Aeril & Wawa Tak Layak Tanya Tentang Bayaran Tertunggak – David Teo

Hiburan

Aeril & Wawa Tak Layak Tanya Tentang Bayaran Tertunggak – David Teo

Betul juga penerangan daripada David Teo ini. Kalau sebelum ini Aeril Zafrel memaklumkan yang penerbit terkenal ini berhutang puluhan ribu dengannya, kali ini David Teo membalas kata-kata bekas anak didiknya itu dengan begitu jitu sekali. Terangguk-angguk kepala Abang Nara tanda sokongan kepada David Teo. Iyerlah, dah la langgar kontrak yang ditandatangani, lepas itu ada hati nak minta bayaran tertunggak pulak. Memang terbakar jugak hati dibuatnya.

david teo

Advertisement

Berkata kepada Mstar Online, David Teo memaklumkan yang Aeril dan Wawa tidak layak bertanyakan tentang bayaran tertunggak kerana telah pun melanggar kontrak. Kata David Teo:-

Kedua-dua mereka tidak mengikut kontrak dan menamatkan perjanjian serta-merta tanpa sebarang perbincangan dengan MIG. Sedangkan pihak kami meminta mereka datang untuk berbincang perkara ini dengan lebih lanjut, tetapi baik Aeril mahupun Wawa, mereka buat tak endah sahaja.

Menerangkan pula mengenai kereta yang kononnya dicuri oleh pihaknya, David Teo berkata:-

Di MIG, saya mengamalkan konsep seperti pihak kerajaan buat bagi membantu golongan susah menerusi skim sewa beli di mana kami menyediakan rumah dan kereta buat para pelakon menerusi skim tersebut. Memandangkan Wawa tidak lagi membayar sewa kereta, maka kereta tersebut sudah semestinya dipulangkan kepada kami. Itu pun kami jumpa kereta itu selepas Wawa memberitahu tentang kehilangan kereta itu,

Walaupun macam-macam terjadi, saya masih lagi menganggap mereka sebagai anak-anak yang mahu membesar. Dan saya percaya setiap kesilapan yang dilakukan akan menjadi pengajaran. Begitu juga dengan mereka, yang masih lagi belajar tentang kehidupan.

david teo Kata-kata terakhir daripada David Teo itu memang menyentuh perasaan. Walaupun dituduh macam-macam, David Teo masih tenang dan bersikap seperti seorang ayah. Respek!!! Semoga akan terbuka pintu hati kesemua pihak yang terlibat dalam kontroversi ini untuk bersua muka dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.

david teo

P.S: Rahsia mendapat wajah yang mulus licin dalam HANYA SEMINGGU akhirnya terbongkar. Beli sekarang di Instagram OhSoFlawless atau hubungi 013-286-8601 menerusi Whatsapp.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...