Written by AbangNara | May 23rd, 2011

Di suatu petang Sabtu yang lepas, Abang Nara, Kak Redmummy dan Cheesie telah pergi berjalan-jalan makan angin di Pavilion. Kak Red dan Cheesie seronoklah berjalan-jalan kat Pavilion sebab banyak barang yang diorang boleh shopping. Abang Nara blur tak tahu nak buat apa sebab tengah pokai masa tue. Maka Abang Nara pun lepak-lepak jerlah kat luar Pavilion tue.

adidas pure game

Tengah syok ushar awek-awek yang cun yang lalu lalang, tiba-tiba Abang Nara ternampak khemah “Adidas Pure Game”. Nampak macam menarik. Tanya punya tanya, rupa-rupanya Adidas sedang buat roadshow bersempena dengan pelancaran barangan Adidas yang terbaru. Dan bersempena dengan roadshow tersebut ada game-game yang menguji kecekapan fizikal untuk para pengunjung. Terus Abang Nara ajak Kak Red dan Cheesie berentap game-game yang ada.

1. Menendang bola masuk ke dalam lubang yang disediakan.

adidas pure game

Amacam ada gaya Cristiano Ronaldo posing tak (padahal tengah cover perut buncit). Game nie nampak je mudah tapi memang payah gila rupanya. Dalam masa 30 saat kena masukkan bola ke dalam lubang seberapa banyak yang boleh. Abang Nara cuma mampu masukkan 2 je. Sedih.

2. Mengelecek bola mengelilingi halangan yang disediakan

adidas pure game

Korang nampak tak Abang Nara tengah meniru gaya Ronaldinho kat atas tue? Untuk pengetahuan, masa zaman muda-muda dahulu Abang Nara memang suka main bola sepak. Pernah satu ketika dengan penjaga gol sekali Abang Nara gelecek. So kiranya mudah sangatlah cabaran nie. 30 saat siap semuanya.

3. Menimbang Footbag seberapa banyak yang boleh

adidas pure game

Inilah cabaran yang terakhir dan yang terpaling susah. Kalau bola takraw tue pejam mata je dekat 50 kali Abang Nara boleh timbang. Tapi ini footbag. Kecik gila. Memang susah dan macam tak percaya bila Abang Nara berjaya timbang sebanyak 7 kali. Tapi bila Abang Nara tengok mamat dalam video kat bawah nie buat freestyle footbag dia terus Abang Nara terkesima sekejap.

Memang awesome gila kan? Untuk pertandingan Adidas Pure Game antara Abang Nara, Kak Red dan Cheesie, siapa lagi juaranya kalau bukan Abang Nara. Ingatkan main suka-suka tapi rupa-rupanya ada hadiah. Terharu Abang Nara dibuatnya.

adidas pure game

Besar gila tue beg Adidas yang Abang Nara menang. Boleh la Abang Nara gunakan beg Adidas ini untuk pergi honeymoon kat Korea nanti. Kak Red dan Cheesie pun dapat hadiah yang best jugak. Cuba tengok muka happy diorang kat bawah nie.

adidas pure game

Terima kasih Adidas Pure Game. Dengar ceritanya sekarang Adidas tengah mencari peserta terhebat untuk mewakili Malaysia ke pertandingan Footbag Asia Tenggara. Kalau korang berbakat bab timbang menimbang, sila layari laman web Adidas untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan Footbag ini. Dan jangan lupa untuk ke Midvalley pada 29 June hingga 3 Julai untuk menyaksikan pertandingan Footbag Championship final round nanti.

14 responses to Adidas Pure Game Buat Diriku Berpeluh Di Petang Sabtu

  1. MemBesar says:

    Nampak cam susah je. apasal aku x sgt2 x suka bc blog redmummy tu. so far pnh buka 2 x je.huh

    0

    0
  2. Pa|ChoW- says:

    no comment….

    0

    0
  3. Amey says:

    1st!!! poyola abg nara..neway..congrats!payah tu nk timbang bola… pasni timbang berat pula. tgk perut buncit tu brape berat…timbang sampai 7 kali…haha..

    0

    0
  4. aktiviti sebegini dapat mengalakkan ratyat malaysia untuk bersenam..

    0

    0
  5. mira says:

    mesti la abg nara yang menang sebab btanding ngan org pompuan…hihi..:)

    0

    0
  6. AbangNara says:

    test

    0

    0
  7. Anonymous says:

    muah

    0

    0
  8. aaa says:

    testing

    0

    0
  9. abangkasim says:

    peluh bagus untuk kesihatan

    0

    0
  10. van wilder says:

    sape yang rambut merah tu nara?
    she’s so damn hot and sexy..
    me likey! fap fap fap fap fap

    0

    0
  11. PARAMORE says:

    PAGE KAU NI SEMAKIN LAMA SEMAKIN MEMBOSANKAN LAH NARA!!

    0

    0
  12. mimsies says:

    Setuju la paramore. Asyik iklan jekkk…bosan.

    0

    0
  13. info niaga says:

    main macam ni bukan sahaja dapat hadiah tp dapat kekalkan kesihatan tu

    0

    0
  14. shadowgun madfinger apk This is really interesting, You are a very skilled blogger. I’ve joined your feed and look forward to seeking more of your fantastic post. Also, I’ve shared your site in my social networks! Best Regards Agata…

    This is really interesting, You are a very skilled blogger. I’ve joined your feed and look forward to seeking more of your fantastic post. Also, I’ve shared your site in my social networks! Best Regards Agata…

    0

    0