Written by Bella | June 10th, 2016

Agak lama kita tidak melihat pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berlakon bersama didalam mana-mana drama.  Yang terbaru pun Wawa seorang sahaja yang membintangi drama Duda Terlajak Laris. Biasanya ramai juga pasangan selebriti yang digandingkan bersama bukan?

Menjawab persoalan tersebut, Aeril memberitahu mereka ada juga menerima tawaran untuk digandingkan bersama, tetapi beliau sendiri kalau boleh tidak mahu berlakon dengan Wawa kerana ingin menjaga hati isteri tercinta.

Ini kerana Aeril lebih gemar untuk menegur cara isterinya berlakon dan kadang-kala ia boleh mencetuskan rasa merajuk didalam hati Wawa.

Saya tak pernah halang Wawa berlakon kerana itu minatnya. Baru-baru ini pun dia membintangi drama bersiri Duda Terlajak Laris untuk slot Akasia TV3. Lagipun rasanya Wawa dan produksi tahu watak sesuai untuknya.

Cuma, kami tak betah jika digandingkan kerana nanti saling menegur antara satu sama lain. Wawa tak suka berlakon dengan saya memandangkan saya agak cerewet. Silap gaya dia boleh merajuk di lokasi.

Bagi saya teguran bagus untuk perbaiki kekurangan yang ada, tetapi dalam keadan saya dan Wawa, rasanya tidak sesuai.

Kalau sudah tidak sesuai untuk berlakon bersama dan demi mengekalkan keharmonian hubungan suami isteri adalah lebih baik untuk mereka berdua tidak bekerjasama dalam mana-mana drama. Apa-apapun, menjaga perasaan pasangan adalah perkara yang paling utama.

Sumber Berita : Harian Metro

 

23 responses to Aeril Zafrel Elak Bergandingan Dengan Wawa Zainal Kerana Tidak Mahu Isteri Merajuk Ketika Ditegur

  1. melati says:

    letih Posa…malas nk komen…

    0

    0
  2. haron says:

    Takut Bini,heheheh bodod gile, bini dia sure cemburu buta, takan pasai berlakun pun nak jeles….kat hollywood adegan asmara di katil pun ok je….ada dengar bini diorang jeles….cite2 yg sempit akal buat melayu felda tok kerain

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Haron,

      Anda memang layak ambik kelas khas pemahaman BM untuk UPSR.
      Tahniah kerana terpilih.

      0

      0
    • Anonymous says:

      rasanya tidak dinyatakan di atas bahawa wawa jeles atau apa2, kau kluar tajuk nihh. baca betol2 lain kali. sekian.

      0

      0
    • che ton says:

      Allah apa la x faham bahasa haron ni..
      dia x cakap jeles.. dia cakap kot wawa merajuk
      kalau dia kritik lakonan si wife ni
      bengap laa.. patut pun bahasa tunggan langgang
      hmmm….

      0

      0
    • LOL says:

      Jarang nk jumpa org seperti Haron nie…sapa2 yg baca komen haron harap bersabar :P

      0

      0
    • kasut says:

      dah kenapa…tak baca ke? da terang2 tulis kat situ menjaga hati.. nmpk sngt ko ni kaki putar belit kan?

      0

      0
    • abcdefghijklmnopqrstuvwxyz says:

      dek ron, x lama lagi upsr tau..belaja rajin2 ye nak….

      0

      0
    • minah jambu say no to DRUG says:

      betol cakap kau tu haron..kalau cemburu2 tk payah la nk kasi dorang berlakon sama2 laki bini ni buang masa aje..! laki boleh berlakon ngan plakon pompan lain bini leh berlakon ngan pelakon jantan lain tk payah la nk berlakon sama2 nyampah huh ! takot bini merajok konon huh ! jangan kasi bini tu berlakon lagi bagos lah huh !! stay kt rumah buat anak banyak2 aje suda..

      0

      0
    • mak cik haron says:

      satu je ron.. bodoh bukan bodod .. hhahahaha

      0

      0
  3. abcdefghijklmnopqrstuvwxyz says:

    bini mmg keje nk merajuk saje apatah lg ditegur oleh si suami..tp merajuk manje ler…apapun kene ingat ye kaum perempuan jgn nk bemasam muka sgt eh dgn suami korang….dosa tau

    0

    0
  4. el says:

    Sama cantek, sama padan…like this couple

    0

    0
  5. IamWhatIam says:

    Beautiful Couple..untungnyaaa.. :p

    0

    0
  6. dina says:

    kalau bini berlakon sama.. mata laki tu x boleh merewang.. nanti kantoi la… berlagak alim dan budget suami mithali gitu.
    perfectionist?….pernah ke menang award?

    0

    0
  7. Artis khawin lari,bajet2 suci gitu,sweeet kapel lah konon,si wawa zainal tu orang pilipin bah tu,keturunan suluk…tapi lupa diri..orang brunei konon..padahal nama timangan dia dirumah orang panggil si’sidang’. mati2 tak mahu mengaku yg mereka dah kahwin dulu.last2 kantoi..kalau aqu ada family member mcm perangai kamu kan,dah lama aqu nasihatkan berhenti sahaja dari dunia seni.menyampah meluat tau???artis pembohong sok suci.

    0

    0
    • Anonymous says:

      kita pun x sesuci mana.yg kita kononnya mulia sbb Allah lindungkn aib kita.

      0

      0
    • SalamRamadhan says:

      Org pilipin keturunan suluk ke bajau ke..kita semua hamba Allah k. Takyah la nak aibkan org benda dah lama takyah nak ungkit2 lagi…

      0

      0
    • wawa cantikk says:

      suluk ke tak suluk wawa ni sooo cantikkkkkk. halus mulus kulut dia flawlesss

      0

      0
  8. noon says:

    apahal lak dia nak tegur lakonan isteri?
    pengarah kan ada….
    x logik lah alasan arel ni.
    nak bagitau yg dia lebih pandai berlakon dari bini ke?

    0

    0
  9. Undeniably imagine that that you stated. Your favorite reason appeared
    to be at the internet the easiest factor to take into accout of.
    I say to you, I definitely get annoyed while other folks consider issues that they plainly do
    not realize about. You managed to hit the nail upon the
    highest and also defined out the whole thing without having side effect , other folks
    could take a signal. Will likely be again to get more. Thank you

    0

    0