelaran Datuk, sampai pi tolong mangsa banjir pun kan dicangangnya. Aflin buat kerja bior le ikhlas, esok2 sampai masa awak dapat gak gelaran Datuk tu cuma lambat skit dari Datuk AC Mizal jeeeeee…phuiii!!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      btol…sng2 pegi la beli gelaran datuk tu…mcm ac mizal….hahaha…xpyh bising2 rezeki ape yg org dpt…

      0

      0
  20. wahida says:

    setuju sangat2…

    0

    0
  21. mojo says:

    Bagi DATUK kat yang tolong mangsa banjir?Lain macam je bunyinya.Nampak gambar afdlin naik bot masa banjir,nasib tak terbalik bot tu.

    0

    0