Written by AbangNara | September 25th, 2014

Pelakon Aeril Zafril didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Khamis atas kesalahan melakukan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai menurut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairi Sunari, 26, dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Saharuddin Selamat.
aeril wawaDalam pada itu, aktres Wawa Zainal yang juga isteri Aeril turut mengaku bersalah bersubahat atas kesalahan sama dan dikenakan denda sebanyak RM800 atau penjara sekiranya gagal membayar denda.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 22, melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 134 (subahat) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Kedua-dua pasangan itu diwakili Peguam Syarie, Mohd Aizan Md Idrus manakala pertuduhan dibuat Pendakwa Syarie, Khafizah Ahmat Khairi.

aeril wawa

Menurut pertuduhan, Aeril dan Wawa melakukan pernikahan tanpa kebenaran pada 25 Februari 2012 di sebuah rumah beralamat 2, Lorong 7A, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya kira-kira pukul 8 malam.

Sementara itu, bapa angkat Aeril, Wahap Raub yang turut dituduh bersubahat dalam kes berkenaan turut dikenakan denda sama seperti Wawa.

Dua lagi tertuduh iaitu bapa Wawa iaitu Zainal Abidin Sulong yang bertindak sebagai wali dan Salim Asari tidak menghadirkan diri kerana berada di Sabah.

aeril wawa

Dalam perkembangan sama, usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan pasangan itu gagal selepas mereka menghilangkan diri sejurus kes itu selesai.

Pasangan itu yang pada mulanya berjanji untuk memberikan kenyataan membiarkan sekumpulan wartawan menunggu di perkarangan mahkamah selama 30 minit sebelum diberitahu mereka telah pulang.

Aeril dan Wawa bernikah buat kali kedua dengan kebenaran pada 4 Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia 15 bulan. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

53 responses to Aeril Zafrel & Wawa Zainal Didapati Bersalah Bernikah Tanpa Kebenaran

  1. Poyo says:

    Tak terkejut dengan keputusan mahkamah. Ciput je pun 1K tu. Tapi terkejut dengan nama sebenar mamat ni….Lerrrrrrr…..Aeril Zafrel = Suhairi Sunari? Taruk nama betol suda…

    0

    0
    • mutiara says:

      dari segi syarak sah kan..undang2 malaysia selalu susahkan org je..idisebabkan denda bagailah banyak zina

      0

      0
      • miss ynwa says:

        hahahar….da sah pown suami isteri ade anak lg, da bahagia pown
        menari tiang = denda rm25
        kahwin tnp kebenaran = rm1000
        bila kahwin makin mahal zina makin murah ..,bila kahwin jadi susah…,
        zina jd makin mudah,,,,. ohmalaysiaku :)

        0

        0
        • Anonymous says:

          ohmai.. betul kan? macam nak like statement 600 kali

          0

          0
        • ostajah nara says:

          ekkk eleehhhh miss ynwa. aku doakan keturunan engkau akan berkahwin tanpa kebenaran. kau tengoklah apa kau komen masa tu nanti.

          0

          0
        • binjai says:

          ko kawen nti ttb laki ko ade HIV…haa…ko nk buat pe???kawen tu murah je..y ko g letak mas kawen sampai 20k tu buat pe…ko y nyusahkan diri ko sndri..buat je laa biasa2 je…ni kenduri kawen kalah anak menteri..buat laa ikut kemampuan diri sudah…bg aku kawen ni sng je klu kt tau kemampuan diri kt..xyah nk buat grand2…y pntg KEBERKATAN…klu buat grand2 pun xde keberkatan buat pee…terpaksa buat pinjaman pulak nk kawen ngn ko nti…lg satu klu kawen ikut prosedur selamat laa..ni kawen x ikut prosedur mmg laa ko kene denda…ko g ngra mne2 pun ade prosedur perkahwinan…

          0

          0
        • miss ynwa says:

          apa bodoh ostajah nara ni merepek entah,,,tibe2 nak ckp keturunan aku pulak.,,,yg butthurt sgt da ngape ko? tak lain ko ni mesti pompuan gatal
          yg kene bwk lari datuk2 gersang suro nikah kt siam kan,,,kemain melalak butthurt sgt da ngape ko.. urmm

          0

          0
        • aloha says:

          Iye, kate2 anda memang ade betul. Saye pon terkejut pasal denda rm25 tu dulu. Tapi, berbalik kepada perkahwinan mengikut prosedur n undang2, sebenanrnye, x susah pon. N kebaikannye kepade kita juga, kahwen x ikot prosedur, main nikah je, memang ikot hukum sah, tup2 si pasangan ade HIV, x ke parah kalo tahu lepas nikah??? Berbelanje ikot kemampuan, borang2 2 semua berape sen sangat kat pejbat tu kan,,,,

          0

          0
      • izzy says:

        apa yg susahnye…?

        0

        0
        • middlefinger says:

          ahakkkss!! bukan susah lagi pergi london dari daftar kahwin kat malaysia ni ker?? aku nak gelak terbahak-bahakk. hahahahhaaa!!!!! takut david teo?? hahahaha!!! silap aribulan david teo pulak tlg bayarkan denda.hahahaa!!!

          0

          0
    • zuanzuan says:

      ini negara islam Malaysia….so bila nak nikah mmg kne mohon @ rujuk mahkamah @ pentadbir….

      0

      0
    • Amy Mat Piah says:

      Sejak bila dlm islam kena mintak kebenaran pihak lain selain wali kalo nak kawin? hmmm

      0

      0
      • mee kari says:

        Its just a matter of law and procedure. Untuk melindungi kedua-dua pihak. Kene mintak kebenaran State untuk pastikan pasangan bukan muhrim, untuk pastikan perempuan atau lelaki bujang supaya tak ada pihak tertipu, untuk pastikan perempuan atau lelaki tak ada penyakit berjangkit. Banyak rasionalnya dan untuk kebaikan semua pihak. So hormat la undang-undang. Its enacted for a reason.

        0

        0
      • Anonymous says:

        amy mat piah ni lg sekor bangang…ko g laaa bljr undang2..memekak kat sni wat pe…ko kawen kat UK ke US ke pun kene dftr dan mnta kebenaran bodoh…

        0

        0
        • dari barat says:

          amy mat piah tu suku sakat pasangan mangkok hayun tu lah.. apa lagi. esok lusa kena culik mat lombok pandai pulak dia cari kerajaan malaysia minta bantu. nanti mat lombok kata, “kita nikah saja berwalikan bulan dan bintang”.

          0

          0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      helo ustaz kazimmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm I lov uuuuuuuuuuuuuuuu emmmmmmmmmmmmmmmmmuah !

      0

      0
    • bijan says:

      suhairi sunari?nama jawa ja..beria letak aeril zafrel bagai..aku ingtkan aeril zafrel tu nama btoi dia..aku dok kata la pandai mak ayah dia bg nama..letak nama yg urban2..pakai nama btoi sudah la..cam malu ngn nama sndri plak..

      0

      0
  2. nok gebuzzz says:

    problem betul budak 2 org ni,ghupe2 nyer……….ha amik ko!!sekarang mau lari mana??

    0

    0
    • man kajang says:

      semuanya bermula kerana tak sabar nak ngesek…bagi alasan takut david teo lah pulak…wahal boleh ajer dibawa berbincang. ntah2 david teo siap sponsor lagi… malu bertanya sesat jalan,.bodoh sombong sampai menjerat diri sendiri.

      0

      0
  3. student uitm says:

    Doakan agar Aeril &Wawa bahagia & kekal abadi hingga keakhir hayat..Amin.

    0

    0
  4. maigrir 2000 says:

    Excellent blog you have here but I was curious if you
    knew of any user discussion forums that cover the
    same topics talked about here? I’d really like to be a part of community where I can get advice from other experienced people that share the same interest.
    If you have any suggestions, please let me know.
    Thanks!

    0

    0
  5. s says:

    prosedur nak kawen kan macam2.. HIV test, kene gi kursus kahwin, isi borg belah lelaki, isi borang belah perempuan, sign saksi 2 org, booking tok kadi dan tarikh…. tudiaaaa…. depa x sabar nak halalkn hubungan masa tu. main terjah aje le… skang dh kene denda.. bayo ler memasing ada duit.

    0

    0
  6. Dermascoop says:

    Hey there! Do you use Twitter? I’d like to follow
    you if that would be ok. I’m definitely enjoying your blog and look forward
    to new updates.

    0

    0
  7. LISA SURIRUMAH says:

    ABES TU APE STATUS ANAK DIA TUUU..??

    0

    0
    • vv says:

      sah laa..yg penting adalah status menurut syarak..nikah mereka sah, takde masalah..cuma dr sudut perundangan saja diorang gagal penuhi, jd didenda laa..
      so tak payah pertikai status anak dia ye..MMG SAH ANAK MEREKA BERDUA DARI IKATAN PERKAHWINAN YG SAH MENURUT SYARAK.

      0

      0
    • ............ says:

      anak luar n…….

      0

      0
  8. moroq says:

    dah la nikah dua kali. sebab risau nikah pertama tak sah. nikah sekali lagi. tapi still buat maksiat.

    tapi janji skrg dia dah mengaku kawen. sian jgk kdg2 diorg ni kena hentam. mmg diorg bnyk bohong, manipulate, xnak kalah sbb mereka muda. tp diorg deserve bahagia satu family.

    0

    0
  9. mas_pisces@yahoo.com says:

    rukun & syarat nikah apa ek?????? aku rs dlm islam xde kot kn mntak kebenaran mn2 jabatan…. tp 2 la undang2 m’sia kan, kn la ikut….xpsl2 wali pun kn tndakan gak….apapun moge hdpi dugaan ni dngn tabah….. ini br p’mulaan hidup bekeluarga….

    0

    0
    • peeiiii says:

      ko memang dah ditakdirkan bodoh….yer la dlm islam xder mintak kebenaran jabatan islam…jabatan islam tu diwujudkan untuk pasti kan umat2 islam yg nak bernikah ikut hukum rukun & syarat agama…status kesihatan pasangan penting…test HIV & kesihatan untuk pastikan zuriat atau keturunan yg sihat dr penyakit2 yg memudaratkan…penyakit bodoh mcm ko tak termasuk….wali penting…andai kata wawa tu anak luar nikah…mana boleh bapak dia jadi wali kene wali hakim….sbb tu jabatan agama tu wujud…xde yg menyusahkan….kalu ikut prosedur….yg selalu rasa susah tu org yg MALAS jer

      0

      0
      • Tal Tal says:

        Btul tu peeii, diaorg ingt jbtn agama ni ska2 ke buat udg2 camtu. Utk sapa, utk jg institusi kluarga org Islam gak. Tu blm lg tmsuk nk buat srt branak dan dokumen ank2. Tgok je yg kawin lari dan tk daftar nikah, dh kna tggl laki br meraban sna sni. Nk tuntut hak diri dan ank2 pn ssh. Smpai ada kes ank berderet tk skolah, tkde dokumen sbb kawin dlu tk daftar. Hrp org pompuan kt M’sia ni jgn le ikt cam wawa, dia bnasib baik tk dtggl laki. Klaulah kawin tkyah ssh2 daftar lg byk masalh sosial. Mna yg tk jujur tu mgkn blh kawin bkali2 melebihi kuota sbb tkde bukti nikah, blh ckp msh bujang. Yg tnikah bini org pn tk mustahil tjd.

        0

        0
      • Anonymous says:

        aku sokong ko…y komen kat ats tu mmg bodoh + bangang..ko xbljr undang2 ke??kang nti main sebat je kawen pastu br tau y laki/bini ko ade HIV time tu ko mula nk meroyan cam org gile..lps tu nk slhkn jab agama laa,kementerian kesihatan laa,kerajaan laa…ko y x ikut prosedur..bape rmai psgn y dh kawen br tau laki/bini diorg ade sakit mental???tiap2 ari kene dera siap ugut bunuh lg..klu nk selamat ikut je laa prosedur bkn ssh pun…klu x buat camtu korg memekak..bl ade prosedur pun memekak jugak…manusia ni mmg x reti bersyukur…hdp mmg kene ade rule klu xnk ikut rule hidup kat hutan…dlm islam pun ade gak rule nye…setiap undang2 tu bkn nk menyusahkn manusia tp tuk kesejahteraan manusia..sbb tu rmai manusia y hidupnya hancur sbb x ikut undang2…fhm…bangang berganda2 korg semua ni…

        0

        0
    • Anonymous says:

      adik ni darjah berapa yea..

      0

      0
  10. sorry says:

    benda dah halal..

    0

    0
  11. Detective Conan says:

    hahahahaaha…tu ler bongkak, sombong, angkuh, bodoh dan segala mcm hentah apa2 ler yg sewaktu dgnnya…belakon blum smpai setahun jagong…dah tunjuk lagak..

    0

    0
  12. Anonymous says:

    suhairi sunari? kok gitu namanye..

    0

    0
  13. Xoxoyooo says:

    Dua2 mcm budak2. Law is law. Apsal susah sgt nak ikut undang2 syariah. Beribu2 org nikah di Malayisia dgn kebenaran. Bila ada problem, sampai nak berceraj berai baru terhegeh2 cari mahkamah syariah. Yang syoknya dua2 bila ada problem, lariii…sorookkk… Buat alasan. Mengandung beranak mmg la buatan org. Issue kereta lebih suka melalak dlm social network dr sit down n discuss. Dua2 macam kartun. Grow up!

    0

    0
    • peeiiii says:

      kannn….org yg khatam al-quran blum tentu paham apa tu hukum2 dalam agama islam……itu diorg kaji setiap baris ayat2 al-quran, sunah2 nabi….jabatan agama tu wujud membimbing kita…setiap apa yg kita buat buat lebih2 lagi nikah kahwin tak lari dari hukum agama yg sebenar….kalu dah gatal sgt jgn nak salah procedure….

      0

      0
  14. lyin says:

    sapa yang cakap prosedur nikah ni menyusahkan adalah orang2 malas dan cuma nak benda shortcut. semua tu untuk rekod, kena maklumkan pada jabatan islam untuk kemudahan siapa? kemudahan kita juga. ni kalau kawin senyap2, xda borang atau sijil, memanglah hukum agama ok je, tapi kena ingat.. akan ada masalah lain yg timbul.
    tapi macam nilah orang malaysia, sebelum ada masalah malas nak rujuk jabatan itu,ini. tapi bila dah ada masalah dalam perkahwinan, baru terhegeh ke pejabat ugama., bayangkan kawin senyap2 pastu ada anak, mcm kes ni.. kan dah timbul fitnah..
    lepas tu, nanti kalau suami cerai macam tu je.. memang kesian lah para isteri,, nak rujuk ke jabatan, tak da rekod.. terpaksa jadi janda tanpa nafkah utk anak2 atau tuntutan harta sepencarian… hmmm. :/
    sorry…emosi.

    0

    0
  15. hj amir says:

    muak..

    skg ni dah tunjuk..aib dia dah..

    0

    0
  16. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    tu laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kalang kabot n kemarok sangat nk kawin ha semua jadi tk betol ! lain kali jangan membelakangkn bos si david teo tu paham ! ha sekarang ape dh jadi problem kannnnnnnnnnn huh ! padan muka !

    0

    0
  17. nut says:

    kacang kacang kacang
    kacang lupa kulit
    ini 2 butir kacang
    kasi rebus n makan

    0

    0
  18. bunga says:

    aku mmg x suka dorg 2 ni..nyampah..next..!!

    0

    0
  19. Anonymous says:

    suhairi sunari…nama samaran bukan main glamer lagi…gupa2nya nama asal dia x lawa..mu anak wong jowo yo…

    0

    0
  20. wawa jenal says:

    asalkan sah disisi agama n hukum sudahhh…undang2 malaysia nie dunia jaaaa…mahkamah syariah yg suka menyusahkan org..diorang nie syok tanggung dosa2 org…suka lambat2 kan kes…

    0

    0
  21. wawa jenal says:

    to lyin..kalau xhadap jgn pandai ckp je..kwn aku laki dia hilang tggalkan dia dah 2thn..kes asyik tangguh d mahkamah syariah dah hampir 2thn..alasan penangguhan kes:
    1. hakim kursus : tangguh sebulan
    2. hakim p umrah : tangguh 2bln
    3. hakim cuti sbb bawak anak jln2 cuti skolah : tangguh 1 bulan
    4. n mcm2 lg alasan utk kepentingan peribadi tanpa fikir org lain
    5. yg paling xblh terima dek akal…bila tiba tarikh keputusan…pagi tu cek nama xada dlm list..tup2 bleh je diorang ckp fail LUPA nk serah kat hakim…: tangguh lg sebulan..
    ayoyoooo inikah attitude mahkamah syariah yg ikut hukum islam???

    0

    0
  22. Anonymous says:

    Ala wawa apa susah saman je jabatan tu baru dia tau .. jgn salah kan prosedur lak…
    Kita bayar cukai pe…

    0

    0
  23. mawar seri says:

    laaaa…dh kenapa?….haish..berkompang cerita mcm2 nk menuntut itu ini..tak alih kuar cerita ini pulak…

    cerita nikah kawen ini..didoakan yg baik2 shj utk pasangan kamu….

    0

    0
  24. saman says:

    hobi budak berdua ni ialah melanggar undang-undang. undang2 syariah prosedur nikah dan undang-undang langgar kontrak jadi artis david teo. jodoh partner in crime. memang sesuwei lah sangat. pasni per lagi undang2 nak langgar ek.

    0

    0
  25. […] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Didapati Bersalah Bernikah Tanpa Kebenaran (52) […]

    0

    0