Written by AbangNara | September 25th, 2017

Filem Adiwiraku yang telah ditayangkan pada bulan Mac lalu digarap daripada sebuah kisah benar. Ia menceritakan perjuangan dan kejayaan dua guru Bahasa Inggeris dalam mendidik para pelajar di sebuah sekolah luar bandar di Kedah. Adiwiraku menghidupkan kisah bagaimana pelajar SMK Pinang Tunggal Sg Petani berusaha untuk menyertai pertandingan choral speaking walaupun telah diketahui peluang mereka untuk menang terlalu tipis.

filem adiwiraku

Filem ini tidak dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama namun kehebatan jalan cerita, lakonan dan emosi cerita ini tidak boleh dinafikan. Adiwiraku telah dinobatkan sebagai filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke 29 yang telah berlangsung semalam. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terbabit menjayakan filem hebat ini. Semoga kemenangan ini akan menyuntik semangat pembikin-pembikin filem sebegini di Malaysia.

filem adiwiraku

Selain kejayaan Adiwiraku, FFM29 turut menyaksikan kemenangan Namron selaku Pelakon Terbaik menerusi filem Redha. Filem Redha juga sangat menarik untuk ditonton kerana ia menceritakan cabaran ibu bapa membesarkan anak mereka autistic. Manakala Pelakon Wanita Terbaik pula dimenangi oleh Sangeeta Krishnasamy menerusi filem Adiwiraku.

filem adiwiraku

Apa pun tahniah diucapkan kepada semua pemenang di FFM29. Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat untuk anda terus berlakon. Senarai penuh pemenang dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

1) Filem Terbaik: Adiwiraku

2) Pengarah Terbaik: Dain Said (Interchange)

3) Pelakon Lelaki Terbaik: Namron (Redha)

4) Pelakon Wanita Terbaik: Sangeeta Krishnasamy (Adiwiraku)

5) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam (Interchange)

6) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Diana Danielle (Hanyut)

7) Pengarah Harapan: Tunku Mona Riza (Redha)

8) Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Harith Haziq (Redha)

9) Pelakon Wanita Harapan: June Lojong (Redha)

10) Pelakon Lelaki Harapan: John Tan (You Mean The World To Me)

11) Lakon Layar Terbaik: Saw Teong Hin (You Mean The World To Me)

12) Sinematografi Terbaik: Jordan Chiam (Interchange)

13) Cerita Asal Terbaik: Jason Chong (Adiwiraku)

14) Kostum & Busana Terbaik: Akma Suriati Awang (Hanyut)

15) Anugerah Khas Juri (Kesan Khas Visual): Desolasi (Skop Productions Sdn Bhd)

16) Anugerah Khas Juri (Kesedaran Sosial): Shuttle Life (MM2 Film Distribution Sdn Bhd)

17) Anugerah Khas Juri (Kupasan Isu Najis Dadah): Pekak (Grand Brilliance Sdn Bhd dan

Lightbulb Pictures)

18) Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: Datuk Yusof Haslam

19) Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Johan Ibrahim

20) Filem Box Office: Abang Long Fadil 2 (Skop Production Sdn Bhd & Astro Shaw)

21) Penataan Bunyi Terbaik: Daniel (Hanyut)

22) Penataan Seni Terbaik: Zaharah Nakibullah (Interchange)

23) Suntingan Terbaik: Nazim Shah (J Revolusi)

24) Skor Muzik Terbaik: David Koon (You Mean The World To Me)

19 responses to Adiwiraku Dinobat Filem Terbaik Di Festival Filem Malaysia Ke 29

  1. Pelakon Kayu-Popular je lbih says:

    TERBAIK DAN TERPOPULAR X SAMA…harap di fahami sedalam2 nya. Maka pilihan yg menang dlm PFM-29 ni amat tepat.

    21

    0
    • Bang Ang says:

      antara cite namron plg tkesan. AKU TAK BODOH!
      sgt underrated. tp best gile cte tu.
      malangnya bdk2 mude skg suke benar ngn cite fantasi “suamiku encik sotong,kunyit,asam pedas. smua ada.
      cte jnis2 slice of life ni dorang mana layan. jnji muka ensem, anak datuk, ppuan bajet cun& sesuci debu! puih! bye!

      1

      0
  2. Anonymous says:

    Saw Adiwiraku at TGV Wangsa Maju at the encouragement of my nephew/sister. There were less than 15 people in the cinema. It was shown for less than 2 weeks kat wayang and no promotion/advert pun.
    But the movie was very touching, meaningful and an eye-opener to the state of our schools in Malaysia. Support Teach for Malaysia https://teachformalaysia.org/home/ – our rural/kampung students need this kind of assistance.

    1

    0
  3. Anonymous says:

    Nam Ron pelakon yg berkualiti. Legend dah kot bukan cam Fattah Amin.
    Publisiti je lebih. Karot.

    18

    1
    • Anonymous says:

      yg tercalon. ffm ni kalau laki mmg antara namron, beto kusyairi dgn bront palarae, camtu. bkn yg blakon cerita tajuk “suamiku encik

      4

      0
    • Anonymous says:

      Betul tu…menang award pun x blagak cam si FA tu, baru menang award bodoh hasil undian beli n dari pemenat bodoh nye bg speeches menabik dada walaupun pun hakikatnya tetap kayu x ada improvement. Harap muka je handsome buat ape. Nama je pelakon tapi x Boleh delivered emotion. Kalo aku jadi si FA aku malu.

      3

      0
  4. Cleopatra says:

    Terbaik tidak semestinya popular dan popular tidak semestinya terbaik, rakyat Malaysia perlu faham definisi ini. Cuba tengok Oscar, sometimes the film not even box office but masih layak diangkat menjadi pemenang. Kadang2 filem yang kita rasa gempak sana sini, shooting overseas, pelakon popular but apparently tak sangkut satu pun kategori. Oh ye, kita juga perlu faham apa itu pelakon POPULAR dan pelakon TERBAIK, if POPULAR yes could be he or she ada fan base yang besar seperti followers di media social atau Fanclub yang impeccable tetapi when we talked about the best actor, mereka ini lebih tepat dirujuk sebagai seniman atau seniwati di layar perak which is mampu menzahirkan roh sesebuah watak itu dengan jayanya. Namron is one of it kinds. Truthfully we do need more on film education, in some first world nation they really adapt the education system in film and TV series…karyawan Malaysia need to take note on this matter

    6

    0
  5. orgtua says:

    Unfortunately orang melayu tak brape nak tonton filem yg berkualiti.

    7

    0
  6. Anonymous says:

    org melayu suka tengok cerita pasal nak kawin…bercinta..kawin anak dato.

    7

    0
  7. kreuk says:

    bagus cerita ni, redha, interchange pun bagus. tp tu lah, kalau box ofis mesti cerita lawak aksi pegang wpun ok je. dah tu selera majoriti rakyat, hadap je la.

    3

    1
  8. mak c kina says:

    bkn nk ckp apa la ye..filem yg populer tu pun xtercalon dlm katogeri utama…

    3

    0
  9. nok gebuzzz says:

    pelakon2 semua mmg la x popular mana…,tapi jalan cerita terbaik…pilihan juri selalu tepat…tahniah semua…

    11

    0
  10. dot dot says:

    macam mana lah filem tutt. takde menang tapi terpilih dalam list filem terbaik, filem ‘you mean to the world to me’ yang menang dalam percalonan pun tak list dalam filem terbaik, bau bau ikan, adeh, btw, Tahniah Adiwiraku.

    1

    0
  11. Anonymous says:

    namron berlakon mmg best kalau bkn dia beto kot boleh menang tp pengacara out x best

    2

    0
  12. MerakSekampung says:

    MANE SHARIPAH AMANI? TAK MENANG KE? HAHAAHA.. AKU PERHATI JE SEMALAM. KALAH JUGAK. EMM BAJET ARTIS SENIOR HEBAT LAH SANGAT.

    1

    2
  13. nyah says:

    boleh tak tukar host af megastar ..meluat sungguh tengok si lembut tua play kiut kiut…aku tak kesah dgn lembut tapi biarla lembut yg comel dan muda ya bukan kecut muka ‘bertepung’ potong stim betul la

    1

    1
  14. wateva says:

    ngam ler tu kalo kat oscar yg menang pun selalu nya org2 stail mcm ni… brad pitt, tom cruise sampai sekarang pun x dpt oscar

    0

    0

Leave a Comment

Optional