Adira Belum Bertudung, Sedang Dalami Ilmu Agama

Hiburan

Adira Belum Bertudung, Sedang Dalami Ilmu Agama

Sejak kebelakangan ini, tersebar berita yang kononnya Adira sudah pun berhijrah dan memakai tudung. Malah beberapa keping gambar dirinya bertudung turut disebarkan oleh pihak tertentu. Sayangnya berita ini tidak benar dan telah dinafikan oleh Adira sendiri.

adira bertudung

Advertisement

Pasti ramai peminat Adira yang keliru. Sebenarnya Adira memakai tudung apabila menghadiri kelas agama yang turut disertai oleh rakannya, Heliza Helmi. Kata Adira:-

Ya, saya pakai tudung ketika menghadiri kelas agama ini, di luar saya seperti biasa. Insya-Allah bila tiba masanya saya akan pakai tudung jua tanpa dipinta oleh sesiapa. Sekarang ini saya ingin mendekatkan diri dengan ilmu agama sebagai pelengkap hidup. Di waktu yang sama, saya tetap meneruskan kegiatan dalam bidang seni kerana itu adalah sumber pendapatan saya.

adira bertudung

Diharap dengan penjelasan ini, kekeliruan yang telah berlaku akan berakhir. Apa pun sama-samalah kita doakan agar pintu hati Adira akan terbuka satu hari nanti untuk bertudung. Buat Adira, teruskan mendalami ilmu agama. Semoga kehidupan anda akan terasa lebih sempurna selepas ini.
fer whiteP.S: Fer White ialah produk kecantikan yang paling HANGAT di pasaran. Harganya yang berbaloi (RM95) dengan kandungan yang penuh khasiat telah terbukti memberikan kesan yang positif kepada penggunanya. Untuk tempahan dan persoalan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke [email protected] atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...