Aeril Zafrel Tipu Saya – David Teo

Hiburan

Aeril Zafrel Tipu Saya – David Teo

Kesian jugak Abang Nara membaca kata-kata Mejar David Teo ini. Iyerlah, sebelum ini Aeril Zafrel memohon keluar daripada MIG dengan alasan ingin mendalami ilmu agama. Tup-tup keluar pula berita yang Aeril sudah berlakon dalam produksi Hollywood. Serupa kena tipu la kan?

aeril zafrelAbang Nara respek kepada Mejar David Teo kerana membenarkan Aeril Zafrel berhenti daripada MIG kerana mahu mendalami agama. Bukan senang nak tamatkan kontrak begitu sahaja. Kata David Teo kepada Mstar Online:-

Advertisement

Mula-mula Aeril kata mahu belajar agama dan kerana itu dia meminta saya untuk tamatkan kontrak lebih awal. Saya ni kalau bab-bab agama agak sensitif. Dan sebab itulah saya memenuhi permintaannya kerana menyokong langkah yang hendak diambilnya untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan. Tiba-tiba saya mendapat tahu dia membintangi sebuah filem di Hollywood pula. Dia sudah tidak memenuhi apa yang dikatakannya sebelum ini.

aeril zafrel

Macam kena tipu hidup-hidup pun ada jugak. Namun bertambah respek lagi kerana David Teo tidak mahu mengambil sebarang tindakan terhadap Aeril. Kata David Teo lagi:-

Dia mahu tamatkan kontrak, saya sudah tunaikan janji saya. Walaupun saya diperdaya, tidak apa, balasannya akan datang kemudian. Saya pun tidak rugi apa-apa. Saya sudah biasa dengan artis-artis di bawah naungan MIG seperti kata pepatah ‘kacang lupakan kulit’. Dalam pada itu, ramai juga artis yang mengikut konsep kami bekerja telah pun berjaya dalam karier lakonan masing-masing

Tak apalah Mejar David Teo. Kalau orang nak tipu kita, macam-macam cara akan dilakukan. Kepada Aeril, semoga karier anda akan terus maju. Tak sabar nak menanti filem Hollywood lakonan Aeril. Pasti menarik!!!

P.S: Polis wanita Indonesia menari Gangnam Style

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...