Adi Putra Bakal Bercerai Dengan Isteri Pertama?

Hiburan

Adi Putra Bakal Bercerai Dengan Isteri Pertama?

Pernah memfailkan penceraian terhadap isteri pertamanya Aida Yusof pada 2012 namun ditarik balik, pelakon Adi Putra sekali lagi memfailkan penceraiannya pada 3 Mac lepas.

Advertisement

Menerusi portal mStar Online, pendaftaran penceraian itu dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur dan kes berkenaan akan disebut dalam masa terdekat.

Walaubagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan Adi berhubung perkara ini gagal kerana beliau kini sedang sibuk menguruskan jemaah bagi mengerjakan umrah di Mekah.

Adi dan Aida mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006 tetapi mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Pasangan ini akhirnya membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat iaitu Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Adi kemudian berkahwin dengan seorang pegawai imigresen, Norshahida Dzolkifly yang merupakan janda anak satu pada 20 Jun 2016.

Dalam rumah tangga, pasti akan ada pelbagai dugaan dan cabaran. Kami harap, Adi dan Aida cubalah untuk berbincang secara baik dahulu dan elak untuk bercerai. Kami doakan yang terbaik buat mereka.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...