Adi Putra Umum Mahu Tinggalkan Dunia Hiburan

Hiburan

Adi Putra Umum Mahu Tinggalkan Dunia Hiburan

Beberapa kali dihimpit kontroversi yang cukup hangat, pelakon Adi Putra mengumumkan beliau akan mengundurkan diri daripada industri hiburan tetapi masih kekal aktif didalam industri perfileman tempatan.

Advertisement

Adi seboleh-bolehnya akan memastikan dirinya tidak lagi dikaitkan dengan sebarang gosip dan mahu fokus pada kerjayanya di layar perak nanti.

Saya akan keluar daripada industri hiburan tetapi saya tetap kekal dalam industri perfileman. Saya ada perancangan-perangcangan saya sendiri mengenai pembabitan saya dalam dunia perfileman.

Berbicara mengenai perkahwinannya itu, Adi pada masa yang sama memberitahu beliau merencana untuk mengadakan sebuah majlis resepsi jika tiada aral melintang.

Majlis resepsi, kalau diizinkan Allah, saya akan buat. Tapi itu hanyalah perancangan. Bagi saya, resepsi hanyalah sekadar adat dan budaya, apa yang penting sekarang, saya mahu laksanakan tanggungjawab dan kewajiban saya sebagai ketua keluarga.

Apabila ditanya bagaimana kehidupan beliau selepas berkahwin dua, Adi berkata tidak banyak yang beliau boleh kongsikan kerana masih lagi baru menjalani kehidupan berpoligami. Walaubagaimanapun,  beliau dan isteri-isterinya tidak mempunyai sebarang masalah dan bahagia bersama.

Jika Adi Putra merasakan keputusan untuk undur daripada dunia hiburan adalah tepat untuk mengelak daripada kontroversi, maka kami ucapkan yang terbaik buat beliau. Layarilah kehidupan baharu dengan baik.

Sumber Berita : Malaysian Digest

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...