Written by AbangNara | October 9th, 2013

Abang Nara pasti ramai yang sudah tidak sabar menanti jawapan yang akan diberikan oleh Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mengenai kontroversi perkahwinan mereka. Segalanya akan diterangkan di dalam sidang media yang bakal diadakan Jumaat ini. Adakah mereka sudah berkahwin? Adakah betul sudah ada anak? Memang macam-macam persoalan bermain di kepala anda kan?

aeril zafrel

Sebelum ini Aeril menyatakan ada pihak tertentu yang cuba menjatuhkan dirinya. Secara jujur, Abang Nara agak pelik dengan kenyataan tersebut. Di mata Abang Nara, Aeril bukanlah “superstar” industri hiburan Malaysia. Namun mungkin Abang Nara silap. Malah Aeril juga menafikan dia menggunakan agama untuk menunjukkan dirinya seorang yang baik. Kata Aeril:-

Saya tidak pernah menggunakan agama atau ayat suci al-Quran untuk mempertahankan diri dalam satu-satu hal. Bagaimanapun menjadi perkara normal untuk mengaitkan hal agama dalam perbualan kita. Kadang-kadang apabila berborak dengan kawan-kawan pun saya bercakap mengaitkan agama.

Perkara ini timbul kerana ia adalah satu strategi untuk menjatuhkan saya dan sekarang ini saya ada hak untuk berdiam diri. Perkara ini impaknya besar kerana ia menjatuhkan maruah saya. Tiada istilah saya mahu lari daripada semua. Kata Imam Syafie; Berkatalah apabila kamu yakin dan jika kamu ragu-ragu maka kau berdiamlah

Biarlah saya bersedia sepenuhnya untuk menjawab segala persoalan dengan tenang pada Jumaat ini

aeril

Sama-samalah kita nantikan Jumaat ini. Abang Nara berharap agar jawapan yang diberikan terang dan jelas. Tidak perlu berdolak dalik atau berselindung. Kalau dah kahwin, katalah dah kahwin. Kalau belum, katalah belum. Buat ayat yang mudah difahami oleh semua orang. Tak gitu? Apa kata anda? Info asal Mstar Online.

P.S: Harga kereta hibrid naik pada hujung tahun ini?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

28 responses to Aeril Zafrel & Wawa Zainal Jawab Segala Persoalan Jumaat Ini

  1. ulalalaaa says:

    okey kitorang tunggu hari jumaat ni

    0

    0
    • miss ynwa says:

      jumaat ni??? ok…..aku akan matiii kalau terlepas hari jumaat ni….penantian ini umpama 1 gunung emas buat aku…..korg artis yang maha dewa…aku bakal matii jika aku terlepas…ohh nooo….. jumaat im waiting uu~

      0

      0
    • makcikkantinsekolahmemandu says:

      nak jwb ye or tak pun kena wat PC ke? membazir… kitorg yg komen kat BN ni rilek jer ari2 jwb soalan matematik….

      0

      0
    • neelopeh says:

      Waaahhhhhhhh…. tak sabarnya nak tunggu Jumaat ni…excited sangat la… Can’t wait tauuu!!!

      Tak sabar nak tunggu Jumaat ni sebab esoknya Sabtu dan Ahad ok.. cuti leh rehatkan badan..

      Bukan tak sabar nak tunggu pendedahan korang ni ha Wawa+Aeril.. Sorry la ek.. Kurang penting hal korang.. tak berminat..

      0

      0
  2. Terukir says:

    alar…abg nara pun bukan superstar….hehehe…kita tggu la ya jawapan nye

    0

    0
  3. mizz cerry says:

    Emmmmm…nasi dah jadi bubur baru nak cerita…apa2 je la janji korang bahagia lepas ni wartawan xyah sebok2 dah nak korek rahsia korang dah…

    0

    0
  4. lin says:

    semoga semuanya baik2 saja..

    0

    0
  5. lin says:

    bertabahlah…

    0

    0
  6. FERST says:

    FERST!!!

    0

    0
  7. Sammy Malu says:

    FARTS! Amek ko..

    0

    0
  8. abang yang tak bangang says:

    sape kate pelajaran xpenting?. semua artis yg ade konroversi murahan mcm ni semua xberpelajaran. tu la kot yang membezakan diorang.

    0

    0
  9. aini says:

    ye atau tak bgtahu sajalah. nak tuggu jumaat knpa? ambik berkat hr jumaat kot. klu btl dah ada anak wawalah satu-satunya artis yg x buat baby shower pada thn ni.

    0

    0
  10. Mak Temah says:

    kalau kahwin cakap jelah…ni nak berahsia2 pulak..orang kalau dah minat, kahwin ke tak, orang minat jugak..haishhhhh…

    0

    0
  11. cekmek says:

    alahai.. susah nye nak ckp YA atau TIDAK.. . x faham aku.. mcm nk buat pengumuman bajet 2014 plak siap set tarikh nk umum bile.. adehh..

    0

    0
  12. orang biasa says:

    akan ada kesilapan jika dipanggil manusia , jadikan kan ini pengajaran buat aeril&wawa dan kita semua. apa pun kita tunggu jela jumaat nie .. semoga kejujuran itu akan berlaku bukan disebaliknya :)

    0

    0
  13. gadis simpati says:

    teruk nya artis zaman skrg ye???dh buat xnk mengaku pulok??!!!!cmne tu??kita tnggu jelah jumaat ni erk??!!!!!

    0

    0
  14. kapit says:

    Lama gila mengarang skript PC…takut terpalik tahik ke bang?

    0

    0
  15. […] di dalam sidang media yang bakal diadakan Jumaat ini Adakah mereka sudah berkahwin Adakah Read More This entry was posted in Entertainment and tagged Aeril, Jawab, Jumaat, Persoalan, Segala, Wawa, […]

    0

    0
  16. minah jambu merah biru pasti gerek says:

    kenape mesti nk tunggu hari jumaat? hari lain tk boleh ke? jangan nk mengarot lah…..ni mesti ada ape2 ni kan??????

    0

    0
    • minah jambu merah biru pasti gerek says:

      agak Nye wawa baru aje habis berpantang takkkkk babtu dorang nk tunggu hari jumaat nk jawab soalan bijak dorang tu kannnnnnnnn emmmmmm mungkin jugak eh….masa itu hari soalan tu dorang tk boleh jawab n teragak2 jugak nk jawab…pasal dorang belom ada idea nk jawab ape…skarang dorang dh bersedia nk jawab pasal idea dh datang tapi terpaksa la tunggu hari jumaat …agak2 apeeee gak Nye yg dorang nk jawabkn eh????? mari kite pikirkn bersama….emmm sedap betol sambal fish bola yg nenek minah jambu masak ni nk sikit? kalau korang try nenek minah jambu punye sambal fish bola emmmmm muka nenek minah jambu yg kerepot tu korang tengok macm muka emma embong teawww huh !!

      0

      0
  17. minah propa says:

    mmg die da kawen la…

    0

    0
  18. minah propa says:

    dorg mmg da sah kawen la..

    0

    0
  19. mamawawa says:

    dh hari Jumaat nih,….xade pun jawapan dari mereka berdua…….

    0

    0
  20. […] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Jawab Segala Persoalan Jumaat Ini (27) […]

    0

    0