Written by Bella | December 12th, 2016

Pelakon Adi Putra akhirnya mengesahkan isteri keduanya, Norshahida kini sedang hamil anak pertama mereka selepas khabar angin mengenai kehamilan itu mula diperkatakan sejak bulan September lepas.

Adi meluahkan rasa syukur kerana hasrat beliau untuk menimang cahaya mata sendiri termakbul. Walaubagaimanapun, beliau akui ada sedikit rasa berdebar didalam hati menantikan kehadiran cahaya matanya itu.

Jika ditanya soal perasaan, memang mana-mana manusia juga akan rasa bersyukur dan gembira menerima berita yang baik seperti ini. Bagi saya, perasaan ini adalah perkara yang akan dilalui kebanyakan orang.

Sudah berapa bulan, saya juga tidak periksa lagi. Lelaki atau perempuan juga masih belum tahu, sebab masih baru.  Soal persiapan buat masa ini tiada persiapan jangka panjang. Kami lebih kepada persiapan untuk perkara yang penting sahaja.

Untuk makluman anda, Adi dan isteri pertamanya, Aida Yusof mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Zara Adelia Haadi yang kini berusia empat tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Adi Putra dan Norshahida, semoga kehamilan ini akan menambahkan lagi kebahagiaan mereka suami isteri. Semoga ibu dan bayi didalam kandungan sihat.

Sumber Berita : Utusan Online

3 responses to Adi Putra Sahkan Isteri Kedua Sedang Hamil

  1. Wawa says:

    Bini kedua dia da keluar jail ke??

    1

    0
  2. peace yo says:

    Mana ada masuk jail, asal blh aja. disiasat aja blm finalised

    0

    1