Written by AbangNara | October 9th, 2014

Hati anak mana yang tidak sedih apabila ayah mereka digambarkan sebagai seorang yang mempunyai karekter hitam dan negatif. Itulah yang dirasai oleh Adlin Aman Ramlie, anak kepada Allahyarham AR Tompel yang dipaparkan secara ‘hitam’ dalam telefilem Saloma. Adlin turut memaklumkan yang kesemua ahli keluarga dan waris Allahyarham AR Tompel terguris dan kecewa dengan perkara tersebut.

adlin aman ramlie

Kata Adlin:-

Saya amat kecewa dan terguris kerana orang di sebalik naskhah itu dekat dan rapat dengan saya tetapi mengapa mereka memilih untuk memaparkan Allahyarham bapa secara prejudis tanpa merujuk kepada semua warisnya terlebih dahulu.

Paparan sikap hitam yang digambarkan terhadap Allahyarham bapa adalah satu eksploitasi jelas dan meninggalkan kesan negatif kepada penonton. Ia bukan saja prejudis, tida adil dan berat sebelah, malah mempunyai niat tertentu untuk memburukkan Allahyarham.

Saya mewakili keluarga mengutuk sekeras-kerasnya paparan yang diberikan kepada Allahyarham dalam telefilem itu. Ia jelas sekali menunjukkan individu di sebalik pembikinan karya itu tidak bertanggungjawab kerana paparan negatif itu diambil berdasarkan cerita sebelah pihak tanpa merujuk kepada waris.

Adlin telah pun menghantar notis awal kepada produksi dan Astro namun ia tidak dilayan oleh pihak terbabit. Di dalam notis tersebut, Adlin telah menuntut agar menghentikan tayangan telefilem itu serta merta dan tidak mengulang tayangnnya pada masa akan datang. Turut sama diminta ialah permohonan maaf secara terbuka daripada semua pihak yang terbabit kepada ahli keluarga dan waris Allahyarham AR Tompel.
adlin

Diharap masalah ini dapat diselesaikan secara baik antara ahli keluarga Allahyarham AR Tompel dan pihak yang terbabit menerbitkan telefilem ini. Memang sedih jika arwah ayah kita dipaparkan dengan sebegitu rupa. Semoga ada penjelasan yang memuaskan hati semua pihak kelak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

48 responses to Adlin Aman Ramlie Terguris Arwah Ayah Dipapar Bersikap Hitam Dalam Telefilem Saloma

  1. mekD tanpa was-was says:

    mekD sokong adlin. mekD benci org yg memburukkan ibu bapa.tak kesah lah ibu bapa sesapa pun. mmg kurang ajar. puiihh skit.

    0

    0
    • Olga says:

      habis..dulu ko jd juri komen waktu AF pedas2…ko ingat mak bapak adik beradik mereka x terguris ke weh? please la bro…grow up…..suck it up!!!

      0

      0
      • Next??? says:

        x suka la Adlin ni cam dia bagos sangat…jantan poyo!

        0

        0
        • Zira says:

          releks la. datin rosmah hari2 kena kutuk…cool je dia. motif nak kena mohon maaf secara terbuka? zzzzz…

          0

          0
        • aini says:

          xmustahil perangai bapak adlin camtu .. tgk jek la perangai adlin…

          0

          0
        • Anonymous says:

          please la adlin, kita semua tau Tompel bertukar2 isteri, P Ramlee sendiri pun bertukar2 isteri… tolong la jgn sentap, jadikan pengajaran.. doa yg baik2 utk arwah sudah..

          0

          0
        • PULAK DAH says:

          WAKTU ZAMAN KEGEMILANGAN SALOMA..KAU DAH LAHIR KE?
          MANA KO TAHU CERITA SEBENAR?
          MELEBIH PULAK DAH KO NI.
          OVER LAH!

          0

          0
        • Raja..Gopal says:

          Senang je..padam je babak2 yg kononya terlalu “hitam” yg menjatuhkan reputasi institusi kegemilangan Sultan Tompel tu.

          Biar kerabat2 Tompel semua happy dan tak murkha lagi. Siaran tamat! :(

          0

          0
        • Hamis Suraya says:

          tak sangka begitu rapuh nya ego seorang insan bernama lelaki. yang aku ni hari2, orang kutuk. tetap aku keluar sopping…. :D

          0

          0
        • AR Tampor says:

          Dlm cerita tu bapa dia kawen ngn saloma pastu kongkong saloma n bapak dia x keje saloma yg bekeje. bila bapa dia da keje bapa dia ada girlfriend baru.. saloma mintak cerai bapa dia ceraikan.. xde la buruk mana pon kisah nyer.. buruk lagi si adlin cerita pasal bapa dia masa maharaja lawak dulu….

          0

          0
        • Emma Kaembong says:

          aku ni lagi teruk nyah..aku peluk beruk pun dikatakan lucah !!!

          0

          0
        • tersedak says:

          hahahahaahahaa…..adoi korang lawak la.

          0

          0
        • Bedah says:

          biasa lewwtuw.. nak royalti lewtuww.. macam kami tak taw..
          alaa… itukan cite pasal Saloma, bukan cite pasal Tompel.. tak adil kenapanyer…
          apa kata anak beranak keturunan tompel buat telefilem biopik sendiri kisah AR Tompel…

          0

          0
      • Cili Pedas says:

        Alololohhh…AR Tompel jer pun. Bukan nye pahlawan negara atau pemenang anugerah Nobel Prize pun. Please la, ko ingat ko sape mamat? Gah ke sangat ke..terbilang sangat ke? Hish, berangan la haih.

        0

        0
        • cili tak pedas says:

          AR tompel pun manusia gak… walau bkn pahlawan etc.. dia pertahankan ayah dia.. sbg anak dia tunai tanggungjawab dia.. kalo jadi kat ayah ko acaner???

          0

          0
        • Cili Berapi says:

          kalau orang kutuk bapak aku, diam je la. orang bodoh, takkan aku nk ikut bodoh cam diaorang jugak? hanya orang bodoh lawan/layan orang bodoh. not my level, k!

          0

          0
        • dunia oh dunia says:

          time cite da laku baru nak saman la apa la … time cite tu baru tayang xnk pulak adlin ni menyaman .. haihhhhh

          0

          0
        • haha says:

          To Raja Gopal: Aku suka komen ko…nk tersembur aku mkn apam balik ni. Legend!

          Chill la Adlin oi.

          0

          0
      • waaalaaweiii says:

        buat la biopik AR Tompel sendiri…itu dr sudut pandangan keluarga saloma jer…takleh nak salah diorg jugak

        0

        0
        • Mata Ke Atas says:

          Anak2 lagenda PRamlee x pernah bising/kecoh pun…anak2 Tompel plak yg melebeh dan terover. Kelakar kan wak?

          0

          0
        • Misz Nana says:

          setuju..kat luar negara..biopik orang kenamaan chill ja..takkanlah semua nak cerita yang baik..semua orang ada kelemahan

          adlin..ini semua poyo

          0

          0
      • Joyah Bandar says:

        Si Adlin ni, kat raja lawak kemain ko melawakkan bapak ko. takde pulak ko rasa malu. sekarang ko ghase. anyway, mariani masih hidup. dia mesti tahu. lagipun tak payah mariani citer. semua orang tahu tompel camne. bukan nak mengata, tapi dah nyata. terima je la. kalau ko nak balas. ko buat la biopic keluarga temple pulak. oppsss. tompel.

        0

        0
    • Singaporean says:

      Some Malay men are so sensitive…like farts.

      0

      0
    • Saonah Salamon says:

      HADOIIIIIIIIIII HARI TU ADA SORANG WARIS YG NK SAMAN SKG SI ADLIN PLAK NMPAK SGT LAH GILA DUIT DIORNG NI,TAMBAH2 SI ADLIN TU MAKLUMLAH SENDU,JOB PON KURANG

      0

      0
    • Kompius says:

      Cuba korg bgtau, ape yg “sisi hitam” arwah pak die yg dipaparkn dlm cite tu? X tgk lg pon sbb x beli setero perst tu.. Tunggu jek kod raya taun depan kuo.. Huhuhuhu~

      0

      0
  2. meksalmah says:

    Salam, saya faham tentang kenyataan abang adlin, dari awal menonton dengan mak saya, saya dah dapat agak akan timbul sesuatu dari pihak abang. Tetapi jika abang ingat masa Maharaja Lawak Mega pun, abang pernah buat persembahan menyatakan
    “Dek kerana P. Ramlee nak sangat pada saloma maka Allahyarham AR Tompel hanya bagi jer terus pada Ramlee, so dengan bangganya abang kata Ar Tompel dapat Saloma sebelum P ramlee. Masa tu pun mungkin keluarga Saloma berperasaan yang sama.

    Saya harap tiada pergaduhan berlaku, sama2 take positif ye abang.
    Lagipun Seniwati Mummy Mariani masih hidup, dia lebih mengenali Saloma

    0

    0
  3. makjemah says:

    EH BKN DIA SENDIRI PERNAH BUAT BAPAK DIA SBG BAHAN LAWAK MASA DIA MASUK MAHARAJA LAWAK DULU? DAH LUPA KE BRO?

    0

    0
  4. OKLAH TU says:

    nmapun “biopik saloma” crita kisah hidup saloma takkan dowang nk tokok tmbah plak..

    0

    0
  5. Puiii says:

    Cerita tu pasal Saloma..bukan citer pasal bapak kau kan? Delete jer scene2 bapak dia.
    Biar dia buat citer bapak dia sendiri la.
    Podah….

    0

    0
  6. Anonymous says:

    nak saman katanya uols!
    nak $$$$$ cakap je la x payah pusing2 citer huh.

    0

    0
  7. chak pong! says:

    it is all about the money…….dam dam dam dammm.

    0

    0
  8. Salah Ke? says:

    Dia nak bapak dia digambarkan dalam bentuk…..VIP yg termaksum dan perfect.

    0

    0
  9. peeiiii says:

    ko blum beranak lagi…mana ko tahu perangai bapak ko muda2 dulu….ramai jer contoh zaman muda2 hanyut dan skrg nak berserban jubah bagai..contoh azmil mustapa, noor kumalasari…..dari sisi saloma dgn keluarga saloma…dah memang ada sisi gelap bapak ko…nak buat mcm mana…biopik tu kisah saloma xde focus hal bapak ko pun….ko canang hal bapak ko pas2 bini kat p ramlee takpe plak…nak royalti ckp jer la…sbb tak mampu nak buat biopik bapak sendiri

    0

    0
  10. AR Berdaftar says:

    aku rasa lg aib masa dia dok bcerita kt maharajalawak dulu..puiiii sikit!

    0

    0
  11. Dolton Bibiyana Layola Al-Muslem says:

    terguris lah sgt…mcm lah kau duduk hidop dgn bapak kau yg jongang tu…setau aku, dia kojol time kau derjah 2?…

    sebenarnya kau nak up kan gigi jonghos…ops…kau nak upkan diri kau yg tak popular tu kan??…bodoh jongos ni,kau carik makan kat ASTRO,tp konon nak menyaman, huh…bagus sgtlah tu…lepas ni kau pulak gantikan lagesi bapak kau yg merempat tak dak keje tu…

    0

    0
  12. adlin poyo says:

    dah agak dah risiko buat citer mcm ni.. mesti ada keluarga yg tak setuju.. mengade je adlin ni.. poyoooo

    0

    0
  13. mak mah naik angin says:

    yg penting aku kawin baru dgn peneroka felda yg kaya raya…ko hade?

    0

    0
  14. one says:

    Itulah harga dibayar bila bergelar artis …xkan Adlin xfaham …Sama ada yg buruk & baik akan dikenang selama lamanya … itulah ARTIS… kalo xsanggup…xpayah jadi ARTIS …

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Pada aku la.malaysia ni xyah la buat cite2 biopik bionik seniwati,seniman pahlawan sume ni… sebab kepala otak org m’sia dididik supaya menerangkan hal yg baik2 sahaja walopon jahat mcm setan…dididik dengan berita2 yg baik aje…yg negatif walopon rumah dh nak kene bom pun kene cover setebal2nye!

    0

    0
  16. adlin says:

    pada pangdangan saya itu harga yg perlu di bayar sebagai pengiat seni, dalam pada itu pula itu kan sekadar filem saja di buat sebagai hiburan, jadi pada tak semestinya semua tu adalah benar,klu ada pun bukan semua akan percaya itu bulat2 kita just tengok sebagai hiburan saja. setahu saya lah sebelum buat cerita ni pun mesti pihak penerbitan ada jumpa keluarga unt bagitahu klu mmg tak nak, cakap jgn. INI TIDAK RUMAH DAH SIAP BARU BAHAT BERBUNYI. INI KERANA FILEM INI TOP SEKARANG JADI TAK PUAS HATI SEBAB TAK DAPAT ADA2 ROYALTY!!! cuba bagi 10k seorg mesti diam

    0

    0