Adlin Aman Ramli Kritik Kepimpinan Zed Zaidi Selaku Presiden SENIMAN

Hiburan

Adlin Aman Ramli Kritik Kepimpinan Zed Zaidi Selaku Presiden SENIMAN

Pergh~~~ Sekali-sekala Adlin Aman Ramlie meluahkan isi hatinya memang panas jadinya. Kalau sebelum ini kritikan terhadap gaya pemakaian tudung Aina Mentor Legend dibantah orang ramai, kali ini teguran Adlin terhadap Zed Zaidi pastinya mendapat sokongan banyak pihak. Memang pedas kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadap Presiden SENIMAN ini. Kalau Abang Nara jadi Zed Zaidi, memang berdesing telinga dibuatnya.

adlin aman ramli

Advertisement

Tambah menarik, segala kecelaruan yang sedang berlaku di dalam SENIMAN juga telah dibongkar oleh Adlin. Kalau tak silap, Adlin merupakan juruaudit persatuan ini. Jadi memang layak untuk Adlin bercakap sebegini kerana pasti Adlin tahu apa yang sebenarnya terjadi. Ini antara kritikan oleh Adlin yang ditulis menerusi akaun Twitternya.

adlin aman ramli

adlin aman ramli

adlin aman ramli
adlin aman ramli

Memang pedih. Namun ada betulnya kritikan-kritikan yang dilemparkan oleh Adlin ini. Namun pastinya Zed Zaidi akan muncul dengan jawapannya tersendiri. Bak kata Adlin, ahli SENIMAN yang mengundi untuk jadikan Zed Presiden SENIMAN, jadi nak tak naklah kena akur dengan pilihan. Mungkin selepas ini anda boleh berfikir dengan lebih mendalam sebelum mengundi. Apa pun, diharap kemelut SENIMAN dapat diselesaikan secepat mungkin. Agak pelik apabila persatuan yang sepatutnya memperjuangkan artis sebaliknya bergaduh sesama mereka. Hmmmmm.

P.S: RON95 dan diesel mungkin di bawah RM2 seliter tahun depan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...